Menyempurnakan tanggungjawab sebagai isteri, nyata bukanlah suatu tugas yang mudah. Ianya perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar kerukunan rumah tangga terjaga. Dan di sini dikongsikan 24 peringatan untuk bergelar isteri untuk sama-sama jadikan panduan dan pengajaran membentuk diri sebagai isteri yang dicintai dan diredhai. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
24 PERINGATAN UNTUK WANITA BERGELAR ISTERI
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
Ads
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
Ads
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
Ads
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
a. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
b. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
c. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
d. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
e. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:” a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil * Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. * Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu. h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Baru beberapa minit lalu, pelakon dan pengacara, Diana Amir telah berkongsi detik mendebarkan apabila rumahnya hampir hangus dijilat api. Melalui perkongsiannya, beliau melahirkan rasa syukur diberi peluang kedua. Tidak sangka boleh tidur dan lupa untuk menutup air ketika memanaskan sup ayam anaknya.
Detik cemas ini dikongsi oleh Diana menerusi Instagramnya.
So what happened was.. I almost burn down the house last night Diana nak panaskan sup ayam, and supposedly kena padam api lah kan sebelum naik tido My big mistake, i macam “takpe biarkan sekejap panas”, tapi.. keluar je dr dapur i terus lupa I tgh panaskan lauk.. I tutup semua lampu mcm biasa, angkat Khadija yang dah tido naik atas and put her to bed.. Then i trus tido juga.
TERJAGA DARI TIDUR DAN BAU SESUATU I terbangun sebab terdengar Khadija buat bunyi. I’ve been a light sleeper since ada baby2.. So ada bunyi sikit memang I bangun.. Pastu i bau something.. Mamai2 so i mcm pelik siapa yg buat bbq.. Kejutkan Habib tanya, “awak ada bau pape tak?”. Dia cakap tak Then suddenly i teringat pasal sup ayam tu. Terus i lari turun bawah , panggil Habib bgtau dia, asap dah tebal sangat kat bawah. Kat dapur memang dah tak nampak apa. But i x nampak ada api. Asap Je
SUAMI BERTINDAK PANTAS
Habib yg masuk dapur, then i dont know what he did, I lari naik atas sebab Khadija and Khalid dah terbangun nangis cari I. I put them back to sleep. I know it was full of smoke downstairs, but theres no visible fire. So, somehow i lega. Kat bilik atas asap mula masuk slow2. I tutup pintu bilik tido, buka tingkap semua yang ada kat atas. But x boleh turun bawah sebab sangat2 kuat asap dia. Habib is the hero, and I know i can trust him. He releases the smokes by opening all the windows.
SYUKUR SELAMAT. This morning bau smoke still kuat. I kena spring clean. Basuh semua benda, semua fabrics, semua pinggan, lap lantai berkali2. But above all, I’m grateful, Alhamdulillah diberi peluang kedua utk kami. Theres alot of IFs, tapi Allah bagi warning ja. Lain kali penat camana pun check habis2 semua benda sebelum tido, make sure everything is safe
JADIKAN PENGAJARAN I’m thankful Allah kept my family safe this time. It can never happen again. I promise, in sya Allah I akan selalu alert benda2 camni. And I hope by sharing this, whoever reading this will make it a life lesson. In a sec we can lose everything for something so simple. Tutup api. Nak masak tunggu sampai abes. I mean ya we dont have that luxury to always stay in the kitchen and watch our cooking like a hawk because theres so many other things to do. But, dont let that “excuse” get in away of safety
Diana berharap kejadian itu tidak akan berulang lagi. Dia akan bersikap lebih berhati-hati dan perkongsian ini juga menjadi peringatan buat pengikutnya. Apa pun semoga jadi pengajaran bersama.
Sumber: Instagram Diana Amir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cemas dibuatnya bila sijil kelahiran anak hilang dalam simpanan. Apa nak buat? Mak ayah jangan cemas kerana boleh memohon semula sijil kelahiran secara online sahaja. Mudah!
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online. Ini panduan untuk anda.
Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN
Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen penting ini hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:
* Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
* Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
* Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
* Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
* Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
* Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
* Firma Guaman;
* Badan Berkanun;
* Agensi kerajaan.
Cara mendaftar:
1. Layari portal JPN
2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan
6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
7. Setelah selesai pendaftaran, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
8. Klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
9. Selepas mengklik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.
Log masuk ke akaun
Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.
1. Di halaman log masuk, masukkan nombor MyKad (dewasa) atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama system
Proses permohonan
1. Pengguna mestilah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
4. Waris terdiri daripada golongan berikut:
– Ibu bapa
– Adik-bradik
– Pasangan
5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah Berjaya
7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
8. Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik tak lena tidur memang buat ramai tak selesa sehingga menjejaskan rutin harian. Tanpa kita sedar ia sebenarnya ia merupakan merupakan penyakit gangguan tidur yang dikenali sebagai Insomnia.
Ia merupakan satu gangguan yang akan menyebabkan seseorang individu mengalami kesukaran untuk tidur, sukar tidur lena, kerap terjaga atau mudah terjaga walaupun mempunyai masa yang mencukupi untuk tidur.
Menurut Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Michelle Chong Hui Yi, insomnia merupakan satu isu yang tidak harus diketepikan malah perlu ditangani kerana ia akan memberi impak negatif, khususnya dari segi kesihatan badan dan mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Selain tidak dapat memberi tumpuan dalam kehidupan seharian, insomnia juga akan menjejaskan perasaan dan emosi, menimbulkan perasaan gelisah malah boleh menyebabkan individu yang berdepan dengan masalah tersebut menghidapi penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan strok.
“Mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk memastikan seseorang individu dapat merehatkan badan dan minda. Tidak cukup tidur atau rehat mungkin menyebabkan individu mengalami keletihan pada waktu siang, mudah naik darah, murung dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam aktiviti harian,” katanya.
Berdasarkan DSM-5 (Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Kelima), insomnia diklasifikasikan sebagai gangguan tidur-bangun dan untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu berdepan dengan masalah insomnia, perlu ada satu aduan utama berkaitan ketidakpuasan terhadap kualiti atau kuantiti tidur bersama sekurang-kurangnya satu daripada gejala berikut:
Kesukaran untuk tidur dan kekal tidur
Terjaga pada awal pagi dan tidak berupaya untuk tidur semula
Mengalami masalah sukar tidur sekurang-kurangnya tiga malam setiap minggu untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan walaupun mempunyai peluang atau masa yang mencukupi untuk tidur
Gangguan tidur yang tidak berpunca daripada masalah gangguan tidur lain seperti narkolepsi, isu pernafasan dan sebagainya serta tidak dikaitkan dengan kesan fisiologi seperti penyalahgunaan dadah dan ubat
Masalah gangguan mental seperti kemurungan, kegelisahan atau kekeliruan
Mengulas lanjut, insomnia boleh menjadi isu jangka masa pendek atau masalah kronik. Ia boleh berlaku dalam kalangan individu yang terdiri daripada peringkat usia berbeza seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa berdasarkan faktor-faktor tertentu. Namun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa dan kebiasaannya disebabkan perubahan dalam corak tidur serta pengambilan ubat.
“Dari segi jantina pula, golongan wanita lebih mudah mengalami masalah gangguan tidur, ini mungkin dikaitkan dengan perubahan hormon, mengandung, menopaus dan faktor-faktor lain,” ujarnya.
Insomnia boleh dibahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
Insomnia Jangka Masa Pendek– Atau insomnia akut, selalunya disebabkan tekanan, penyakit atau faktor persekitaran. Kebiasaannya, situasi tersebut akan berterusan kira-kira tiga bulan dan mungkin akan berkembang ke peringkat insomnia kronik sekiranya berlarutan.
Insomnia Kronik – Merupakan masalah jangka panjang, yang berlaku sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama lebih daripada tiga bulan. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain, isu psikologi atau faktor gaya hidup.
Onset Insomnia – Kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan kebiasaannya mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk tidur.
Maintenance Insomnia – Terjaga pada tengah malam dan mengalami kesukaran untuk tidur kembali.
Comorbid Insomnia – Berlaku bersama keadaan perubatan atau faktor berkaitan psikiatri yang lain, seperti kemurungan, kegelisahan atau sakit kronik.
Faktor yang menyumbang kepada masalah gangguan tidur berbeza bagi setiap individu, antaranya:
Tekanan emosi, tekanan hidup dan tekanan jangka masa panjang kerana ia mencetuskan reaksi yang melepaskan hormon seperti adrenalin dan kortisol yang meningkatkan tahap kewaspadaan
Pengambilan kafein atau alkohol berlebihan
Waktu tidur yang tidak tetap
Penggunakan peranti elektronik secara berlebihan kerana cahaya biru menyekat pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang mengawal tidur
Insomnia boleh diubati menerusi pendekatan bukan farmakologi seperti Terapi Kognitif-Tingkah Laku untuk Insomnia (CBT-I), iaitu rawatan bagi mengubah pemikiran serta tingkah laku yang menyumbang kepada masalah insomnia. Kaedah tersebut didapati berkesan dari segi meningkatkan kualiti dan jangka masa tidur.
“Individu yang menghadapi masalah insomnia boleh mendapat nasihat perubatan daripada doktor dan doktor akan merujuk mereka kepada pakar, seperti pakar psikologi atau psikiatri, sekiranya perlu.
“Selain itu, dicadangkan ubah gaya hidup seperti mengamalkan tabiat tidur sihat, bersenam secara kerap bagi membebaskan hormon endorphin dan meningkatkan kesihatan mental, pada masa yang sama mengamalkan aktiviti atau hobi yang boleh mengurangkan stres,” jelas beliau.
Beliau juga berkongsi beberapa petua untuk meningkatkan kualiti hidup, antaranya:
Amalkan jadual tidur dan bangun yang tetap.
Sediakan rutin tidur santai dengan menjalankan aktiviti untuk menenangkan fikiran sebelum tidur seperti membaca, mandi air suam atau meditasi.
Pastikan bilik tidur yang kondusif untuk tidur seperti gelap, sunyi dan mempunyai suhu yang selesa.
Elak penggunaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan komputer sebelum tidur.
Elak pengambilan makanan berat, kafein dan alkohol apabila hampir waktu tidur.
Kerap bersenam namun elak senaman lasak apabila hampir waktu tidur.
Praktik teknik mengurangkan stres seperti meditasi dan yoga.
Kurangkan tidur siang, sekiranya perlu, pastikan hanya tidur antara 20 hingga 30 minit dan elak tidur siang pada lewat petang.
Sekiranya seseorang individu masih mengalami masalah gangguan tidur selepas mengamalkan petua berkenaan, beliau menasihati mereka supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan atau pakar-pakar lain yang berkaitan.
“Individu yang mengalami isu gangguan tidur perlu bersabar kerana menambah baik tabiat tidur dan mengatasi masalah insomnia mungkin mengambil masa.
“Bersabar dengan diri anda dan terus amalkan tabit tidur sihat dan berkualiti demi kesejahteraan hidup secara menyeluruh,” katanya.
Terima kasih: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.