Mungkin masih ada lagi antara kita masih tercari-cari ruang masa untuk pergi menukarkan wang di bank untuk dimasukkan ke dalam sampul raya. Maklumlah, seakan sudah menjadi budaya, beraya sambil bersedekah kepada anak-anak yang bertandang ke rumah.

Atas sebab itu juga, tentu jumlah wang yang ingin ditukar besar jumlahnya. Jadi diharapkan agar kita lebih beringat supaya perkara seperti disamun tidak berlaku ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Encik Schaiff Shaari tentang kejadian ngeri yang menimpa dirinya.

Ngeri bila nak tukar Duit Raya

Bila tiba bulan Ramadan, ada satu peristiwa yang Schaiff Shaari tak dapat lupakan. Harap perkara ini menjadi iktibar buat semua.

Kejadian ni berlaku pada tahun 2007, masa tu memang dah nak dekat dengan Raya. Orang semua mula sibuk nak tukar duit raya.

Pergi Tukar Duit Raya Di Bank Kena Beringat. Pegawai Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Apa Yang Pernah Dia Lalui. Jadikan Pengajaran!

Sebagai seorang yang bekerja dalam bidang kewangan, Schaiff bantu pekerja-pekerja untuk tukarkan duit raya biasalah dah kita selalu berurusan dengan pihak bank.

IKLAN

Bila dah kumpul semua berapa jumlah duit yang nak ditukar, Schaiff pun pergi la ke bank. Memang orang dah mula beratur panjang, tapi sebab kita dah kenal pekerja kat situ, diorang dah siap-siap tukarkan untuk Schaiff. Pelanggan tetap lah katakan.

Lepas keluar dari bank, Schaiff terus masuk kereta dan terus kembali ke pejabat. Jarak perjalanan dalam 3km. Schaiff memandu seorang waktu tu. Ye lah, kita dah biasa pergi seorang.

Dalam perjalanan, tiba-tiba ada sebuah kenderaan Toyota Altis memotong kenderaan yang Schaiff pandu. Kelihatan pemandu tersebut memakai baju preman bertopi yang ada logo Polis.

Pemandu tersebut mengarahkan Schaiff berhentikan kereta, kita pun bersangka baik lah sebab nampak polis kan. Setelah kereta diberhentikan, Schaiff buka la tingkap, pegawai tu kata dia Polis dan ingin memeriksa kereta. Katanya, dia suspek Schaiff bawa dadah.

IKLAN

Astaghfirullah, terkejut dengar. Macam tak percaya. Dalam sibuk bercakap tu, Schaiff ternampak rakan pemandu tersebut terus meluru ke pintu kereta Schaiff sebelah penumpang. Katanya nak geledah.

Schaiff baru teringat, dia sebenarnya nak ambil bungkusan duit dalam laci desk board. Schaiff cuba nak rampas balik, tapi perkara itu berlaku begitu pantas.

Pemandu yang sebelah Schaiff tu merampas kunci kereta dan menekan Schaiff ke kerusi bagi mengelakkan Schaiff bergerak. Schaiff cuba bunyikan hon kenderaan, dia tumbuk muka dan tiba-tiba mata berasa pedih.

Rupa-rupanya Schaiff kena spray dengan pepper spray. Allahuakbar, Allah saja yang tau perasaan Schaiff masa tu. Wallet, kunci kereta semua di ragut.

IKLAN

Tinggallah Schaiff keseorangan di situ. Mujur ada phone, dapat juga hubungi rakan sekerja minta bantuan.

Cuma Schaiff nak pesan pada yang selalu atau nak ke bank tu berhati-hatilah, ini tips yang mungkin berguna:
1) elakkan pergi ke bank berseorangan
2) jangan bermain telefon, sentiasa peka keadaan sekeliling dalam bank dan luar bank.
3) elakkan menyinggah ke mana-mana selepas keluar dari bank. Nak isi minyak pun jangan. Lagi bahaya kalau buat macam tu.
4) jangan berhenti kenderaan, sebaliknya terus pandu ke Balai Polis jika rasa ada yang mengekori.
5) Kalau boleh, ikut jalan yang tidak begitu sunyi.
6) boleh juga minta eskot dari pihak PDRM
7) kalau nak buka tingkap kereta tu, buka sikit je asal boleh dengar suara.
8) elakkan letak duit dalam envelope.

Ni baru satu kisah, belum kisah kena samun lagi. Nanti ada masa Schaiff story lagi.

Itulah kejadian yang memang Schaiff tak akan lupakan. Mata lebam sebelah kena tumbuk.

Schaiff, TheAccountantChef

sumber : Schaiff Shaari

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI