Meskipun sudah beberapa hari berlangsungnya majlis untuk penyanyi Shila Amzah dan pasangannya, Ubai MZ, namun kalau dilihat di sosial media masih ada lagi mengucapkan kata-kata kepada kedua mempelai tersebut.
Termasuklah ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman, hari ini memuat naik perkongsian baru di laman Instagramnya yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina anaknya itu bersama lelaki pilihannya, Ubai MZ.
Di samping itu, Fauziah turut memberi nasihat kepada Shila dan Ubai dengan berpesan untuk sentiasa menjaga dan pelihara rumah tangga mereka.
“Assalamualaikum. Selamat pengantin baru buat anak-anakku Ubai dan Shila.
“Selamat menempuh alam perkahwinan. Banyakkan berdoa untuk kemudahan dalam memelihara kerukunan rumah tangga.
Ads
“Perkahwinan ni satu komitmen bersama, berkhidmat untuk satu sama lain. Segala kebaikan suami isteri akan jadi satu ibadah, ladang pahala buat pasangan.”tulisnya.
Dalam masa sama, isteri kepada penyanyi senior Datuk ND Lala itu berkata, dia percaya Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mampu membimbing anaknya dengan baik.
Ads
“Mak nak tengok anak-anak mak bahagia, mak tumpang happy. Mak percaya Ubai boleh bimbing Shila dan anak-anak Shila akan datang. Insya-Allah.
“Mak doakan semoga Ubai dan Shila menjadi suami dan isteri yang baik yang soleh dan solehah.
Ads
“Semoga cepat menimang cahaya mata. Semoga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah. Amin ya Allah ya Mujib.” tambahnya.
Ruang tetamu yang luas dan selesa pastinya idaman semua orang. Lebih menarik jika ciri-cirinya menjurus kepada konsep Islam. Sudah tentu aurat tuan rumah dan tetamu terjaga.
Menarik dengan perkongsian, Khairunnisa Hamzah di facebook miliknya berkongsi ilmu dekorasi yang memberikan ilham kediaman yang sesuai untuk tetamu.
Dia yang juga pengasas Rekabentuk 3D online berkongsi info menarik ruang tetamu yang sesuai untuk orang Islam. Jom lihat ilham dekorasinya.
Bagaimana ruang tetamu yang sesuai untuk rumah orang Islam
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga.Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang”
Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga.
Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.
Manisnya sebuah perkahwinan itu, apabila pasangan suami isteri itu saling bertolak ansur dalam semua segi kehidupan. Jangan bersikap seperti masih bujang dan mengamalkan lagi gaya hidup bujang. Kena move on ye!
Yang pasti, kehidupan selepas nikah tak sama semasa bercinta dulu. Jika masih lagi dengan ego yang tinggi, ada wujud perselisihan faham, seterusnya akan menjadi pencetus kepada perpisahan. Hanya dengan perbuatan yang remeh, ia menjadi alasan untuk menjadi faktor kepada perpisahan.
Begitulah yang diutarakan oleh seorang suami ini di laman facebooknya mengenai hal ini,Mohd Fhais. Moga menjadi manfaat bersama untuk membina keluarga bahagia dan penuh inspirasi.
Isteri Tak Pernah Berubah Cuma Keadaan Yang Dah Tak Sama
Ada terbaca satu artikel di harian metro versi online yang bertarikh 5 jun 2018 mengatakan sepasang suami isteri bercerai gara-gara isteri tertinggal barang di pasar.
Nampak punca bercerai tu remeh sangat tapi ini BENAR BENAR BERLAKU.
Tak mustahil berlaku kalau setiap pasangan tu masih lagi di buai mimpi indah zaman sebelum bernikah. Selepas berkahwin keadaan tak akan sama macam masa bercinta, kena ‘move on’ dengan gaya hidup bujang.
Dulu lain sekarang lain ;
1 – Gaduh masa bercinta boleh lagi kita nak marah, tengking, wasap bahasa kesat, lepas tu ok balik sebabnya hati masih kental belum ada ikatan tapi lepas berkahwin tak boleh. Lepas kahwin hati jadi extra sensitif, silap terlepas cakap sikit walaupun typo wasap, mudah terasa, mudah kecil hati.
Biar kita selekeh pakaian jangan selekeh bahasa dengan pasangan.
2 – Benda seperti ini yang akan jadi ‘bom masa’ dalam rumahtangga. Tunggu ada pencetus kecil apa pun dah boleh buat ia meletup sehingga cerai berai. Perkara remeh boleh jadi besar kalau tak ambil serius. Jangan buat endah tak endah bila nampak ‘Something Wrong’ dengan pasangan ya.
3 – Kita tak boleh harap pasangan untuk layan kita masih sama seperti dulu. Masih lagi nak makan berhidang depan mata sedangkan isteri kita nak menguruskan 2 lagi mulut yang nak makan. Selalunya isterilah orang terakhir yang menjamah makanan. Perut dah lapar, hati pula sakit. Tahan jer lah..
4 – Anak masih kecil lagi, jadi cubalah bertimbang rasa. Tolong hidangkan makanan yang isteri dah masak pun dah memadai. Kalau dapat suapkan isteri makan lagi bagus, bukan sahaja isteri bertambah sayang malah pahala pun dapat.
5 – Masa mula kahwin bolehlah isteri jadi dayang melayan kita macam raja, sikit-sikit abg nak apa, abg nak itu, abg nak ini tapi lama kelamaan isteri boleh lelah sebab dah bertambah anak raja 2-3 orang tapi dayang kerja sorang-sorang. Dayang boleh jadi Mak Singa macam ni !
6 – Kalau nak jadi raja boleh tapi jadilah raja yang bertimbang rasa. Ringankan tugas isteri, bawa dobi baju ke, upah orang kemas rumah ke ataupun cukup jangan tambah sepahkan rumah. Inilah ciri-ciri raja yang disayangi rakyat..
7 – Dah kahwin 10 tahun tapi perangai masih sama macam mula-mula kahwin dulu. Kalau anak kita 10 tahun ni dah masuk darjah 3 dah pandai berlari, membaca, mengira. Tak akan kita yang dewasa ni dah 10 tahun kahwin masih tak pandai-pandai nak baca keadaan isteri. Hati keras macam batu ok, tapi jangan jadi kayu macam tunggul kat rumah.
Kita tak boleh ubah keadaan atau ubah orang lain tapi kita boleh ubah diri sendiri.
Kalau kita tak berubah ikut keadaan, satu hari nanti keadaan yang akan memaksa kita berubah !
Mohd Fhais Berubahlah demi anak, isteri & keluarga !
p/s : Tolong sampaikan pada orang lain ya supaya sama-sama dapat manfaatnya.
p/s : Dapatkan banyak ilmu & tips rumahtangga di telegram saya. Klik sini -> t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di