Pergi yang tak akan kembali. Syurga buat mu duhai arwah adik Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, yang merupakan murid darjah satu Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 yang maut setelah turun daripada van yang dinaikinya. Pergi yang tak akan kembali lagi menemui Allah Sang Pengcipta.
Naluri sebak jelas ketara buat yang bergelar ibu bapa apabila membaca laporan akhbar hari ini mengenai arwah yang masih kecil dan pastinya seorang kanak-kanak lelaki yang lincah dalam dunia kanak-kanak yang penuh keseronokkan dan kegembiraan. Namun siapalah kita hendak melawan takdir yang sudah tertulis jelas di Lauh Mahfuzh. Tak ada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi hari esoknya. Rezeki, jodoh dan juga maut tiada siapa yang tahu.
Kredit photo: NSTP/ Metro
Menurut laporan harian metro semalam, kejadian 6.45 petang itu, mangsa, Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, yang juga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 baru selesai sesi persekolahan dan menuju pulang ke rumahnya dengan menaiki van terbabit.
Difahamkan, setibanya di depan rumah mangsa, lelaki warga emas berusia 66 tahun yang memandu van itu kemudian memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang.
Namun, ketika mahu meneruskan perjalanan, pemandu itu berasa seolah-olah terlanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah van terbabit.
Kanak-kanak malang itu yang dikejarkan ke Hospital Shah Alam oleh ahli keluarga bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan lanjut.
Ads
Datuk mangsa berusia 70-an yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian dia sekeluarga termasuk ibu mangsa dikenali sebagai Hazialina, 26, berada di rumah itu sambil menanti kepulangan Iqbaal dan sepupu lelaki yang sebaya dengannya.
“Sebelum kejadian itu, Iqbaal dilihat terlalu manja dengan neneknya (isteri) dan ada memberitahu tidak mahu menjalani peperiksaan tahunan seolah-olah mengetahui mahu pergi meninggal kami buat selama-lamanya.
“Walaupun mempunyai masalah asma, dia seorang yang amat aktif bersukan dan kehilangannya ini amat dirasai. Namun, kami reda dengan ketentuan Ilahi apatah lagi dia pergi sebagai ‘anak syurga’,” katanya ketika ditemui NSTP di kediamannya di lokasi kejadian, hari ini.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, petang tadi.
Ads
Kata datuk mangsa, anak sulung daripada dua beradik itu mula menaiki van sekolah sejak enam bulan lalu selepas ibunya yang menghantar ke sekolah sebelum ini memperoleh pekerjaan tetap sebagai kerani.
Difahamkan, mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang turun dari van itu bersama sepupunya namun dia dipercayai menanggalkan kasut dan stokinnya terlebih dulu berdekatan kenderaan berkenaan.
Kanak-kanak itu kemudian dipercayai dilanggar dan mengalami kecederaan di kepala serta badan.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya memperoleh kebenaran reman selama tiga hari ke atas pemandu van berkenaan bagi membantu siasatan.
“Kita masih menyiasat kejadian itu secara menyeluruh terutama mengenal pasti punca sebenar sama ada akibat kelalaian atau sebaliknya.
“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Kredit photo: Sinar Harian (arwah paling kanan)
Manakala menurut laporan Sinar Harian, mangsa dikatakan berada di bahagian belakang van terbabit untuk membuka kasut sekolahnya sebelum dilanggar dengan jarak kira-kira 3 meter dari rumahnya.
Syurga buat mu arwah adik Ahmad Damian Iqbaal Abdullah Kredit photo: Shah Alam Residen (tak suka ban orang)
Apa yang pasti, kejadian yang menyayat hati ini mendapat perhatian ramai ibu bapa yang melahirkan kerisauan mengenai keselamatan anak-anak bagi yang menaiki van sekolah. Ada yang tidak menafikan ia suratan takdir ketentuan Ilahi, namun pada masa yang sama orang dewasa harus prihatin mengenai keselamatan kanak-kanak walaupun dimana jua berada. Maklumlah kanak-kanak daya fikirannya belum cukup matang untuk membuat keputusan terbaik buatnya. Moga kita semua muhasabah diri dan mendoakan anak-anak sentiasa dalam perlindunganNya. Aminnn
Selagi kita hidup ni, selagi itulah kita dituntut untuk menimba ilmu. Untuk anak-anak, bukan sahaja ilmu di sekolah yang perlu mereka pelajari. Ilmu fardu kifayah juga dituntut untuk dipelajari. Misalnya dalam pengurusan jenazah.
Menurut syarak, apabila seseorang yang beragama Islam itu meninggal dunia, maka jenazahnya wajib untuk dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Menurut syarak ia adalah wajib dan kewajipannya adalah Fardu Kifayah kepada mereka yang masih hidup.
Dalam situasi begini, biasanya ahli keluarga atau sanak saudara yang berkenaan perlu tahu apakah yang sepatutnya dilakukan agar pengurusan jenazah ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Kesediaan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi jenazah untuk kelas pengurusan jenazah anak anaknya di sekolah menerima pujian wargamaya.
Memuat naik perkara ini di laman Instagram miliknya, kata Fazley, dia secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi jenazah saat ditanyakan oleh ustaz yang mengajar anak-anaknya. Malah jelasnya, suatu hari nanti pasti dia juga akan berdepan situasi yang sebenar.
“Ramai pula tanya saya, yes betul. Saya tak tipu. Petang ni kelas praktikal #Mandijenazah anak-anak saya dengan ustaz diaorang.
“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat je latihan betul-betul, kemudian ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke? Saya cakap, Takpe, biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul-betul jugak kan?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas memuji keberanian yang ditunjukan Fazley. Malah tidak kurang juga yang menganggap ia adalah satu tindakan yang baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak.
Sebagai ibu sememangnya kita begitu mengambil berat bagi memastikan anak-anak ke sekolah di dalam keadaan kemas, bersih dan selesa. Pun begitu, ketika musim hujan seperti masa ini, bab mencuci kasut sekolah pada hujung minggu tentunya membuatkan ibu berada dalam serba salah.
Jika tidak dicuci, kasut anak yang putih kelihatan kelabu asap. Jika dicuci bimbang pula tidak kering sebab cuaca sekarang tidak menentu. Jika ditepek lagi dengan kapur, makin terasa tebal pula.
Jadi bagaimana dan apa cara anda untuk pastikan kasut anak anda putih bersih dan selesa dipakai pada minggu hadapan. Ikuti perkongsian bermanfaat ini!
“Nak share tips bersihkan kasut putih/sekolah (yang tidak perlu kapur) dan tanpa perlu basahkan kasut. Sesuai sangat untuk hari lembap dan hujan ketika ini.”-Farah
Menariknya juga menurut Puan Farah, melalui cara ini anda tidak perlu jemur, tidak perlu rendam kasut seharian degan clorox dan tidak perlu sental kuat-kuat sekali pun. Namun hasilnya cukup hebat, putih bersih!
Menarik bunyinya bukan? Jadi jangan susah hati kalau hari minggu ni cuaca mendung atau hujan. Kita cuba cara ini ya. Jom semak!
Bahan-bahan:
sebatang berus gigi lama
ubat gigi (x kisah jenama apa)
tisu basah atau kain lembap
Ubat gigi ini juga boleh diletakkan pada bahagian baju sekolah anak yang kotorannya agak degil. Caranya mudah, letak ubat gigi di bahagian yang kotor, sental sikit degan berus gigi dan barulah masukkan baju tersebut ke dalam mesin basuh dan cuci seperti biasa.
sumber : Farah Ieyra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak untuk melakukan solat, lebih lagi bagi anak kecil. Memang benar, solat tidak wajib bagi anak kecil, tetapi tidak salah jika mendidik anak-anak sejak kecil agar mengenali persekitaran ibadat solat. Dengan ini secara tidak langsung mendidik jiwanya dekat dengan ibadat ini. Jom semak panduan ini.
1) Ajar anak suka dengar azan
Sewaktu azan, suruh anak diam, dengar dan menghayati sama-sama. Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar. Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat. Ketika mahu solat, suruh anak anda yang azan atau iqomah. Ini dapat menaikkan semangat mereka untuk solat.
2) Ajak anak cara berwuduk
Sebaik sahaja azan, cepat-cepatlah ajak anak anda berwuduk bersama-sama. Tampalkan poster wuduk yang menarik minat anak anda di bilik air. Boleh sahaja gunakan karakter animasi yang digemari anak anda. Pasti hari-hari mereka mahu lihat dan belajar untuk wuduk.
3) Ajar anak sejak dari kecil
Biasakan solat depan anak. Latih anak anda pergerakan solat ketika mereka bermain. Contohnya ajak mereka bersenam tetapi dengan gaya bersolat.
”Ya Tuhanku, Jadikanlah Aku Dan Anak Cucuku Orang-Orang Yang Tetap Mendirikan Solat. Ya Tuhan Kami, Perkenankanlah Doaku. Surah Ibrahim Ayat 40
4) Memberi pujian
Tingkatkan kecintaan anak anda tentang solat dengan memberi pujian.
“Alhamdulillah, hari ini abang solat. Bagus anak mama ini. Mama dan abah sayang abang. Allah lagi sayang abang.” Tambahkan lagi dengan pelukan kasih sayang agar anak anda rasa lebih dihargai.
5) Dengarkan bacaan dalam solat
Lafazkan bacaan ketika solat dengan sedikit kuat dan dapat didengari dengan jelas oleh anak anda. Ayat-ayat al-Quran sememangnya boleh memberi ketenangan dan perhatian untuk anak lebih fokus mengikuti setiap pergerakan solat. Tapi perlu diingatkan, pilihlah ayat-ayat yang lebih pendek agar anak anda mudah fokus dan tidak mengganggu perhatian mereka.
6) Solat Berjemaah dan ajak ke masjid
Biasakan diri untuk solat bersama-sama. Dan paling terbaik jika ajak anak anda ke masjid. Tanamkan perasaan cintakan masjid dan menjaga tingkah laku ketika berada di dalam masjid. Jika mereka sukar untuk mengawal diri, jangan marah. Nasihat dengan lemah lembut.
7) Sediakan ruang solat khas di rumah
Tampal poster-poster solat berwarna-warni yang dapat menarik minat anak anda untuk selalu masuk ke ruangan solat.
8) Hadiahkan kelengkapan solat
Alangkah seronoknya anak anda apabila menerima hadiah kelengkapan solat yang cantik dan berwarna-warni. Ia dapat mendorong anak anda lebih bersemangat dan seronok untuk solat setiap hari. Anda juga boleh mengajak anak anda untuk beli kelengkapan solat mengikut pilihan kesukaan mereka. Semoga usaha mendidik anak akan lebih berkesan jika anak anda menggunakan pakaian solat kegemaran mereka sendiri.
9) Betulkan Cara Solat Anak Anda
Tegur dan ajar cara solat anak anda dengan berlemah lembut dan berhemah. Sentiasa perbetulkan dan ajar cara solat anak anda untuk dia solat dengan betul.
10) Selalu berdoa untuk anak
Jangan pernah berhenti berdoa untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah yang mudah diajak solat dan cintakan solat.