Bencana banjir yang melanda di beberapa negeri baru-baru ini memberi kejutan kepada seluruh negara terutama bagi pendudk Lembah Klang.
Ketika kejadian ada yang memberi tahu hanya mampu lari menyelamatkan diri tanpa membawa kelengkapan penting. Bahkan ada juga duduk di atas bumbung rumah. Namun siapa sangka dalam tempoh 24 jam dikatakan bahawa tiada bantuan penyelamat.
Ketika ini sudah pastinya mangsa banjir ada yang lapar, kesejukan dan kegelapan serta bateri telefon makin menyusut.
Suasan begitu membuatkan warganet puan Nur Farhana Aziz terpanggil untuk turut berkongsi cara beliau melakukan persiapan menghadapi sebarang bencana.
Ads
Dengan menyediakan beg yang besar dengan beberapa keperluan penting di dalamnya. Katanya, kelengkapan beg kecemasan itu telah dilakukan sejak bulan September.
Bukan hendak menabik dada tetapi berkongsi manfaat bersama demi keselamatan ahli keluarga.
Malah katanya, perkongsian beliau sebelum ini pernah mendapat komen negatif daripada netizen yang beranggapan negara Malaysia jauh daripada sebarang bencana.
Ads
Bug Out Bag ( BOB ) mami sekeluarga..
Alhamdulillah mami start kumpul dari bulan September untuk lengkapkan bag kecemasan ni. Banyak jugak kata2 negatif Malaysia ni jauh dari bencana gempa, tsunami & perang..
Kuasa Allah, perancangan Allah siapa tahu.
Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Mungkin belum masa bencana besar, kita prepare lah untuk bencana kecil ni, & kita boleh improve lagi bag bencana kita di masa akan datang dari pengalaman.
Mami sedia salah satu puncanya ialah anak3.. kalau terjadi apa2, nak capai anak habis semua benda tak ingat dah.. jadi mami sediakan bag ni & letak tepi pintu rumah.
Bila jadi apa2 bencana atau kejadian, atleast mami abah mental tak koyak bila anak2 tak kelaparan, tak kesejukkan & terkawal sementara bantuan sampai.
Apa yang mami letak dalam ni?
AlQuran mini, cash, wisel, torch light, radio bateri, khemah utk 2 orang, document penting, ground sheet canvas, 3M gas facemask, powerbank solar, emergency charger manual, water filteration system, lilin askar, lighter, selimut, sport towel, windbreaker sebagai baju ganti, underware disposal, seluar, pampers, toiletries, pisau rambo, makanan : kembara pack ( tak perlu masak, sesuai waktu banjir ), kurma, kacang badam, kacang jagus, maggi, beras, minyak, sardin, biskut, nutella, peanut butter, air mineral, ubat : panadol extra, minyak panas, plaster luka, dettol, panadol kortal kanak2, ubat demam anak, salopas sakit otot.
Semua dalam bag & disusun rapi.
BAGPACK HIJAU :
Mami yang akan galas. Lebih ringan tapi semua barang urgent akan ada dalam bag mami sebab kecik & mudah nak cari gali.
Barang2 di dalam Bagpack Hijau :
1. Zip kecik : torch light 2 set, power bank solar & wisel.
2. Bawah, mask 3M & kf94, radio bateri, powerbank solar.
3. Bhg tengah untuk document penting, cash, mini alquran & casing phone antibasah.
4. Bhg utama ada pisau rambo, pelampung anak 3 set, pampers anak 2 helai, tuala wanita 3 helai, windbreaker 5 helai setiap seorang sebagai baju hujan. Sport towel & mineral water 2 bottle.
5. Bhg luar di belakang ada poket, mami selit canvas sheet.
6. Bawah bagpack ada khemah.
( Mask 3M mami sediakan jugak incase situasi gempa & mami prefer windbreaker berbanding baju hujan sebab lebih kecik, tak labuh & practical utk bergerak, sebab dia mcm sweater. Semua barang di masuk dlm plastic seal )
BAGPACK HITAM :
Abah yg akan bawak bag ni, sebab berat dalam anggaran 15kg total. Bag ni akan digunakan bila sampai destinasi selamat ( incase gempa ) atau ketika atas bumbung sementara tunggu bantuan sampai. Baju, towel, selimut, pampers, tuala wanita semua mami letak dalam drybag pastu sumbat dalam bagpack hitam ni.. selamat tak basah..
Barang2 di dalam Bagpack Hitam :
1. Zip depan ada extra mask KN94, extra filter utk mask 3M, ubat-ubatan, set charger ( bateri charger )
2. Kiri & kanan ada air mineral
3. Bahagian dalam ni mami asingkan pakaian & selimut semua masukkan dalam dry bag, pastu masuk dlm bag hitam ni.. so tak payah seal satu2 sebab besar, plastic seal pun tak muat nak masuk selimut..ada set pakaian ( 1 persalinan sahaja & mami pakai baju yang ada saja tak perlu membazir, digalakkan pakaian yg cepat kering ), makanan, barang mandi ( sabun mandi, ubat gigi & berus gigi shj & sabun basuh baju ).
Dan akan ada barang yang di tambah dari masa ke semasa. Makanan jugak kena tulis expired sesiap besar2.
Sesungguhnya hati yang tenang dengan suami yang setia, isteri yang mendengar kata, anak-anak yang mendamaikan jiwa mak ayahnya.
Biar kecil pun harta benda kita, asalkan kaya akhlak dan keperibadian. Macam mana nak peroleh itu semua. Kasih sayang selalu ustaz mahupun ustazah berceramah akan tekankan. Pandang penuh kasih, tenung wajah isteri dengan sayang.
Pesanan daripada Ustaz Sayuthi, Guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah ini amatilah betul-betul. Moga rasa kasih hadir dengan mengamalkan apa yang ustaz sarankan.
Fadhilat Cium Suami
Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Fadhilat Mencium Isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Sebab Itulah Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota : Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk ciun pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM.
Wahai Ayah, Ciumlah Anak Dan Isteri Sebelum Keluar Bekerja. Ini Kelebihanya!
Untuk para ayah, amalkan kebiasaan mencium anak dan isteri sebelum keluar bekerja di pagi, amalkanlah, ya?
Dengan ciuman itu, hadir kebahagiaan yang di hati mereka kerana mendapatkan kuncupan dari suami tercinta.
Cium di dahi dan di kening satu-persatu dan cium pula di pipi kanan dan pipi kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.
Tunjukkanlah kasih sayang kepada mereka. Jangan sampai isteri rasa jauh hati kerana rasa tidak dihargai atau disayangi.
Terkadang kita sering rasa hal-hal ini seakan-akan perkara remeh. Ciuman sering kita lupakan dalam kehidupan kita sehari-hari; namun itulah satu-satunya yang mengukuhkan dan mempererat lagi jalinan kasih sayang.
Oleh itu, jangan kedekut ciuman dan pelukan, ya!
Dengan ciuman itu akan ada kedamaian di hati mereka. Kuncupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya amatlah diperlukan.
Keluargamu adalah amanah dan harta anda di dunia, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.
InshaaAllah.
Sumber: www.kifarahmedia.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain nasi lemak, roti canai dan kuih muih, nasi goreng antara menu sarapan pagi yang cukup digemari. Namun, kadang-kadang agak leceh untuk menyediakannya kerana terpaksa potong lada, bawang dan sebagainya.
Jangan risau, anda dah boleh sediakan nasi goreng dalam masa yang singkat menerusi perkongsian Pnut Syafinaz di laman facebooknya. Lebih menarik lagi, ibu-ibu hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk masak nasi goreng jika dah siapkan perencah ini.
Selain nasi goreng, perencah atau paste ini juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran. Nak cuba, jom baca ni!
Paste Nasi Goreng Serbaguna Mak Long
Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan ‘frozenkan’, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng. Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna bila-bila masa sahaja untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan ‘win’ kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. Tiga minit dah siap.
BAHAN-BAHAN
Cara Membuatnya:
1. ‘Blend’ semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air.
2. Tumiskan bahan ‘blend’, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukul berapa nak tidur pulak.
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
Tip Susun Bahan Dalam Pengisar
Bawah sekali belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.
Cara Guna Nak Masak Nanti
Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah ‘haiwan-haiwan’ yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa. Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi dah masak la sebelum tidur.
*saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada baki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.
Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.