Bila ingin memanaskan hidangan berkuah dengan menggunakan api yang kecil, kadang-kadang sering juga buat kita terlupa.
Niat asal memanaskan hidangan untuk seketika, tapi bila terlupa atau asyik pula membuat kerja lain, alih-alih terhidu pula bau hangit dari ruang dapur.
Rupanya makanan yang dipanaskan telah hangit malah periuk atau kuali juga telah berkerak hitam. Memang sakit mata melihatnya dan tentunya sukar untuk dibersihkan.
Pun begitu, dengan teknik yang dikongsikan di fb Susun Atur Sioca, ada cara yang lebih mudah dikongsikan olehnya.
Bersihkan periuk hangit
Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu.
Ads
1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.
2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.
3. Masukkan 1/2 cawan cuka.
4. Biarkan mendidih 10 minit.
Ads
5. Tutup api dan biarkan terus terendam.
6. Dah sejuk, bilas dengan air paip.
Ads
7. Periuk akan kembali bersih.
Ni tips yang kami guna masa merendang hari tu. Bila panas-panaskan dah terlupa. Jadi, gunakan kaedah ni nak bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!
Melalui penerangan yang diberikan oleh Dr Suri Roowi berkenaan petai ini cukup mengujakan dan manfaat ini turut dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di akaun fbnya.
Siapa sangka ‘mutiara’ hijau ini adalah makanan bersifat anti diabetis (anti kencing manis) dan bahan faitosterol yang ada di dalam petai juga bersifat anti kolesterol.
Ingin mengetahui lebihlanjut, jom kita semak perkongsian bermanfaat ini satu persatu.
PETAI REBUS MEMANG TERBAIK. BERSEDERHANALAH.
Kandungan faitosterol di dalam petai bersifat anti diabetis dan anti kolestrol
Dr Suri Roowi merupakan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Pemakanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan makan kesihatan ini sudi untuk berkongsi dengan kita semua mengenai kebaikkan yang terkandung di dalam petai.
Petai adalah tumbuhan jenis saka atau nama saintifiknya dikenali sebagai Parkia Speciosa yang tumbuh di dalam hutan atau ditanam secara komersial. Buah petai enak di jadikan ulaman dan dimasak sambal tumis bersama udang.
Petai adalah antara makanan bersifat anti diabetis (anti kencing manis) kerana terdapat bahan faitosterol di dalamnya. Kulit petai pula lebih tinggi kandungan faitosterol berbanding bijinya. Selain bersifat (anti kencing manis), bahan faitosterol dalam petai juga bersifat anti kolesterol.
Petai menghasilkan bau yang busuk. Bau petai mungkin dapat dikurangkan dengan meminum susu selepas anda menikmati petai tersebut. Ini disebabkan bahan polisulfide (bahan berbau) pada petai itu akan diikat dengan protein susu tersebut dan akan keluar bersama menjadi najis.
Dalam petai juga terdapat asid djenkolic dan petai tidak boleh dimakan banyak. Salah satu cara yang mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan asid djenkolic adalah dengan merebus petai tersebut terlebih dahulu sebelum dimakan. Wallahua’lam , Selamat mencuba.
Dr Suri Roowi
Timb. Pengarah Perekaan Mkn (Mkn Kesihatan)
Pakar Antioksidan
Tidak dinafikan juga, bagi peminat petai selain dimakan segar petai ini juga sering dibuat jeruk untuk memastikan boleh dimakan pada bila-masa masa. Katanya, petai ini sebagai pembuka selera.
Untuk itu, disertakan bersama resipi untuk membuat jeruk petai yang dikongsikan oleh Mariana. Semoga bermanfaat.
CARA BUAT PETAI JERUK
1. Petai tu rebus dulu. Rebus sekali dengan kulit-kulitnya.
2. Bila nampak kulit macam sudah kekuningan, tutup api dan toskan airnya.
3. Bila sudah sejuk, baru picit amik biji petai tu.
4. Sediakan balang dan letakkan petai,air panas suam,garam kasar dan cuka.
5. Siap
Sumber : Mariana Abd Majid Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, nyawa yang tiada bandingan nilainya boleh hilang sekelip mata dengan nilai RM4.
Itulah yang terjadi terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh remaja berusia 16 tahun, dalam kejadian yang didakwa berpunca akibat wang RM4, semalam (kelmarin).
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf di Kuantan, semasa suspek dan mangsa bersama enam lagi penghuni di situ membersihkan surau.
“Mangsa didakwa diusung oleh tiga penghuni ke rumah penyelia asrama, yang terletak kira-kira 50 meter dari surau itu pada pukul 4.15 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan penyelia terlibat pada awalnya menjangka mangsa terkena sawan atau kancing gigi.
“Penyelia terlibat terus membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di wad kecemasan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini (semalam).
Mangsa Disyaki Ambil RM4 Milik Senior
Siasatan awal melibatkan saksi kejadian mendakwa suspek telah menegur mangsa yang disyaki mengambil wang RM4 miliknya, namun teguran itu tidak diendahkan menyebabkan suspek, yang merupakan pelajar sekolah menengah di sini, tidak berpuas hati.
Ia didakwa menjadi punca suspek mencekik dan menghempas mangsa ke lantai sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
Wan Mohd Zahari berkata suspek kini direman sehingga 27 Mac, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bila namanya terlupa, hajat dihati hendak keluarkan duit di mesin ATM pun boleh pula terlupa bawa kad bank. Hendak berpatah balik, terasa malas pula. Nasib baik ada cara kita tetap boleh keluarkan cash walau tiada kad.
Bagaimana tu?
Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.
Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.
Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank
Masuk Maybank2u apps
Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung
Klik pada “cardless ATM withdrawal”
Letak no telefon
Pilih amaun yang mahu di keluarkan
Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad
Ikut dua langkah penting ni:
Masukkan ID 16 digit
Masukkan kod 6 digit
Dah boleh keluarkan duit.
Ikut gambar step by step di bawah ini ya:
Mula-mula pastikan ada Maybank2u Apps macam di bawah ini.
Ok lepas tu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.
Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.
Isikan nama dan butiran seperti di bawah:
Dah siap, boleh pilih berapa amaun yang ingin dikeluarkan.
Anda akan menerima notifikasi begini.
Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:
1.Masukkan ID 16 digit
2.Masukkan kod 6 digit
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cardless Withdrawal Maybank, sila rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...