
Percutian bertukar tragedi, kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa. Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dilaporkan lemas di kolam renang akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas 16 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU), Hospital Melaka pada Isnin.
Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-kanak Lelaki Meninggal Dunia Selepas 16 Jam Bertarung Nyawa

Berita pemergian anak kecil itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya awal pagi Isnin.
“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… ALLAH lebih sayangkannya,” tulis beliau di ruangan kapsyen video tersebut.
Bapa kepada kanak-kanak berkenaan turut merayu agar orang ramai mendoakan segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor sebelum dikebumikan.

Sebelum itu, percutian keluarga tersebut bertukar menjadi detik menyedihkan apabila kanak-kanak terbabit ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana pada pagi Ahad.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 pagi. Tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota segera digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkannya tidak berjaya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Enam Beranak Yang Hilang Sejak Sabtu Ditemukan Lemas, Kereta Tenggelam Di Sungai Korok
Remaja Lemas Dalam Tali Air, Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di












