Rata-rata warganet melahirkan rasa syukur setelah dimaklumkan permohonan i-Citra dibuka mulai hari ini (12 Julai) iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal 15 Julai depan.
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mengikut syarat yang ditetapkan. Apa yang lebih menarik, kali ini permohonan lebih mudah tanpa mengelirukan.
Kepada yang memerlukan boleh memohon mengunakan link ini https://icitra.kwsp.gov.my/ atau untuk lebih pasti ikuti panduan permohonan yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin di facebooknya.
TERKINI : Permohonan I-Citra.
Peringatan :- Tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat.
✅ Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bwh layak memohon.
✅ Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
✅ Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
✅ Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
✅ Bayaran minimum adalah RM50.
✅ Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
👉Berikut adalah Panduan Step By Step utk memohon pengeluaran I-Citra :-
1. Klik pada PERMOHONAN
➡️ Masukkan No Kad Pengenalan dan No Tel.
2. Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password)
➡️ OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dgn KWSP.
3. Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN
➡️ Klik utk memohon RM5000, klik teruskan.
➡️ Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2)
➡️ Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.
4. Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN
Ads
➡️ Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan.
➡️ Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.
5. Sila check maklumat anda.
➡️ Pastikan No Akaun Bank anda betol.
➡️ Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betol.
➡️ Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Ikut Suka, buh ja alasan apa pun)
6. Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank.
➡️ Pastikan amaun pengeluaran anda adalah MAKSIMUM.
7. Klik Hantar dan Klik Cetak & Simpan Permohonan anda.
➡️ Muat Turun utk Rujukan.
⚠️ REMINDER ⚠️
Sila pastikan amaun yg dipohon adalah betol dan maksimum kerana anda tidak boleh membuat pindaan setelah menghantar permohonan.
Link : https://icitra.kwsp.gov.my/
Jika anak belum diberi kejayaan, jangan sedih atau kecewa kerana setiap anak-anak itu perkembangannya berbeza. Menurut coretan Khairul Hakimin Muhammad di laman facebooknya anak yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin boleh jadi asbab anak berjaya. Namun tak semua anak-anak boleh ditolak jadi begitu. Apa yang pasti, anak tak naik pentas takpe, yang penting anak sentiasa nak belajar. Hari-hari terakhir last pun anak masih excited nak pergi sekolah. Ikuti selanjutannya corentan bapa ini.
Saya duk baca banyaknya komen dan tulisan tentang hari kecemerlangan anak-anak yang ada kata wajar diadakan, ada kata tak. Dari perbincangan elok-elok di media sosial, akhirnya jadi gaduh dan perli-perli.
Emak-emak, ayah-ayah yang ada anak pandai, pergi cakap gitu gini ke emak ayah yang ada anak kurang cemerlang. Dan yang tak berapa nak cemerlang ini pula, lawanlah sampai pengsan kata A tak penting mana begitu begini.
Inilah emak ayah zaman ini. Untuk anak, memang kita berusaha nak jadikan semuanya baik-baik belaka. Namun kawan-kawan, perbuatan perli, menyakitkan hati, berkata kasar tetap tak baik.
Saya hantar anak saya ke sekolah sekitar umurnya 4 tahun lebih. Memang ya, beliau tak cemerlang macam anak orang lain. Kami ada alasan tersendiri kerana si kecil kami ini perlu consume ubat yang agak lama menjadikan beliau kurang fokus, hyper dan sering sahaja bosan kepada 1-1 hal. Namun setiap kali ada anugerah apa-apa, dia akan tanya beribu-ribu kali, berulang-ulang kenapa dia tak dapat hadiah?
Saya berusaha cari jawapan untuk semua ini dan bolehlah kata dia ok selepas ini yang kami duk buat.
1. Cerita sahaja benda betul. Contohnya, ada hari keusahawanan. Yang mana dia perlu hias kedai dia, perlu jaga kedai dan sebagainya. Namun dah jenis tak fokus, dia berlari sana sini, hilang sahaja pergi melepak di gerai kawan, akhirnya dia tak menang apa-apa. Cakap benda yang benar. Dan beritahu dia yang dia boleh menang sekiranya dia buat abc sampai z. Dia akan faham.
2. Selesai majlis, bawa dia terus pergi makan di luar. Tak boleh balik rumah dahulu atau nak buat apa-apa yang lain.Walau dia tak naik pentas ambil hadiah, kita raikan kejayaan dia bersama-sama keluarga sendiri. Dia akan ok dan rasa sangat dihargai. Biasanya dia akan peluk kita siap pejam-pejam mata. Waktu ini, kau akan dapat lihat anak kau punya perasaan. Deep weh. Very deep.
3. Semasa dia sedang berusaha. Kau beri hadiah. Sebagai contoh, dia nampak struggle sangat dalam peperiksaan. Ada ja stressnya, nak belajar nak itu nak ini. Ha beli sahaja yang biasa atau yang senang dapat, bungkus, kasi ke dia dan ucap “good luck”. Dia akan sangat-sangat ok lalu senyum pada setiap hari nak ke sekolah (walau sekolah dah nak habis) haha.
4. Tak perlu ulang banyak kali salah dia jika dia gagal atau tidak cemerlang seperti yang lain. Dia tahu dan dia perlu baiki sahaja. Hanya beritahu mana yang wajar diperbuat dan duduk sekali dengannya untuk sama-sama berusaha.
Ibu bapa yang dapat duduk semeja dengan anak-anak sekurang-kurangnya 3 kali seminggu akan dapat special bond dalam hal-hal peperiksaan.
5. Berusaha untuk anak-anak ini lebih banyak aktiviti di luar berbanding di dalam rumah. Apabila mereka ini sukar untuk fokus belajar, tidak cemerlang dalam peperiksaan, aktiviti luar akan kurangkan stress, akan perbanyak nilai kreativiti kepada mereka.
Ini yang saya buat. ‘Ain akan masuk darjah 1 tahun hadapan. Walau dia baru sahaja boleh membaca. Baru juga boleh mengira dan masih belum dapat fokus sepenuhnya dengan apa kita cakap dan beritahu, dia semakin ok bab bertanya dan ingin tahu itu ini.
Ikutkan, 17hb itu hari ada hari persembahan beliau. Namun, pihak sekolah terpaksa tukar ke 24hb ini kerana tiada lokasi. Dan paling menyedihkan, saya tak dapat bersama beliau.
Yang buat saya happy ialah, setiap hari kami Facetime, saya tanya bagaimana persediaan untuk hadap orang ramai atas pentas nanti, dia jawab “abah jangan risau, ‘Ain akan buat yang terbaik. ‘Ain tahu abah busy, abah buat semua tu untuk ‘Ain. ‘Ain pun sayang abah.”
Anak kita, kita yang kenal
Kawan-kawan,
Cemerlang dalam peperiksaan mungkin boleh jadi asbab anak kita berjaya. Namun tak semua anak-anak boleh ditolak jadi begitu. Sukarnya nak beri orang lain faham tentang anak kita.
Dan para guru, kena layan semua anak-anak itu sama. Mereka buat kerja habis daya untuk anak-anak kita.
Ya, Anak kita, kita yang kenal. Jadi kita kawal, kita bantu, kita dorong supaya dia jadi manusia dahulu sebelum semua itu.
Memanusiakan manusia adalah perkara yang memperseimbangkan kebijaksanaan dan tidak. Ia adalah kebaikan yang semua orang boleh ada. Ingatlah ini, nak dapat hormat, bukan dengan sijil, namun dengan adab, dengan merendah diri dan menjadi orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.
Begitulah.
Anak kita, tengok kita.
Khairul Hakimin Muhammad, Good luck semua anak-anak, salam dari Osaka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.
Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.
Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati.
Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati”, namun ia tidak ada kena mengena dengan ‘organ hati’ kita.
Masalah ini berlaku apabila kita menguba pola pemakanan kita. Biasanya kita makan bersarapan dan makan tengahari. Tetapi pada bulan puasa, kita ‘bersarapan’ lebih awal dan kita tidak makan waktu tenghari walaupun kita berasa lapar.
Jadi masalah yang mungkin timbul adalah:
1. Gastro-Esophagal Reflux Disease (GERD)
GERD berlaku apabila asid yang berada di dalam perut naik ke permukaan dalam esofagus, menyebabkan keradangan pada permukaan ini.
Ia bukan disebabkan kita tidak makan, tetapi disebabkan oleh lingkaran otot pada bagian bawah esofagus, (ia dikenali sebagai Lower Esophageal Sphinchter) tdak berfungsi dengan baik. Ia disebabkan oleh terlalu banyak asid dalam perut (terutama apabila kita makan makanan yang pedas, dan bergula) melimpah naik ke atas memasuki esofagus. Apatah lagi jika kita berbaring dan tidur selepas berbuka atau bersahur, disebabkan lebih mudah untuk asid dalam perut masuk ke esofagus.
Selain itu disebabkan oleh stress, masalah kerunsingan (anxiety disorder), kehamilan, dan obesiti.
Ini menyebabkan pesakit rasa panas dan pedih di bahagian ulu hati sehingga ke bahagian bawah dada. Oleh itu ia dikenali sebagai “heart burn”
2. Gastritis
Masalah gastritis adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada permukaan perut. Ia disebabkan oleh kepekatan asid yang tinggi dalam perut yang menyebabkan asid ini menghakis sel-sel pada lapisan perut.
Biasanya ia disebabkan cara pemakanan kita. Kita suka makan makanan yang pedas, makanan berproses banyak perasa, pewarna dan perasa yang menyebabkan asid dalam bertambah pekat.
Berpuasa tidak menyebabkan masalah ini. Ia mungkin berlaku di permulaan puasa. Tetapi apabila tubuh kita mengenalkan bahawa tiada makanan yang harus dicernakan di dalam perut, maka asid tidak akan dikeluarkan. Itu sebabnya rasa tidak selesa pada perut di minggu pertama puasa sahaja. Masuk minggu ke dua dan keempat, kita tiada masalah untuk berpuasa.
Jika kita masih mengalami masalah ini selepas minggu pertama, cuba semak semula pemakanan kita semasa berbuka dan bersahur. Ini sebenarnya punca pengeluaran asid yang lebih pekat.
3. Luka Perut (Gastrik Ulcer)
Masalah perut yang lebih serius adalah luka pada perut, sama ada betul-betul di dalam perut (gastric ulcer) atau luka pada saluaran usus kecil bersebelahan perut (duodenal ulcer). Rasa pedih perut begini selalunya tidak berkurangan apabila diberikan ubat merawat gastritis yang biasa didapati dari farmasi.
Saya mencadangkan agar jika telah mengambil ubat ini selama seminggu tetapi tidak sembuh dan belum mendapat kelegaan, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan skop (Oesohageal-Gastrtro-Duodenal Scope) akan mengesahkan masalah ini.
Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitanbakteri Helicobacter Pylori dan pengambilan ubat-ubatan penahan sakit seperti Ibuprofen, Diclofenac dan Aspirin. Luka pada perut boleh menyebabkan pendarahan, dan pesakit boleh muntah darah dan membuang najis yang bercampur darah.
Selain masalah yang berkaitan dengan organ perut, ada beberapa masalah lain yang berkaitan di kawasan ‘ulu hati’ tetapi disebabkan oleh masalah organ yang lain.
4. Keradangan Pankreas
Radang pankreas (atau diebut Pankreatitis) juga boleh menyebabkan rasa sakit ulu hati, dan mungkin kita menjangkakan ianya adalah masalah gastritis atau gastic ulcer.
Keradangan pada pankreas ini, sama ada acute pancreatitis dan chronic pancreatitis menyebabkan rasa sakit di bahagian ulu hati sehingga terasa menjalar ke belakang tubuh.
5. Hepatitis
Keradangan organ hati atau hepatitis juga menyebabkan rasa sakit di ulu hati. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit sebelah kanan bahagian atas abdomen. Ia akan bertambah sakit apabila kita menarik nafas dalam.
Hepatitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Selain rasa sakit bahagian ulu hati, ia boleh menyebabkan rasa demam, terlalu letih dan bahagian mata putih bertukar menjadi kekuningan.
6. Masalah Pundi Hempedu
Pundi hempedu adalah pundi berukuran kecil terletak di bahagian bawah hati (liver). Ia menyimpan cecair hempedu, iaitu cecair yang membantu mencerna lemak.
Namun ada kalanya pundi hempedu ini mengalami keradangan akibat jangkitan kuman atau mengandungi banyak batu di dalamnya. Ia menyebabkan rasa sakit pada ulu hati, rasa loya, muntah, demam, dan perubahan warna pada najis.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit ulu hati, telah mendapat rawatan doktor atau mengambil ubatan di farmasi tetapi masih tidak sembuh dalam masa seminggu, datang berjumpa doktor yang merawat semula. Buat pemeriksaan yang lengkap kerana berkemungkinan masalah rasa sakit ulu hati, adalah masalah yang lebih serius.
BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN RASA SAKIT ULU HATI KETIKA BERPUASA?
Seperti saya beritahu, berpuasa bukanlah punca utama masalah rasa sakit ulu hati. Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah kita memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa.
Jika masalah berterusan, buatlah pemeriksaan lengkap. janganlah kita beranggapan ia hanya masalah ‘gastik” saja seperti mana yang selalu kita faham. Ia mungkin masalah yang lebih serius.
Bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit di bahagian ulu hati, saya mencadangkan periksa pola pemakanan kita.
1. Hindari Makanan Pedas, Masam dan Berlemak ketika sahur dan berbuka. Bukan tidak boleh langsung, tetapi berpada-pada (makan dalam kuantiti yang sederhana).
2. Hindari Makanan Karbohidrat Ringkas. Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.
3. Minum air secukupya selepas makan, tetapi jangan terlalu banyak. Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.
4. Jangan Makan Terlalu Kenyang. Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.
5. Hindari Rokok dan Alkohol. Rasa pedih ulu hati boleh disebabkan dari aktiviti merokok dan pengambilan minuman yang berlakohol (sama ada dalah kuantiti yang tinggi atau rendah). Hentikan tabiaat merokok sepanjang Ramadan. Insya Allah akan mudah menghentikannya di luar Ramadan.
6. Menurunkan Berat Badan. Menurunkan berat badan sehingga berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.
7. Mengamalkan minyak zaitun ketika perut kosong sebaik selepas bangun pagi untuk bersahur atau ketika bersahur. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.
8. Ambil ubat Untuk Meredakan Sakit Ulu Hati. Ubat yang selalu diberikan oleh doktor adalah ubat seperti:
1. Antasid: Berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut.
2. Antagonis Reseptor H-2 (H2RAs): Berfungsi menurunkan kepekatan dan kauntiti asid dalam perut.
3. Penghalang Pump Proton(PPI): berfungsi seperti H2RAs untuk menurunkan kepekatan dan kuantiti asid dalam perut.
Namun begitu jika masih berasa sakit selepas seminggu, saya mencadangkan kembali berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak yang ramai dan masih kecil adakalanya membuatkan ibu bapa lebih suka anak-anak tidur bersama.
Namun, jika lebih dari sorang mungkin menimbulkan ketidakselesaan kerana terpaksa berhimpit.
Tetapi seorang bapa ini yang sangat kreatif apabila DIY katil berkembar bagi membolehkan ruang katyil tersebut mampu memuatkan mereka enam beranak tidur.
Bapa ini membuat katil berkembar supaya mereka enam beranak boleh tidur bersama kerana kanak-kanak yang tidur bersama dapat membantu tumbesaran mereka menjadi lebih baik. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa kurang mengalami stres dan akan mempunyai ikatan yang kuat bersama ahli keluarga.
Isterinya, Irene Nadia telah berkongsi hasil pembuatan katil berkembar tersebut di laman Instagramnya. Menurutnya, katil berkembar tersebut dihasilkan dengan menggabungkan dua unit katil bersaiz king dan ia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkannya.
Irene Nadia memanggil katil berkembar tersebut sebagai ‘Pada mulanya dia seperti tidak percaya apabila suaminya memberitahu untuk membuat katil berkembar tersebut. Jadi, dia ingin menunggu dan melihat apa hasilnya.
Sebelum memasangnya, suaminya keluar mendapatkan kayu, mesin pemotong kayu dan mesin lain yang diperlukan untuk membuat katil berkembar tersebut.
Apabila sudah siap memasang kerangka katil tersebut, Irene sangat teruja melihat hasilnya. Irene mengatakan bahawa katil tersebut penuh dengan nilai sentimental kerana suaminya sanggup untuk membuatnya dengan usaha sendiri. Anak-anak mereka juga teruja melihat katil tersebut dan tidak sabar untuk tidur bersama.
Besar dan luas, anak-anak pasti selesa tidur bersama dan tidak perlu berhimpit-himpit. Idea kreatif ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa diluar sana.