Siapa yang tak kenal Dato Aliff Syukri yang merupakan usahawan kosmetik terkenal dengan pelbagai kisah menariknya yang sering menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, sempena kelahirannya, suatu majlis kejutan sempena meraikannya hari jadinya telah diadakan oleh isterinya.
Menerusi Instagram, ibu Aliff Syukri iaitu pengasas produk Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, memuat naik video memaparkan sekitar majlis kejutan hari jadi anak lelaki kesayangannya yang ke-32.
IKLAN
Bagaimana tahun ini, sambutan hari jadinya lebih bersifat sederhana dengan alunan zikir anak-anak tahfiz dan nyanyian nasyid daripada penyanyi Hafiz Hamidun berbanding tahun lepas bertemakan Bollywood yang dihadiri beberapa artis popular.
Kepada Dato Aliff Syukri, diucapkan selamat ulang tahun yang ke-32 tahun Dato Aliff Syukri, semoga tahun ini dibukakan lagi pintu rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia disamping keluarga tercinta.
“Tak Pe Duit Boleh Cari, Ibu Ada La Segalanya…”-Chef Wan Upah Jururawat Hampir 6K Sebulan, Tarik Perhatian Warganet!
Kita banyak belajar tentang kehidupan ini daripada orang tua kita. Darinya kita mengenal erti cinta, sayang menyayangi dan memberi dengan tulus. Apa yang pasti, begitu banyak pengorbanan ibu ayah dalam membesarkan kita sebagai anak-anaknya. Tidak termampu untuk kita membalasnya sampai bila-bila.
Lantaran itu selagi boleh, sebagai anak yang tahu mengenang jasa orang tua wajar untuk kita menyantuni ibu ayah dengan sebaik mungkin hingga akhir hayat mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisah chef selebriti, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan boleh dijadikan inspirasi. Cara bagaimana dia menyantuni ibunya yang telah berusia dan mengidap penyakit Demensia cukup menyentuh hati.
Chef Wan melalui Instagram miliknya telah mendedahkan bahawa dia mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah.
Menerusi hantaran tersebut dimaklumkan bahaawa jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu.
“Agensi jururawat itu mengenakan RM180 untuk sehari dan sebulan kira-kira dalam RM5,800 ke lebih dengan kerja lebih masa.
“Biar la mereka berjinak-jinak dahulu ketika mak saya masih sihat sedikit. Bila datang waktunya, dia (jururawat khas) boleh menjaga ibu saya dengan baik.
“Saya rasa senang apabila mak ada orang yang profesional untuk mandikan dia, tukar lampin, suap sarapan, bagi ubat, melakukan sedikit senaman serta memastikan mak saya tidur sekejap pada pagi dan tengah hari,” ujarnya yang mengakui bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya.
Kehidupan berpoligami tidak mudah diterima oleh setiap wanita yang bergelar isteri. Apabila suami membuat keputusan untuk berpoligami, terasa bagaikan diri dikhianati dan tidak lagi disayangi.
Kisah seorang lelaki yang bergelar Daie benar-benar menimbulkan kemarahan ramai pihak. Sanggup menceraikan isteri yang sedang berbadan dua dan menuduh isterinya itu nusyuz. Kisah mereka ini mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ustaz Ebit Lew dalam perkongsiannya di laman facebook ada berbicara mengenai hal tersebut. Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa masa program keluargasunnah.
Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka. Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah.. Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz kami. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?
Ustaz itu menjawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..
Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas. Terdiam semuanya.
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah. Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya? Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah berfirman puji gelaran ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu
Pohon doakan keluargasunnah perbaiki diri di Kl feb 2020. Temat terhad-ebitlew
Kisah lelaki ini pernah dikongsikan di laman media baru-baru ini. Dalam keadaan diri yang derita sakit kanser, Mohd Izzuddin Zainal, 33, penghidap penyakit kanser limfoma gigih mengambil tempahan tag nama tulisan khat dari katil hospital.
Kegigihannya mendapat perhatian warganet, rata-rata menghulurkan rasa simpati dan menurut isterinya tempahan yang diterima cukup menggalakkan. Namun menerusi Harian Metro semalam, cikgu Izzudin dimaklumkan sudah meninggal dunia. Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya.
“SAYA minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka.
“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” itu luahan Suzana Muhamad Tab, isteri kepada arwah Mohd Izzudin Zainal.
Kisah Mohd Izzudin berusaha mencari rezeki dengan mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat sehingga tular di media sosial, pernah dilaporkan Harian Metro pada 2 dan 7 November lalu.
Mohd Izzudin iaitu guru yang mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dari atas katil hospital bagi menampung kos rawatan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 8.05 malam tadi.
Suzana, 34, ketika dihubungi Harian Metro, memberitahu doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.
“Semalam, arwah masih berusaha menyiapkan beberapa tempahan tag nama walaupun dalam keadaan sesak nafas.
“Pagi tadi tahap oksigen arwah semakin menurun dan semua bacaan lain pada mesin mulai menurun.
“Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor tetap berusaha memberi bantuan pernafasan di depan saya,” katanya dalam keadaan sebak.
Allahyarham Mohd Izzudin meninggalkan dua cahaya mata lelaki, Sulaiman, 5, dan Isa, 3.
Jenazah akan disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Al-Khadijah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, pagi esok.