” Tadi saya terjatuhkan cup,pecah pun mama tak marah. Mama cakap takpeeeee tak sengaja kannnn,”
Begitulah situasi tenang yang dialami oleh pemilik facebook ini, Syahirah Omar. Jika sebelum ini beliau dalam keadaan tertekan apabila tidak dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna tambahan pula perlu menguruskan anak-anak.
Akibatnya anak jadi mangsa kemarahannya. Katanya dengan pengurusan yang sempurna mampu membuatkan jiwa lebih tenang.
Ikuti tip cara beliau menguruskan masa dengan baik sambil mengasuh anak-anak.
Alhamdulillah bila tenang memang seronok je melayan peel dak Mayraa ni. Sebenarnya sebelum ni teruk aku relapse, sampai jadi pelupa teruk, panic attack kerap menyerang, anak-anaklah jadi mangsa kena marah.
Langsung tak boleh focus kelas online mereka. Yelah bukan senang jaga sendiri kan? Mencabar betul mental fizikal.
Itu yang terpaksa pisahkan mereka 2 bulan. Memang sakit menangung rindu bila anak-anak berjauhan ni woihh.
Ads
Esok anak-anak balik jadi 3 orang la semuanya.
Sepanjang PKPB memang anak anak dengan daddy mereka sebab aku tak fit nak jaga 3 orang.Tak fit sebab aku memang tak boleh uruskan mereka bertiga bila kondisi mental aku tidak berapa baik.
InsyaAllah kalini aku dah ready nak jaga semuanya termasuk uruskan kelas online mereka bertiga.So antara persediaan aku dah buat,
TIP SIAP SEDIA URUS RUMAH DENGAN SISTEMATIK.
1.Siapkan jadual aku dari bangun tidur sampai malam. Kemudian siapkan jadual anak-anak pula. Orang macam aku memang kena ada jadual supaya nampak semuanya tersusun dan tidaklah aku overthinking.
Ads
2. Dah siap kemas satu rumah. Habuk dah buang, dah vakum dan mop satu rumah.Kain baju semua dah siap berlipat.
Mainan yang rosak aku dah buang. Mainan semua dalam storage box ikut size. Nak main boleh nanti kemaslah ikut storage box asal.
3. Beli buku best yang baru supaya mereka ada benda nak buat. Ada berpuluh buku baru mama beli waktu 11.11 dekat shoppee haritu. Kemudian A4 paper, colour pensil, clay, crayon semua pun mama siapkan supaya tidaklah korang bergaduh sesama sendiri. Sebenarnya yang bergaduh tu Mayraa dengan Lana jer. Macam anjing dengan kucingggg woihhh
KEMAS PETI AIS
4. Kemas peti ais. Asingkan ayam daging semua tu ikut portion. Blend cili kisar,bawang kisar. Buat stok sambal berlada, ibu sambal ( boleh guna untuk semua jenis masakkan sebagai bahan utama contohnya masak merah, masak sambal, mee goreng,paprik,nasi goreng, masak kicap, dan banyak lagi).
Ads
FROZEN
Kejap lagi nak masak beberapa jenis pes untuk difrozenkan. Nanti bila kelas online sibuk dengan dieorang mama hanya perlu masak nasi, masukkan haiwan dalam pes yang sudah siap dimasak. Antara pes yang selalu aku buat, pes kari, kurma, masak kicap, masak merah,paprik, dan sup. Sebenarnya waktu sebelum ni memang inilah rutin aku seminggu sekali siapkan bahan untuk seminggu.
5. Hidup tenang dan jauhkan diri dari apa saja yang negative. Bila tenang tak rasa nak marah anak. Bila serabut memang habis tempiasnya kena pada anak especially dak Mayraa lah. Bila emosi stabil semuanya ok kan? Terima kasih awak sebab selalu sabar dengan saya tau
Aku doakan semoga kita semua diberi kesabaran dan kekuatan menguruskan keluarga kita sepanjang tempoh PKPB ni
Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet. Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.
Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok, @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.
Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan penghargaan buat isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos bersempena sambutan hari lahir isteri kesayangannya itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya, bapa penyayang ini menyambut hari bahagia tersebut di ibu kota bersama tujuh orang anaknya yang lain dengan melakukan beberapa aktiviti.
“Cara yang terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahiran adalah raikannya bersama, kami ambil keputusan untuk meluangkan masa di ibu kota.
“Satu hari di hotel, sepanjang hari berada di kolam renang, menaiki LRT dan double decker bus, membeli belah, kek coklat kecil bersama aiskrim. Semua orang menikmatinya,” katanya.
Berkorban besarkan anak
Dr Sheikh Muszaphar turut menzahirkan ucapan penghargaan buat Dr Halina yang telah banyak berkorban dalam menguruskan tujuh orang anak mereka.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat Dr Halina.
“Terima kasih kepada isteri tercinta, individu yang telah melahirkan tujuh orang anak yang hebat. Tak pernah penat, tak mengeluh dan beri komited sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak kita.
“Dan tak pernah sekali pun complained dan saya tak akan minta lebih daripada ini, syukur sangat..alhamdulilah,” ujarnya.
Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan tujuh anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini, penyampai radio Sharifah Shahirah berkongsi satu video yang kononnya ingin mengubahsuai bilik air di rumahnya
Malah, dia yang mesra dengan panggilan Shiera memberitahu akan membeli sendiri barang-barang untuk tujuan tersebut.
Menerusi video yang dimuatnaik pada awalnya, bilik air tersebut awalnya berwarna putih dan kelihatan biasa sahaja.
Menariknya, menerusi akaun Instagram Suria Malaysia, Shiera telah menjemput rakan sekerjanya, Pak Abu untuk melihat hasil ubah suai bilik airnya.
Sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut, kelihatan pintunya telah tertukar. Malah, tatkala masuk ke dalam, keadaan terus berubah wajah. Awalnya kelihatan biasa sahaja tetapi selepas siap dekorasi terus berubah dan nampak serba mewah jadinya.
Malah, menerusi perkongsian bersama Pak Abu, isteri kesayangan Ijoi ini memberitahu kos yang telah dihabiskan bersamaan dengan sebulan gaji dalam menyiapkan bilik air idamannya itu.
Menjengah ke ruangan Komen, rata-rata memuji perubahan yang dilakukan Shiera. Nampak simple namun berubah lebih menarik mewah terutama pemilihan warna yang digunapakai.