“Beberapa kali menghubungi Shazwani dan Farhan namun tidak berjawab sehingga kami membuat keputusan untuk patah balik.” ujar kakak arwah Shazwani Ismail dan Farhan Ismail,41 tahun.
Lemah seluruh anggota badan apabila ahli keluarga terlibat kemalangan dihadapan mata.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu empat sekeluarga, Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35, dan Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 18 maut di lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.
Menurut kakak arwah Shazwani beriya-iya nak bercuti ke Cameron Highlands hari ini.
“Kata arwah kalau minggu depan orang ramai sebab cuti umum,” kata Najdiah.
Kejadian berlaku apabila sebuah lori dari arah Cameron Highlands terbabas dan merempuh kereta Perodua Myvi yang dinaiki keluarga terbabit.
Ads
Menurut Najdiah, sebelum kejadian mereka dengan tiga kenderaan berkonvoi ke Tanah Tinggi Cameron Highlands untuk bercuti dan akan pulang esok.
Katanya, dia menyedari kejadian yang menimpa adiknya selepas berpatah balik apabila tidak dapat menghubungi ahli keluarganya yang menaiki kereta berkenaan.
“Apabila sampai di R&R Lojing kami sempat berhenti rehat dan kereta yang dinaiki arwah bersama adik (Farhana) berada di belakang sekali.
“Beberapa kali kami menghubungi Shazwani dan Farhana namun tidak berjawab sehinggalah kami membuat keputusan untuk berpatah balik.
Ads
“Sebaik tiba di lokasi kami nampak ada serpihan kereta milik Farhana, luluh hati kami apabila polis memaklumkan keretanya jatuh ke dalam gaung,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gua Musang, di sini, hari ini.
Najdiah berkata, mereka bertolak dari Kampung Payang Kayu, Kuala Berang, Terengganu kira-kira jam 8 pagi dan akan bermalam di Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Katanya, arwah adiknya Farhana belum berkahwin, manakala Shazwani mempunyai tiga anak termasuk Muhammad Fakrul Danish yang turut maut dalam kemalangan itu.
Menurutnya, anak bongsunya Nur Anis Zahra Nazihah, 12, menaiki kereta ibu saudara yang turut serta dalam konvoi terbabit, manakala Nur Jihan Irdina, 13, tidak mengikuti percutian keluarga itu kerana berada di asrama.
Ads
Terdahulu media melaporkan lima maut termasuk tiga lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing.
Lima yang maut ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35; Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20; kesemuanya menaiki kereta Perodua Myvi dan pemandu lori G.Mageswara, 53.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.25 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas.
“Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang terkesan apabila pihak Prasana mengumumkan yang perkhidmatan LRT tergendala dan dijangka selesai sehingga 15 November 2022 ini. Banyak rungutan diterima memandangkan ramai yang menggunakan pengangkutan itu sejak sekian lama.
Pagi tadi, pengacara, pelawak dan penyampai radio terkenal telah ke LRT stesen Ara Damansara untuk meninjau stesen berkenaan sejak ianya diumumkan tergendala.
@era.je Pagi ni @nabilzira tolong hantarkan Puan Uma dan anaknya. Puan Uma ni OKU Penglihatan dan setiap pagi selama 6 tahun dia akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma, kita yang sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian. 😭#sharERA#3PAGIERA#fyp♬ original sound – ERA
Nabil serta krew 3 pagi Era telah bertemu dengan seorang wanita OKU bersama anaknya yang berumur 7 tahun untuk ke sekolah. Mereka telah membantu wanita yang cacat penglihatan itu menghantar anaknya dan seterusnya menghantarnya ke tempat kerja yang terletak di Brickfields.
Menurut cerita yang dikongsikan, Puan Uma dan anaknya akan menggunakan perkhidmatan awam tersebut setiap pagi dan sudah 7 tahun dia menggunakannya untuk ke tempat kerja.
“Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma adalah kita sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian.”
Nabil Ahmad berada di kawasan LRT itu sejak awal pagi untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk ke destinasi mereka ke tempat kerja.
Bagi anda yang mengukuti laman sosial anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri atau isterinya Datin Seri Nur Shahida Rashid, pasti anda akan berasa kagum dengan kematangan gadis manis yang bernama Qadejah Elzahra atau lebih mesra dipanggil Ces.
Minatnya terhadap memasak bukanlah sesuatu yang baru, malah Ces sering juga menunjukkan bakat memasaknya di laman sosial.
Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Shahida di laman Instagram yang memaparkan anak perempuannya itu sedang membantunya memasak makanan laut di dapur.
Menerusi hantaran tersebut, Shahida memberitahu bahawa keadaan dirinya sekarang sudah sarat hamil dan akan bergilir-gilir masak bersama dengan Qadejah yang mesra dipanggil Ces.
Tambahnya lagi, Ces sudah mula membantu Shahida memasak dan dia hanya perlu memberitahu sahaja juadah yang diinginkan dan serta resipi.
“Gigih tak anak dara kita masak! Sekarang ni senang je kita tinggal order dan hantar link resipi. Kadang-kadang dah sarat-sarat ni nak masak pun tak larat. Gilir-gilirlah dengan Ces,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji skil dan kepintaran Ces yang bijak memasak.
“Kemas Ces buat kerja. Dahlah cantik, bijak, kaya dan pandai masak pula itu. Terbaiklah.
“Tengok gaya cara kacau tumisan dalam kuali, Ces memang tak kekok. Alhamdulillah, suka tengok anak-anak perempuan lincah dekat dapur.
“Baik sangat walaupun ayah kaya raya, anak-anak semua sederhana pandai buat kerja rumah dan masak. Tahniah Datuk dan Datin kerana berjaya didik mereka.
“Nampak Ces dah berani, dulu kalau tengok dia masak, lempar je barang kat dalam minyak. Sekarang dah tak takut jari kat hujung-hujung minyak je dah.
“Suka tengok didikan Datin untuk Dijah, the only first daughter. Nampak di situ duduk istana mewah pun tak kekok pegang sudip siap sediakan menu macam-macam. Adorable sangat, dahlah cantik lemah lembut. Ee nanti baby keluar, dia je babysitter,” komen netizen.
Seorang wanita bersama dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi dengan semua tiga beranak itu ditemui maut di tingkat bawah premis.
Sumber foto: Berita Harian
Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor dengan kebakaran mencetuskan asap tebal kerana membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.
“Difahamkan ketika kejadian, wanita bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berada dalam rumah itu.
“Pada mulanya, wanita terbabit bersama dua anak lelakinya berjaya keluar daripada rumah. Namun sebaik menyedari anak perempuannya masih berada dalam rumah, wanita itu dengan ditemani seorang anak lelaki masuk semula ke premis, namun ketiga-tiga mereka gagal keluar,” katanya.
Mohd Faris berkata sehingga kini punca kebakaran serta dan nilai kerugian masih disiasat.
Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Seri Balik Pulau bersama dua jentera dengan dibantu BBP Balik Pulau.
Sementara itu seorang mangsa yang terselamat iaitu anak kedua daripada tiga beradik, dilihat pitam beberapa kali dan masih terkejut dengan kejadian.
Sumber foto: Berita Harian
Polis mengesahkan identiti tiga beranak yang maut dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau di sini, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, dan dua anaknya iaitu Mohammmad Ibrahim, 33 dan N Rahbiah Jasmin, 19. Sementara anak lelakinya, Abdul Rashideen, 29, terselamat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, Noorul Bowjiya adalah seorang balu dan tinggal bersama tiga anaknya yang masih bujang dan mereka sekeluarga mengusahakan perniagaan menjual peralatan permaidani dan perabot.