Memang wanita begitu. Jika sayang pada suaminya, walaupun perut dah boroi pun tetap disayanginya. Hubungan kasih sayang yang tiada batas waktu. Kasihnya sehingga ke jannah.
Kasih isteri kepada suaminya tiada tandingannya. Malah isteri sanggup terima suami seadanya walaupun bentuk fizikal sudah berubah. Perkongsian oleh Amir Syahir ada benarnya. Ikuti nukilannya ini.
“Nanti kalau saya dah tua kerepot, awak sayang saya lagi tak?”
“Kalau saya gemuk nanti, awak nak saya lagi tak?”
“Kalau saya tak reti masak, awak marah tak?”
Ads
Kalau tanya soalan ni masa bercinta, jawapannya semua yang manis-manis belaka kan. Bila dah kahwin, sebaliknya pula.
Kalau isteri dah berkedut sana sini mula la cakap sakit mata tengok. Bila isteri dah gemuk, tak make up, cakap stress tengok muka dan badan yang dah macam badak sumbu.
Dulu masa bercinta cakap tak kisah kalau isteri tak pandai masak. Nanti boleh belajar. Bila isteri lambat masak, kau marah-marah. Masin sikit pun bising. Cakap masak macam nak bagi kucing makan.
Suami kenapa berubah?
Ads
Kenapa mudah sangat berubah lepas kahwin? Bila ikatan tu dah halal, segala yang tak elok je kau nampak kat isteri kau. Sebab apa jadi macam tu? Sebab kau tak pernah bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi kat kau.
Kau tak lihat diri kau sendiri. Kau rasa kau dah cukup sempurna. Padahal, bukan kacak sangat pun. Tak reti bersyukur bila ada yang sudi terima kau sebagai suami.
Dah ada isteri masih sibuk nak cari lain. Kononnya perempuan yang kau jumpa tu lagi baik dari isteri kau, lagi cantik, pandai bergaya. Apa kau lupa? Dulu isteri kau pun macamtu. Sebab tu kau jatuh cinta dengan dia. Tapi bila dah kahwin, dia sibuk uruskan kau, uruskan anak-anak sampai takde masa untuk diri dia sendiri.
Ads
Perempuan ni kalau sekali dia sayang, sampai bila-bila dia sayang.
Kau hitam ke, kau pendek ke, kau gemuk ke, kau lah suami dia dunia akhirat. Tapi, sekali kau buat dia benci kau, sampai bila-bila dia akan benci kau. Pandang muka kau pun dia tak nak.
Memang hati itu berbolak balik sifatnya. Tetapi, selagi kau bersyukur dengan apa yang kau ada, redha dengan setiap kelebihan dan kekurangan isteri kau, datanglah yang lebih baik pun, kau tak akan tergugat.
Jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa tetapkan hati kau untuk isteri kau, dan hati isteri kau untuk kau kerana Allah yang memegang setiap hati manusia.
Bila jumpa yang lebih baik nak ke kau, terus kau berubah hati. Tiada manusia yang sempurna. Kelebihan itu disyukuri dan kekurangan itu dilengkapi. Kah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggunaan telefon pintar ketika ini sudah dianggap sebagai keperluan dan bukan lagi memenuhi kehendak semata-mata. Ini kerana telefon bukan sahaja menjadi medium komunikasi sebaliknya menjadi tempat untuk mengetahui maklumat semasa, membuat tugasan harian selain digunakan oleh anak-anak kita semasa sesi pembelajaran PdPR.
Pun begitu, apa yang membimbangkan kita hari ini sama ada sedar atau tidak, adanya sebahagian antara kita yang terlalu obses terhadap telefon. Menjadikan dunia mereka adalah bersama telefon dan hingga menyebabkan tidak mengendahkan orang di sekeliling.
Mengetahui lanjut, tanda-tanda hati sudah ‘dikuasai’ telefon, lelaki ini menyenaraikan 14 tingkah laku dan cuba kita lihat adakah ianya ada dalam diri kita dan anak-anak kita. Ini perkongsiannya.
Tanda-tanda phone sudah masuk dalam hati adalah:
1) Lepas solat terus cari phone.
2) Baca Quran pun dah tak ada keghairahan.
3) Bangun tidur terus capai phone.
4) Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi.
5) Nabi rehat dengan solat, kita rehat cari phone.
6) Tidur malam kita mula terganggu kerana phone juga.
7) Solat dilengahkan kerana sikap nanti nanti sedang leka melayan phone.
Segala perbuatan kita disertai ingatan kita terhadap phone.
9) Anak sembang pun kita tak dengar, terlalu fokus pada phone.
10) Ada tetamu pun kita sudah tidak beradab, sibuk layan phone.
11) Mak Ayah datang ziarah pun masih lagi layan phone.
12) Ni lagi sedih, suami/isteri sembang sorang² sampai tertido, kita dok acah² respond tapi tangan dok sibuk menaip kat phone.
13) Anak minta susu sampai tertido sampai kita tak perasan dia tertido, dan tangan masih tak lekang dari phone.
14) Dengar azan pun tak terkesan, selamba lagi pegang phone. Tak takut langsung panggilan Allah.
Astaghfirullah.
Jika tanda-tanda di atas ada dalam diri kita, segera lah bermuhasabah, perbanyakkan Istighfar dan segera buat jadual penggunaan phone anda. LAWAN! KUAT! INGAT! masa sangat berharga. Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman.
Amalan berdoa adalah amat dituntut dalam agama Islam. Selesai sahaja kita menunaikan solat, eloklah untuk kiat berhenti sebentar dan menadahkan tangan untuk berdoa kepada Allah SWT. Antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah mempermudahkan urusan seharian, doa untuk ibu bapa dan juga ‘doa pengasih’.
Sebut sahaja doa pengasih mungkin ramai yang memberi tanggapan yang salah. Sebenarnya amalan doa pengasih ini bagus untuk kita menambahkan rasa kasih dan sayang dalam hati sendiri untuk orang lain dan juga orang tertentu terhadap diri kita. Jadi, berikut merupakan cara amalan doa pengasih yang betul dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun.
AMALKAN “DOA PENGASIH” INI AGAR KITA MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH
Pagi ini kita sama-sama belajar tentang sebuah doa yang sangat indah, diajarkan oleh alim ulama untuk menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ahli keluarga sama ada ibu bapa kepada anak-anak, suami isteri, anak terhadap ibu bapa, sesama kawan, dan lain-lain.
Doa ini mudah dan ringkas, insyaAllah kita boleh hafal dan amalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa. Iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati __ (nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”
Pada tempat kosong tersebut, sahabat semua boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini, contohnya:
1. Suami/isteri.
2. Ibu Bapa.
3. Anak.
4. Saudara-mara.
5. Kawan.
6. Guru-guru.
7. Orang-orang soleh.
Jangan risau, jika tidak mampu sebutkan dalam bahasa Arab maka boleh diucapkan dalam bahasa Melayu, Allah Maha Mengetahui segalanya. Paling penting kita gembira dan ikhlas dalam berdoa.
MasyaAllah, selain amalkan untuk diri, sama-sama kita ajarkan juga doa ini kepada ahli keluarga agar selalu membacanya. Bayangkan, suasana seluruh ahli keluarga mengaminkan doa ini ketika dibacakan selepas solat berjemaah bersama, diakhiri dengan bersalaman dan berpelukan sesama insan tersayang. InsyaAllah ia merupakan ikhtiar bagi kita membina keluarga bahagia, keluarga Syurga.
Semoga kita dapat beramal dan menjadi insan yang sentiasa berkasih sayang dan mendapat cinta yang Maha Penyayang.
Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana?
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di