Perkara asas tentang ASB Financing ryang perlu diketahui, elak dari kena ditipu. Selain menyimpan di Tabung Haji dan beberapa institusi perbankan lain, ASB Financing juga sering disebut sebagai salah satu kaedah pelaburan.

Namun, jangan sekadar mengikuti jejak rakan tanpa memahami kesesuaiannya dengan kewangan kita.

Perkara Asas Tentang ASB Financing Yang Perlu Diketahui, Elak Dari Ditipu

Menyedari ramai yang belum faham tentang ASB Financing ini, penasihat kewangan Azmir Harif berkongsi lima perkara asas yang perlu diketahui.

1. Beza ASB Financing dan ASB Loan

ASB Financing adalah kaedah pelaburan yang patuh syariah (Islamik), manakala ASB Loan adalah konvensional. Bagi mereka yang beragama Islam, disarankan memilih yang patuh syariah kerana hala tuju wang dijamin mengikut prinsip Islam. Banyak bank kini menawarkan ASB Financing yang patuh syariah, jadi pilihlah yang sesuai untuk mengelakkan penyesalan di akhirat nanti.

Perkara Asas Tentang ASB Financing Yang Perlu Diketahui, Elak Dari Kena Ditipu

2. Kadar Keuntungan vs Kadar Dividen

Apa bezanya?

Kadar Keuntungan: Ini adalah peratusan yang bank akan caj dari jumlah pinjaman ASB anda. Pilih kadar yang paling rendah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.

Kadar Dividen: Ini adalah peratusan keuntungan yang anda akan peroleh dari simpanan ASB, biasanya sekitar 7%. Walaupun kadar ini boleh berubah, anda masih akan mendapat keuntungan selagi tiada penurunan drastik yang jarang berlaku.

3. Jumlah dan Tempoh Pinjaman

Selalu kita lihat tawaran seperti ini:

“NAK BELI KERETA DAN KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN? AYUH MAKSIMUMKAN PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM200K, LEPAS 3 TAHUN ANDA DAPAT KAHWIN DAN BELI RUMAH SEKALIGUS.”

Ini semua tidak praktikal! Ramai yang terpedaya akhirnya tidak mampu membayar balik kerana gaji tidak mencukupi dan komitmen terlalu tinggi.

Untuk permulaan, ambillah jumlah pinjaman yang lebih kecil seperti RM50,000 atau maksimum RM100,000, dengan bayaran bulanan sekitar RM250++ hingga RM500++. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat untuk memaksimumkan pinjaman.

IKLAN

Tempoh pinjaman juga boleh ditarik panjang kerana tujuan anda adalah untuk menyimpan, bukan melabur untuk jangka pendek. Seeloknya, pilih tempoh maksimum sehingga 30 tahun.

4. Pengiraan

Pengiraan adalah aspek penting dalam ASB Financing. Terdapat tiga jenis pengiraan utama yang perlu difahami:

Bayaran Bulanan
Nilai Serahan (Surrender Value)
Kadar Dividen Tahunan

Anda boleh mencari maklumat lanjut mengenai pengiraan ini melalui Google atau YouTube untuk pemahaman yang lebih mendalam.

Perkara Asas Tentang ASB Financing Yang Perlu Diketahui, Elak Dari Kena Ditipu
Kredit foto: Freepik

5. Kemampuan Kewangan

Anda perlu mengetahui tahap kewangan masing-masing. Jangan samakan dengan rakan lain. Jika anda mampu bayar RM200 sebulan, ambillah bayaran bulanan sebanyak itu. Setiap orang mempunyai komitmen bulanan yang berbeza.

Yang paling penting, jangan mudah terpedaya dengan muslihat untuk memaksimumkan pinjaman dengan harapan mendapat keuntungan besar. Ambil tahu secara keseluruhan mengenai pengiraan, keuntungan, risiko kerugian, dan maklumat terperinci sebelum membuat keputusan.

Dengan memahami lima perkara asas ini, anda akan lebih bersedia dan bijak dalam membuat keputusan mengenai ASB Financing.

IKLAN

Sumber: Azmir Harif

Kredit foto (top image): Freepik

Baca artikel lain juga: Nak Melabur Di ASB Lum Sum Hingga RM 200K Tak Ada Hal, Gunakan Je Pembiayaan ASB-i Maybank Ni. Memang Mudah Sangat!

Nak Keluarkan Duit ASB Tak Perlu Lagi Bersesak Di Kaunter Bank. Buat Begini, 5 Minit Siap!

 

 

 

 

 

IKLAN

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI