Nak cuba resipi baru? Tapi buntu apa lagi yang boleh memikat selera seisi keluarga kan. Jom admin kongsikan menu yang simple tapi keluarga pasti suka. Nak nak lagi waktu PKP ni kan, ibu-ibu punya banyak masa untuk mencuba resipi kan.
Idea minum petang hari ini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan! Jom tengok perkongsian dari puan Linda Zaid.
Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
Ads
Cara-cara:
– masak semua bahan sehingga pekat.
– dh suam masukkan ke dlm peti ais.
– letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan – taburkan sedikit kismis.
Melihat timbunan buku yang rosak seperti ini membuatkan ramai yang sedih, sayu dan patah hati melihatnya.
Apatah lagi bila melihat gambar seorang kanak-kanak yang cuba mencari buku yang masih boleh digunakan disebalik longgokan itu.
Sungguh setiap buku yang rosak ini terkandung ilmu dan maklumat yang menggunung banyaknya.
Asingkan Buku Untuk Agihan
Menurut Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap, berdasarkan penilaian awal berjuta buah buku rosak dan tidak dapat diselamatkan, termasuk beberapa peralatan gudang. Nilai kerugian masih belum dapat dipastikan.
Namun begitu mereka berhasrat untuk mendermakan buku kepada komuniti sekitar yang telah terjejas teruk serta mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai usaha mereka.
Sebanyak 14 kedai buku BookXcess yang lain dan Big Bad Wolf Books di Shopee masih beroperasi.
Bagi yang duduk di rumah atas perintah PKPB serta anak-anak yang tidak bersekolah tentu asyik ke dapur je mencari makanan. Apa kata buat pemanis mulut ni memang terkenal dan enak jika makan sejuk-sejuk!
Siapa yang tak kenal Sagu gula melaka! Manisan ini memang popular untuk hidangan minum petang atau pencuci mulut. Boleh ajak sekali anak membantu di dapaur.
Tapi nak buat memang nampak mudah tetapi jika salah caranya sagu yang di masak jadi tak cantik dan berketul, ada juga sagunya pecah.
Bagi newbie yang baru nak masak manisan ini, ikuti langkah ini menerusi perkongsian pengguna Facebook Nur Syaidatul Fazreen.
Ikuti resipinya.
Bahan-bahan:
1 cawan sagu 5 cawan air (Lebih pun boleh) Daun pandan (pilihan) Pewarna makanan Gula melaka Gula pasir Santan atau susu sejat Garam
Cara penyediaan
Sagu biasa ja. Sis beli kat kedai apek depan ni.. Sagu timbang je. Apa jenis brand pon ok je. Saya suka guna warna putih. Nanti boleh warnakan sesuka hati.
Sagu jangan basuh. Air mendidih masuk sagu sikit-sikit. Wajib tunggu air mendidih. Kalau tak sagu anda akan hancur. Kacau manja. Jangan asyik mengacau je.. Kacau bila perlu saja. Kalau tak kacau terus pun nanti sagu akan melekat. Sekali sekala kacau la juga.
Setelah 3 minit. Ok dah start kembang. Jika 5 minit, 10% masih putih-putih ni.. Putih-putih bermaksud sagu anda belum cukup masak. Seterusnya tak sampai 10 minit..
Ok dah siap. Jernih 100% bermaksud sagu anda dah cukup masak. Putihkan kan.. Jernih.
Nak tapis pun mudah. Lalu bawah air paip. Selawat… Nice kan, selepas siap menapis. Sila cuci penapis anda dgn segera. Jangan biarkan kering. Nanti akan tersumbat. Terus cuci ye.
Siap cuci. Masuk dalam air, untuk elak sagu bergumpal sementara tunggu, tapis semua sagu dalam periuk. Dah siap semua tapis. Toskan.
Cantikkan.
Proses mewarna. Biarkan 5-10 mnit. Ini utk pastikan warna makanan tadi meresap ke dalam sagu. Untuk pastikan susu anda tidak bertukar menjadi hijau @ oren. Kalau rajin. Lepas 10 minit boleh je bilas. Buang lebihan warna.. Nanti susu akan putih je.. ( utk yg berniaga sesuai la sebab nak jual kena cantik.
Mula-mula air gula merah tuang dan kemudian tuang susu perlahan tuang atas sagu ok. Tambah sikit garam dalam susu. Baru sedap.
Siap! Enaknya.
TIP. 1.Pastikan air dah mendidih baru masukkan sagu. 2. Jangan terlalu banyak kacau nanti pecah habis biji sagu tu. 3. Air perlu Banyak. Biar cair tak pe nanti mudah nk tapis. Mudah sagu nak kembang 4. Jika sagu anda masih ada warna putih di bahagian dalam sagu. Teruskan masak hingga sagu clear@ jernih sepernuhnya. 5. Masa 5-10minit waktu memasak bergantung ada kuantiti sagu. Kalau banyak lambat la skit. 6. Jangan cuci sagu sebelum masak. Nanti lepas masak, semua air rebusan sagu akan dibuang. Bilas la sagu anda. Cuci sepuasnya. 7. Jangan rendam sagu nanti habis jadi bubur 8. Lepas letak warna biar 10 minit. Kalau tak, susu anda akan jadi hijau 9.Boleh guna susu kotak/santan/susu cair. ikut citrasa masing-masing. Tambah secubit garam dalam susu untuk lemakkan rasa. 10. Air yang banyak untuk mempercepatkan sagu kembang. Baru la tak ada putih-putih dalam sagu. Dan nak tapis pun mudah. 11. Masak air gula merah + gula putih. Sejukkan dalam peti ais. Baru la pekat. Susu dan gula akan nampak berlapis time nak hidang 12. Boleh je nAk rebus sagu dengan daun pandan 13. Sukatan sagu dan air 1:6 nisbah bahan. 1 cawan sagu: 6 cawan air.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.