Apabila sampai waktunya, setiap antara kita pasti akan pulang ke negeri abadi menemui Sang Pencipta. Cara dan bagaimana seseorang itu akan menemui ajal, itu menjadi rahsia Ilahi.
Untuk itu mari kita muhasabah diri dengan satu perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau baru sahaja kehilangan ayah tercinta.
Kisah yang dikongsikan ini cukup luar biasa dan menyentuh hati warganet. Cikgu Fadli berkongsi antara wasiat yang telah ditulis oleh abahnya sejak tahun 2018. Cukup detail isi kandungan wasiat tersebut berkenaan pengurusan jenazah yang perlu dilaksanakan oleh anak-anaknya.
Menurut Cikgu Fadli lagi Abah selalu pesan kat anak-anak, “Abah tulis dah wasiat untuk urus jenazah abah jika abah tiada nanti.”
Teringat pesan abah, balik sahaja rumah Kak Ma terus masuk bilik dan buka laci abah. Terkejut Kak Ma. Ada satu sampul tertulis ‘Wasiat Pengurusan Jenazah Abah’.
Sampul itu dibawa keluar. Ada 3 muka surat semuanya. Details abah tulis bagaimana pengurusan jenazah yang abah mahukan. Berapa orang perlu turun ke liang lahad, siapa perlu mandikan abah, perlu beri apa dan berapa untuk orang solat jenazah, berapa orang yang solat jenazah, dan sebagainya.
Lengkap.
Wasiat ini ditulis pada 30/5/2018 lagi. Abah juga berpesan dalam tulisan agar tunaikan wasiat beliau dengan ikhlas.
Ads
Petang tadi aku ke Madrasah Darul Al Aitam. Nak jumpa ustaz supaya buat solat jenazah ghaib. Ustaz sini baik belaka dengan abah. Surau dalam madrasah ni abah waqafkan bersama tanah.
Sebaik sampai surau, ada beberapa ustaz sedang turun tangga. Bila aku sampaikan niat untuk solat jenazah ghaib, katanya mereka baru selesai buat. Allah. Tak perlu disuruh-suruh. Tak perlu diajak orang dah buat. MasyaAllah.
Wasiat abah kami akan laksanakan di dua tempat. Di sini dan di bumi Mekah.
Kat Bukit Ajyad, Mekah abah ada satu rumah. Abah waqafkan untuk orang duduk dan guna sejak 2010.
Cucu saudara abah Sheikh Aiman yang duduk dan jaga rumah tu. Wasiat abah kami sampaikan juga pada Sheikh Aiman ni.
Ads
Terus semua persiapan dibuat. Bacaan Kulhu dan jamuan makan disediakan.
Abah tenang di sana ya. Kami adik-beradik akan pastikan semua wasiat abah ini dilaksanakan dengan baik, sempurna dan penuh dengan keikhlasan. Antara wasiat abah. Lengkap dengan kira-kira dan abah dah sediakan duit secukupnya. Kata abah, tak perlu guna duit anak-anak. Last tu abah sebut lagi, sedekah pada kanak-kanak dan orang tua, RM500. Abah memang kasih dan sayang pada kanak-kanak dan orang tua.
Ah, details sungguh abah merancang kematiannya. Selepas mati masih lagi boleh berbuat kebaikan. MasyaAllah, ini pedoman untuk aku ikuti diakhir hayatku nanti.
Terima kasih abah tidak pernah berhenti mendidik bahkan selepas meninggal dunia masih mendidik kami. Sayang abah hingga ke syurga.
Dunia hanya pinjaman. Semua yang dipinjam pasti dipulangkan. Yang kekal hanyalah amalan.
Ads
Wasiat ini ditemui sebaik kami pulang dari kubur. Memang abah ada berpesan masa hayatnya, abah dah tinggalkan wasiat khas pengurusan jenazah abah.
Tak sangka begitu detail sekali. Siapa yang mandikan jenazah abah pun ada abah tulis. Siapa yang patut turun ke liang lahad pun ditulis.
Di mana kubur abah patut ditanam pun abah dah tandakan. Allahu. Abah cukup bersedia untuk kembali bertemu Allah taala. Semoga Allah menerima segala amal ibadah abah. Kami anak-anak akan terus menerus mengirim doa. Rindu abah ketat-ketat.
Bagi peminat kek, pasti tahu ada bermacam-macam resipi kek batik yang telah dikongsikan baik di laman Facebook atau di laman masakan internet. Ada yang mudah dan ada yang agak sukar untuk dibuat.
Jom cuba Kek batik indulgence cheese melting air tangan suri rumah yang juga cikgu masakan di internet yang cukup terkenal iaitu saudari Azlina Ina Fans.
Bagi mereka yang memasak, nama ini memang tidak asing, bahkan sentiasa dinanti-nantikan resipi darinya. Kek yang dihasilkannya itu telah dikongsi sebanyak 20k, memang padu ni. Jom kita cuba sendiri menggunakan resipi tersebut.
Asalamualaikum.nak sgt la tgk semua 900k follower tu aktif ajom la komen tq dan share ramai2.kire ni resepi tgh hot meletop letop.boleh buat byk version sebenar nye.kalau nak buat mcm2 flavour ponn boleh ajer.cikgu ajar asas je ye.nnt korg boleh cipta mcm2 jenis flavour lg tukar je la tajuk die??
Kek batik indulgence cheese melting
Ganace indulgence
step 1 buat ganace die dulu awal2 eh
200ml whipping dairy
250g dark compound cikgu prefere dark sbb kek batik tu dah manis
2 sb butter
ok masuk dalam pengukus ke atau oven kejap
keluakan dan whisk bg die pekat
Bahan-bahan
2 paket biskut merry xkisah korg nak gune perise asli atau coffee atau coklat.cikgu setakat ni suke gune jenama tu sebab xlembek masa digaul coklat.
1 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 ketul butter cup
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
Cara membuat:
1. Slow kan api eh masukkan butter cup td dalam kuali bia larut matikan api jap
dah masukkan milo plus serbuk koko kedalam kacau.
2. Tuang susu pekat n susu cair bukak api slow dan masak sampai agak pekat.
3. biskut merry tu patah2 kan xkisah la pakai lutut ko ke lutut laki memasing.kot2 tgh begaduh dgn jiran boleh buat kek batik ni mmg cantik patah die
4. Ambik 3sb gelatin larut kan dalam 1/2 cawan air panas dulu ketepikan kejap.
5. Apabil dah pekat kuah coklat td bukan kuah roti canai?masukkan biskut yg ko patah2 kan td gaul sebati.
6. lapik plastik dulu bekas yg ko rasa nak masukkan tu atau pakai loyang ade clip tepi riso ko gune tapawere gini masa nak keluakan ko sempat masuk tanjung rambutan??dah masukkan ko simpn peti kejap.
7. sementara tu buat indulgence layer cheese die 250g cream cheese 1/2 cawan susu pekat kalau xnak manis kurg kan mix sebati 1 cawan whipping dairy sejuk2 ye masukkan mix sekejap smpai sebati plus 1 cawan whipping non dairy cikgu pakai vivo mix smpai agak pekat cantik masukkan separuh larutan gelatin yg kite buat awal td kan kacau kan.ok eh skrg ko nak letak bape byk flavour sukati korg.masa ni cikgu malas?masa lain rajin masa ni je?buat flavour strawbery je kat cheese die tu.korg boleh buat ape2 flavour just tambah pasted filling dan kacau.tuang adunan atas kek batik tadi.
8. ok ganace kita masukkan lebihan gelatin yang tinggal tadi. kacau
9. tuang atas cheese layer td
10. ok masuk kan peti ais semalaman.hahaha dr semalam ade yg smpai begaduh laki bini pk camana cikgu keluakan dr bekas tu???.dah keras semua layer just panas kan air celup pisau sisip tepi2 tu tebalik kan keluakan la eleeee.pas tu cara potong pn sama.panas kan pisau lap baru potong tau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila tengah bulan ramai mak ayah mula rasa resah bila mana anak-anak merengek inginkan mainan atau ajak berjalan-jalan dihujung minggu. Jangan buntu idea dan jangan hanya fikirkan soal wang yang tidak mencukupi sahaja untuk luangkan masa dengan anak-anak.
Ada cara lebih kreatif dan paling penting JIMAT untuk bonding dengan anak dihujung minggu. Tak perlu keluar ke pusat beli belah, ke taman atau kedai makan, sebaliknya di rumah sendiri ada banyak aktiviti yang buat anak-anak teruja dan gembira. Malah sampai ke besar, anak-anak ingat momen indah ini.
Ayah hebat ini, Ahmad Affzan Abdullah kongsikan caranya bonding dengan anak. Tak payah fikir pada bajet!
Zaman sekarang ini sungguh mencabar. Kita jadi ibu bapa kadang-kadang terlalu sibuk cari duit sebab nak sara hidup keluarga. Maka adakalanya terlepas pandang masa berkualiti dengan anak-anak.
Aku senaraikan beberapa aktiviti yang boleh kau lakukan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk bersembang dan bermesra dengan mereka.
1. Makan dalam dulang/talam
Ini aku pernah tulis dahulu. Mungkin ramai yang tak biasa makan dalam dulang ini, tapi kau cubalah. Banyak kebaikan yang kau boleh dapat.
Waktu inilah kau boleh banyak selitkan nasihat-nasihat kehidupan. Tutup TV, semua mengadap nasi dan lauk di tengah. Kau boleh cerita tentang baiknya Tuhan bagi rezeki. Kau boleh cerita tentang konsep bertolak ansur sesama ahli keluarga. Anak-anak boleh bercerita tentang aktiviti mereka seharian. Sedar-sedar nasi pun habis. Kenyang dapat, bonding pun dapat. Insya-Allah keberkatan pun kau dapat.
2. Memasak
Memasak atau menyediakan makanan juga aktiviti bonding yang baik. Lagipun, memang hampir setiap hari kena masak, kan?
Kalau anak kau ramai, kau bahagi-bahagilah tugas. Ada yang potong sayur, ada potong bawang, ada gaul bahan, ada yang masukkan bahan dalam kuali.
Kalau aku, paling seronok waktu kami buat sandwic sama-sama. Sandwic ini memang antara kepakaran aku. Jadi anak-anak semua sangat teruja bila aku kata nak buat sandwic. Nanti aku kongsikan resipinya. Masing-masing berebut nak sapu mentega atas rotilah, nak letak tomatolah, nak kapit rotilah.
Ia jadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan merapatkan hubungan dengan anak-anak.
3. Cuci kereta atau motor
Kalau kau tak hantar kereta ke kedai, bolehlah kau cuci sendiri beramai-ramai dengan anak-anak. Waktu aku kecil dulu, ini antara aktiviti yang aku suka buat dengan arwah Abah.
Kerja aku senang saja, Abah suruh aku cuci tayar, sebab kawasan yang tinggi-tinggi aku tak sampai. Lepas itu yang seronok sebab dapat main air waktu nak bilas. Basah lencun tapi penuh dengan gelak ketawa. Penat pun tak terasa.
4. Buat hobi sama-sama
Kenalpasti hobi anak kau, kemudian kau sama-samalah buat dengan dia, atau temankan dia waktu dia sedang beraktiviti itu. Dulu anak aku minat main Gunpla atau Gundam. Alah, yang robot plastik main cantum-cantum tu. Aku pun sama-sama buat robot itu dengan dia. Dia gunting, aku cantum. Aku gunting, dia cantum.
Main lego pun begitu juga. Sama-sama cantumkan blok dan bina rumah contohnya. Bila siap, masing-masing rasa bangga sebab buat sama-sama.
Kalau hobi anak kau melukis, kau pun sama-samalah melukis dengan dia. Ataupun kau sokong aktiviti dia, contohnya bawa dia pergi jumpa pelukis, beri idea nak lukis apa, belikan buku-buku lukisan dan lain-lain. Kau tunjuk minat yang sama dengan anak-anak, memang anak-anak akan hargai dan ingat sampai bila-bila.
5. Solat jemaah
Aktiviti pergi masjid dan surau juga salah satu aktiviti yang sangat baik untuk kau bermesra dengan anak-anak.
Waktu jalan kaki untuk sampai ke masjid itu, banyak benda kau boleh sembangkan. Fadilat solat berjemaah jangan ceritalah. Rapatkan saf itu antara sebab yang boleh menyatukan hati kau dengan anak-anak dan ahli jemaah yang lain.
Kalau tak dapat ke masjid, kau solat berjemaah di rumah. Dapat sehari satu waktu pun cukuplah sebagai permulaan. Ini aktiviti spiritual yang boleh merapatkan hubungan yang renggang insya-Allah.
6. Hantar dan ambil anak dari sekolah/kelas
Mungkin ramai yang tak berkesempatan buat aktiviti ini disebabkan kesibukan kerja dan ‘timing’ yang tak selaras. Namun jika ada kesempatan, kau cubalah usahakan
Benda ini nampak biasa saja, tapi waktu kau dalam kereta itulah masa untuk kau kenali anak kau dengan lebih rapat.
Kau tanya apa aktiviti dia hari itu, dia belajar apa, cikgu baik ke tidak. Anak-anak pun biasanya akan teruja untuk beritahu dia buat apa, kawan mana yang menangis, budak mana yang muntah, budak mana yang bawa duit bekal RM50 dan lain-lain.
Yang ibu bapa mahu begitulah. Anak-anak mesra dan bebas bercerita apa saja dengan kita. Maka masa hantar dan ambil dari sekolah itulah peluang untuk kau bersembang bagai nak rak dengan anak-anak. Jangan kau diam layan radio saja.
7. Majlis taalim
Majlis taalim ini biasanya aku buat sebelum tidur. Kau bacakan buku-buku yang bermanfaat untuk anak-anak contohnya kisah para Nabi, sejarah hidup Nabi Muhammad, kisah para sahabat dan lain-lain.
Kalau kau ada ilmu lebih sikit, kau bacakan buku-buku hadis berkaitan adab dan akhlak, contohnya kitab Riyadhus Solihin, Hadith 40, Adabul Mufrad atau Fada’il A’mal. Kemudian kau tutup dengan tadarus beramai-ramai. Dapat satu malam satu mukasurat Quran, jadilah.
Anak-anak aku paling suka kalau aku bacakan kisah para Nabi. Selalu jugalah mereka mendesak. Sambil cerita itu, kau selitkan juga pengajaran dan kaitannya dengan kehidupan kita sekarang. Barulah anak-anak boleh faham dengan lebih jelas.
8. Berkebun
Kalau kau ada laman, gunalah laman yang ada itu untuk berkebun bersama anak-anak. Benda mudah macam cabut rumput pun jadi satu aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya kau lumba siapa cabut rumput paling banyak ke, atau siapa dapat jumpa cacing ke.
Kemudian kau ajar anak-anak teknik tanam pokok. Macam mana nak pindahkan dari polybag ke tanah atau pasu, macam mana tabur benih, bila nak siram pokok. Biar anak-anak kembali kepada ‘nature’. Pegang tanah, biar tangan kotor, keluar peluh jantan.
Lepas itu, kau beri dia seorang satu pokok untuk dijaga. Ini melatih anak-anak untuk rasa tanggungjawab dan cintakan alam sekitar juga. Bila pokok dah besar, kau boleh kata dengan bangga pada dia,
“Tengok, itu pokok yang awak tanam dulu, kan? Dah berbunga dah.” Mesti anak-anak pun seronok.
9. Main masak-masak atau play pretend
Biasanya ini dibuat waktu anak kau masih kecil. Kau buat khemah dalam rumah guna tali rapia dan selimut. Duduk dalam itu dengan anak, lepas itu guna periuk dari dapur, konon-kononnya tengah masak dalam hutan. Kertas-kertas yang diracik kononnya sayur dan lauk pauk.
Anak lelaki pula biasanya main lawan pedang atau tembak-tembak. Imaginasi anak lelaki aku biasanya begitulah. Anak lelaki orang lain, mungkin lain imaginasinya.
Kau pun pakailah topeng dan segala aksesori untuk masuk dalam dunia anak kau. Jadi budak-budak sekejap. Jadi kawan mereka yang paling rapat, sebelum mereka mencari kawan-kawan yang lain.
Begitulah yang aku boleh kongsi setakat pengalaman aku membesarkan 4 orang anak.
Masing-masing lain kerenah dan karakternya. Namun biasanya bila buat aktiviti bonding ini, semuanya akan seronok dan boleh beraktiviti bersama-sama.
Cubalah di rumah. Mudah-mudahan hubungan kekeluargaan kau dengan pasangan dan anak-anak bertambah erat dan mesra setiap hari.
Ahmad Affzan Abdullah.
Pelukis Kaligrafi Eksklusif