Rumah tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.
Pendedahan itu dibuat Puteri Lily menerusi Instagram Stories (IGs).
Puteri Lily berkata, dia perlu membuat pendedahan bagi mengelak timbulnya fitnah.
“Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz.
“Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah,” tulisnya.
Sungguhpun begitu, Puteri Lily berkata, dia dan Aziz berpisah secara baik, awal bulan lalu.
Ads
“Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.
“Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak,” katanya.
Ads
Tambah Lily, anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Aziz iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, menerima keputusan perpisahan dengan tenang.
“Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. ‘I’m trying my best’ (Saya akan cuba yang terbaik),” luahnya.
Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.
Ads
Ini adalah perkahwinan yang ketiga buat Aziz. Sebelum ini, pengarah filem XX Ray itu mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.
Selepas berpisah dengan Nor Aliah, Aziz berkahwin dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.
Aziz kemudian berkahwin dengan Puteri Lily pada 6 Jun 2010.
Sumber : HMetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak kenal maka tak cinta, mungkin ini yang boleh diperkatakan bila menyebut tentang Tadika Al Kauthar Eduqids (AKE) yang sedang menempa nama, menjadi pilihan pusat pendidikan pra sekolah ibu bapa masa kini. Jika tidak, masakan baru-baru ini mendapat penganugerahan sebagai sebuah “Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma”.
Tadika Al Kauthar Eduqids sebenarnya sudah beroperasi sejak tahun 2013 hingga kini menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al-Quran, program Montessori, toddler school play untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, kelas Bahasa Mandarin dan juga pembelajaran KAFA.
Terpanggil untuk mengenali lebih dekat siapa sebenarnya orang kuat yang mengemudi kejayaan AKE ini, nyata bukan calang-calang orangnya. Encik Bakhtiar, pengasas Tadika Al Kauthar Eduqids bersama isterinya Puan Nor Fadilah Alias berkongsi kisah bagaimana mereka membangunkan AKE ketika ditemubual dalam satu majlis minum petang yang diadakan di Hotel Concord Shah Alam baru-baru ini.
Pada majlis yang sama juga, pihak AKE turut mengumumkan NOU yang dijalankan bersama Kolej Vokasional ERT Setapak dan Tadika Al Kauthar Eduqids. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memupuk hubungan rapat di antara kedua pihak dalam pelbagai perspektif terutama dalam bidang kemahiran pendidikan. Kerjasama yang erat ini diharapkan dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Luah Rasa Gembira
Di majlis julung-julung kalinya diadakan itu, pasangan ini meluahkan perasaan sangat gembira setelah menunggu 6 tahun menjalankan perniagaan ini. Pengharapan mereka pada perniagaan yang dijalankan untuk kekalkan nama baik brand AKE, dan sekali gus memperkenalkan kepada orang ramai tentang AKE secara lebih menyeluruh. Dijangkakan dalam masa 3 tahun akan datang, cawangan AKE akan terus berkembang menjadi 50 cawangan di seluruh Malaysia.
Apabila ditanya apa kelebihan AKE berbanding pilihan tempat-tempat lain, ini jawabnya.
“Sebenarnya saya sendiri adalah merupakan seorang guru tadika yang berpengalaman hampir 12 tahun. Saya memilih untuk menggunakan pendekatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan digabungkan dengan method montessori dan tambahan Islamik. Ia bagus kerana pendidikan hari ini agak sukar untuk anak-anak. Walau dimansuhkan peperiksaan sekali pun namun modulnya susah. Jadi bagusnya belajar di sini, kami tekankan dari segi akademik dan sahsiah diri serta sudut islamik. Jadi bila mereka masuk darjah satu, mereka telah dipersiapkan.
“Perbezaannya lagi, AKE turut menerima anak-anak autisme, speech delay, dyslexia, ADHD dan cabarannya berbeza daripada mendidik anak-anak normal. Di HQ kita adalah lebih 10 orang anak-anak istimewa, dalam kajian saya kalau anak-anak ini bila dicampurkan bersama anak-anak normal kesan auranya itu 90% boleh nampak perubahan yang positif.
Cabaran Bisnes
“AKE ditubuhkan pada tahun 2013, dan ketika itu umur saya baru 22 tahun, usia masih muda dan bukan cabaran yang mudah untuk dilalui. Tapi alhamdulillah, walau pernah diuji pada 2015 dalam menjalankan perniagaan ini, namun saya segera sedar dan mendapatkan kekuatan untuk terus bangun bagi melangkah ke fasa seterusnya.
“Antara yang saya amalkan adalah setiap hari wajib menghafal bersama anak-anak di AKE dengan surah al Rahman, al Kahfi dan Yassin. Ini bermakna selain menghafal juz Amma iaitu kumpulan surah-surah pendek, anak-anak di sini akan ditambah dengan 3 surah itu untuk dihafal. Begitulah setiap hari akan solat Dhuha bersama anakk-anak di AKE dan membaca ayat-ayat hafazan sebelum memulakan pembelajaran seperti biasa. Semua ini diterapkan bermula seawal 3 tahun anak-anak di AKE.
Anak saya juga ditempatkan di AKE semenjak bayi dan kini telah pun berusia 5 tahun, alhamdulillah saya nampak progres perubahan anak saya begitu cepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jom kita bercucuk tanam di laman rumah. Aktiviti ini bukan sahaja boleh kita lakukan sekadar mengisi masa lapang, tapi andai dibuat bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan.
Andai masih tercari-cari pokok apa yang ingin disemai, apa kata kita mulakan dengan menyemai pokok limau nipis ini. Katanya, menanam pokok ini dengan keratan batang tidaklah susah mana sebagimana yang dikongsikan ini.
Cara semai limau nipis
1. Potong ranting limau,sepanjang 5″ dari pucuk.
2. Pastikan batang sudah berwarna gelap/kecoklatan.
3. Cucuk pada media tanam, apa jenis tanah pun boleh, sebolehnya yang boleh serap lembab.
4. Letak ditempat redup, saya letak bawah pokok jambu, terlindung dari sinaran matahari.
5. Bila 2 minggu, batang masih elok, tidak menghitam, Insya Allah peratusan hidup adalah tinggi.
Dah pun berputik. Tapi takkan jadi buah punya.
Manakala perkongsian daripada Azman Mohamed Ali di Fb ada menunjukkan kaedah lain untuk menyemai keratan batang limau nipis ini. Caranya juga mudah dan jom ketahuinya.
“Ohhh…rupanya senang menanam keratan limau purut dan limau nipis ye….ambil keratan buang daun , letak tanah dalam pasu siram sebasah mungkin cucuk keratan dalam pasu tu tutup dengan palastik bag letak tempat teduh…lepas seminggu dah keluar tunas…
Semoga dengan perkongsian menyemai pokok limau nipis dengan menggunakan keratan batang seperti ini dapat memudahkan ibu-ibu untuk mencuba bercucuk tanam di laman rumah. Semoga berjaya!
sumber : Euis Maemunah dan Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Selama dua hari penguna bakal menikmati pengecualian tol pada 23 dan 24 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tol percuma ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Isnin (23 Disember) sehingga 11.59 malam Selasa (24 Disember).
Namun begitu, pengecualian ini hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim.
Menurut beliau, pemberian tol percuma ini adalah sebahagian daripada aspirasi “Madani di Hati, Rakyat Disantuni” yang dibawa oleh Kerajaan Madani sempena perayaan Hari Krismas 2024.
“Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Nanta berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pengecualian tol itu dengan sebaik-baiknya dan merancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa musim cuti.
Beliau menyarankan agar pengguna mematuhi jadual waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dicadangkan bagi memastikan keselamatan pemanduan terjamin. Langkah ini penting untuk memastikan semua pengguna lebuh raya dapat tiba di destinasi masing-masing dengan selamat, sekaligus menjadikan sambutan perayaan kali ini lebih bermakna.
“Pengguna juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan bagi pengalaman pemanduan yang selamat, memastikan kondisi kenderaan dan tayar kenderaan sentiasa baik serta baki kad Touch ‘n Go serta eWallet yang mencukupi.
“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS). Penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk berhati-hati terutama semasa trafik tinggi di lebuh raya,” katanya.
Nanta turut menyarankan pengguna lebuh raya untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemas kini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), aplikasi X (@LLMtrafik) serta TikTok (@llmtrafik).
Beliau turut memaklumkan bahawa pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai trafik atau sebarang bantuan yang diperlukan.
“Selain itu, pengguna juga boleh mengakses paparan CCTV di semua lebuh raya melalui laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my untuk mengetahui keadaan trafik semasa. Maklumat trafik terkini juga boleh diperoleh melalui WhatsApp Channel LLM Info Trafik,” tambahnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.