Percutian bertukar jadi kemalangan, Dayana Roza cedera, lega dapat selamatkan anak. Malang tidak berbau. Siapa sangka percutian bersama famili boleh bertukar menjadi satu kemalangan yang tidak pernah dijangka akan berlaku.
Percutian Bertukar Jadi Kemalangan, Dayana Roza Cedera, Darah Meleleh ‘Non Stop,’ Lega Dapat Selamatkan Anak
Ini yang dilalui oleh pelakon Dayana Roza. Ketika itu, Dayana sedang bercuti bersama keluarganya.
Berikut perkongsian Dayana di laman Instagramnya.
Kejadian pada 6.8.24 , percutian family bertukar jadi kemalangan kecil. Patut lepas dinner nak surprise cake untuk birthday Umi.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Betul orang kata, instinct seorang ibu itu memang kuat. Tengah breakfast D tak sedap hati bila tengok Astrid dengan helper D tengah main kat pantai area slide. Baru makan omelette 3 suap D berlari ke diorang.
Nasib D sempat tolak Astrid sekuat hati D bila tengok orang kat atas slide dah tak ada. Tapi nasib D tak baik lelaki tu turun ngam-ngam kena kepala D. Tak sure kena kaki ke siku ke apa sebab D menghadap astrid lepas tolak dan nak ke arah dia. Lepas kena D blackout jap. Impact sangat kuat, so kepala D koyak, darah meleleh non stop dan macam rasa nak tidur tapi D lawan.
Ads
Masa mak D tengah buat first aid D start muntah-muntah tangan kebas, dalam hati D non stop rasa syukur bukan Astrid yang kena, kalau tak tak tau jadi apa. Pastu kitorang naik boat pergi ke darat terus ke hospital Mersing, dah xray semua doktor kata kena transfer hospital untuk buat ct scan.
Nurse tanya ada insurance tak, D kata ada so dia suruh call kpj kluang ( paling dekat ) untuk ambulance datang ambik. Sampai je kpj kluang terus diorang xray lagi, ct scan, bagi pain killer dan kena minor surgery sebab doctor kata tak boleh jahit biasa sebab skin hilang dan nampak skull.
Alhamdulillah tak ada apa serious. Semalam dah balik sempat singgah melaka makan-makan dengan kepala berbalut. Tourist China tengok D pelik je last-last beli topi la cover nasib la kat tepi kepala kalau parut jahit ini kat tengah dahi boleh berlakon watak Harry Porter la pasni.
Di sini juga D nak ucapkan ribuan terima kasih kat doctors, nurses bahagian kecemasan Hospital Mersing & KPJ Kluang di atas tindakan yang pantas dan layanan baik, tq driver ambulance KPJ kluang dgn driving skill yang sangat hebat, TQ Doctor Saravanan (surgeon) sebab jahit cantik-cantik, doctor bius dan team dalam bilik OT kpj kluang, management kpj kluang dan nurses di orchid ward atas bantuan dan layanan yang baik.
Dan yang paling penting tq to AIA cover semua medical cost termasuk ambulance sekali, bila jadi benda-benda mcm ni baru rasa “nasib bayar medical card” so siapa nak tanya pasal insurance jangan malu-malu dm kita sementara tengah MC ni banyak masa nak reply.
Perkongsian Dayana dibanjiri komen warga maya yang terkejut dan bersimpati dengan keadaan yang menimpa pelakon itu. Rakan-rakan artis juga turut meninggalkan jejak komen.
Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.
Bagi membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan ini dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019.
Pastinya ini suatu lagi kegembiraan yang bakal dinikmati buat keluarga yang layak. Untuk itu ketahui cara untuk menyemak status anda di portal ini.
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
Berikut adalah merupakan jumlah keseluruhan bayaran yang diperolehi.
RM1000 – Pendapatan isi rumah RM 2000 dan ke bawah.
RM750 – Pendapatan isi rumah RM2001-RM3000
RM500 – Pendapatan isi rumah RM3001-RM4000
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada ibu ayah cukup risau apabila tertinggal gajet untuk digunakan oleh anak-anak jika pergi bercuti atau pulang ke kampung. Bahkan jika di rumah, bateri gajet sentiasa ‘full. Ibu ayah merasakan anak bosan apabila tiada gajet.
Namun cara ini, jika terlampu kerap memberi pendedahan kepada anak, sudah tentu ada impaknya termasuk daya kreativiti dan kecerdasan anak-anak.
Jadi. dalam hal ini ibu ayah harus membiarkan anak berasa bosan. Biarkan mereka bosan, kerana itulah cara untuk mereka melakukan aktiviti kreativiti lain.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian Pn. Maryam Jamadi, Occupational Therapist bagi mengetahui cara yang betul untuk mengelak anak terdedah dalam tempoh yang dalam pengunaan telefon pintar atau gajet.
Takut anak bosan
Masa makan bagi gadget, takut anak bosan. Masa menunggu ayah balik rumah, buka tv takut anak bosan. Masa memasak bagi gadget, takut anak bosan sorang-sorang.
Masa nak pergi tandas bagi gadget, takut anak kacau dalam tandas. Masa tak tahu nak buat apa sebab tak ada aktiviti, buka tv takut anak bosan.
Kenapa takut? Tak perlu takut pun anak bosan sebab perasaan bosan itu bagus. Bila bosan, komponen imaginasi dan kreativiti yang penting untuk perkembangan otak akan berkembang pesat dan laju umpama LRT.
Jangan terkejut kalau saya kata otak anak bawah 3 tahun sangat-sangat laju, mereka sangat sibuk sebab dalam 1 masa dalam kepala ada 10 checklist yang perku diselesainya. Mereka tak sempat bosan pun melainkan bila dah betul-betul penat. Kalau tak percaya cuba perhatikan tanda-tanda di bawah:
1. Bila pegang 1 barang, nampak barang lain terus campak barang yang dipegang sebab tak sempat nak fikir letak barang baik-baik dibawah.
2. Bila dah excited nak pergi ke sesuatu tempat, tiba-tiba nampak mainan di lantai terus kutip lepas itu terlupa nak pergi tempat yang sepatutnya.
3. Pantang nampak benda tersusun, rasa rimas dan geram nak sepahkan. Selagi semua barang tersembunyi dan tak berada di depan mata selagi itu anak “stress”.
4. Selagi tak betul-betul sepah satu rumah selagi itu rasa tak puas. Sebab kepala anak “serabut” fikir ada apa di sebalik almari atau kabinet.
5. Kalau pergi shopping mall rasa macam baru keluar penjara bebas sebebas-bebasnya, nak lari sana sini tak tentu arah sebab terlalu banyak tempat nak disepahkan dan buat “inspection”.
6. Bila di kedai baju, semua baju nak sentuh macam makcik bedah. Bila dapat sentuh, rasa macam baru menang kereta. Situasi anak ini sama sahaja macam orang dewasa, itu yang kadang-kadang bila terlalu sibuk makan pun terlupa. Betul tak?
, masa fasa ini mereka tak ada istilah BOSAN. Kita tak perlu arah buat apa-apa atau sediakan aktiviti pun mereka dah tahu apa yang nak dibuat melainkan memang tak ada benda nak dikejar atau memang dah biasa disuap dengan gadget setiap kali waktu lapang. Kesannya, anak dah mindset
Perasaan bosan —> Gadget/tv —> Tenang
Setiap kali kita happy, ada beberapa hormon yang dikeluarkan tapi yang paling popular adalah hormon dopamine, endorphins, oxytoxin dan serotonin. Bila kita selalu bagi gadget sebagai “ubat penenang” untuk anak, anak akan terkeliru dan belajar hanya gadget sahaja yang akan menenangkan mereka.
Buat aktiviti imaginasi dan kreativiti
Mak ayah perlu semat dalam kepala: Bermain adalah fitrah mereka. Bermain bukanlah suatu tanda masalah tingkah laku. Sebab bermain adalah PEKERJAAN mereka.
Anak memang perlu bersepah untuk belajar sesuatu. Rumah bersepah itu normal untuk sesiapa yang ada anak bawah 3 tahun. Tadika atau taska yang bersepah itu normal, tadika atau taska yang kemas itu tak normal ya.
Macam mana komponen imaginasi dan kreativiti nak develop dengan baik jika mereka tak sempat untuk bosan. Bila sel sel otak baru nak berhubung, mak ayah dah sumbat penglihatan dan pendengaran anak dengan gadget atau tv.
Bila otak baru nak meliar fikir benda yang nak dibuat dan direka, ataupun baru nak berangan jadi Ultraman mak ayah dah bagi mainan yang mereka perlu main sebab tak nak mereka bising main lawan sorang-sorang. Macam mana mereka nak menggabungkan rangsangan persekitaran dengan baik kalau dah terbiasa “disuap”.
Contohnya, 1. Anak baru nak ambil mangkuk dan sudu konon-konon meniru mak ayah masak di dapur tak jadi bila dah disuap dengan gadget awal-awal. 2. Anak baru nak ambil selimut konon-konon main pondok-pondok bawah selimut dah tak jadi bila mak ayah terus alihkan perhatian dengan tv. 3. Anak baru nak panjat tangga sebab nak belajar dan kenal tinggi rendah, mak ayah dah angkat sambil alihkan perhatian mereka. 4. Anak baru nak cuba pakai pampers di kepala konon-konon pakai topi dah kena marah. 5. Anak baru nak buat bangunan guna cawan dah kena marah.
Di taska atau tadika juga sama. Pada pendapat saya, untuk anak bawah umur 3 tahun mereka PERLU ada free time dimana mereka boleh main sepuas-puasnya tanpa ada “structured play” untuk perkembangan otak yang sihat. Kalau ada “structured play” pun sekadar 30 minit – 1 jam sahaja sehari untuk tujuan skil sosial.
Kalau anak terbiasa disuap, disuap dan disuap. Nampak macam baik dan bagus bila mendengar arahan atau mendengar kata. Tapi yang tak bagus bila yang salah pun di ikut tanpa fikir implikasi, orang kata A ikut, orang kata B pun ikut macam lalang tak ada fikir panjang ataupun membuat kajian tentang sesuatu benda. Itu yang banyak kes viral benda tak betul, sebab dah terbiasa “dengar-dengar”.
Kalau nak jadi mak ayah yang baik, kita kena letakkan diri kita seperti anak. Baru kita faham betapa “struggle”nya anak dalam proses perkembangan diri. Macam proses nak berjalan, bangun jatuh, bangun jatuh, jatuh terhantuk meja pun anak tetap tak putus asa.
Cuba lagi- dan cuba. Sama juga dengan perkembangan yang lain, tak perlu terlalu alihkan perhatian mereka selagi apa yang dilakukan tak memudaratkan.
Tips saya: 1. Anak berlakon jadi Ultraman, mak ayah juga perlu berlakon juga. 2. Anak buat tower guna cawan, mak ayah join sekali buat. 3. Anak pegang botol jadi mike, mak ayah join sekali menyanyi. 4. Anak main masak-masak guna bekas plastik di dapur, mak ayah join masak sekali.
Anak cakap sorang-sorang atau berlakon bukan sebab gila ya. Tapi ini dipanggil “Imaginary play”, salah satu tahap perkembangan bermain anak jadi tak perlu risau. InsyaAllah kalau ada masa, saya cuba kongsi tahap perkembangan bermain pula sebab nanti jadi panjang sangat.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua follower saya yang banyak menyokong penulisan santai saya tentang isu parenting dari perspektif occupational therapy carakerja. Saya izinkan untuk share, like dan tag pasangan.
Semoga semua anak-anak kita membesar dengan baik. Amin Sekian, terima kasih, semoga bermanfaat.
Sumber: Maryam Jamadi. Occupational Therapist, Founder Beyond Home Therapy
Kita beruntung ada banyak jenis hidangan nasi. Bila pergi kenduri, tak selalunya orang hidang nasi minyak. Ada yang hidang nasi hujan panas, nasi tomato termasuk nasi mandy walaupun bukan menu Melayu.
Kadang-kadang teringin nak rasa menu nasi yang tak pernah cuba lagi. Ala thai, ala arab atau ala china? Eh tapi semua tu ada ke menu untuk nasi? Tentu lah semua bangsa pon ada menu nasi tersendiri termasuklah mat salleh kan.
Kalau nak cuba menu baru boleh cuba menu nasi khomok. Apa tu nasi khomok? First time dengar ke? Nasi khomok ni berasal dari Thailand atau Siam. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
Biasanya orang Kelantan dah pernah makan. Tambah lagi yang selalu pergi jalan-jalan di kawasan Golok dan Rantau Panjang. Haa dah dengar penjelasan ni tak terliur ke nak cuba? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan di bawah.
BAHAN-BAHAN:
-Ayam dipotong, cuci bersih dan kemudian toskan
BAHAN PERAPAN AYAM:
-4 batang serai
-Ketumbar
-Kunyit hidup & serbuk
-1 labu bawang putih
-Halia
-1 sudu tepung gandum
-Sedikit pewarna merah
-Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK AYAM:
-Kisar bahan perapan dan gaulkan pada ayam
-Biar perap selama satu jam dan goreng ayam
BAHAN NASI KOMOK:
-1kg beras basmati yang dibersihkan kemudian toskan
-Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit)
-Kulit kayu manis
-Bunga lawang
CARA MEMASAK NASI:
-Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau
-Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras
-Letak gula, garam atau secukup rasa
-Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
-2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
-1 sudu serbuk kunyit
-1 sudu serbuk jintan manis
-1 sudu serbuk jintan putih
-1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN:
-Satukan semua rempah
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
-3-4 ulas bawang putih
-4 biji cili merah
-5-6 biji cili padi
-Akar daun ketumbar
-Sedikit garam
-Gula
-2 sudu cuka
-Air
CARA SEDIAKAN SOS:
-Kisar halus semua bahan-bahan
-Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar