Jatuh bangun dan kegagalan ibarat satu pembelajaran sebelum kejayaan dapat dikecapi. Tidak hairanlah kita selalu mendengar kisah orang yang berjaya berdepan liku hidup penuh kegetiran sebelum mencipta kemanisan dalam hidup.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

Kisah anak bongsu tujuh beradik dari Ipoh, Perak yang kini menjadi pengasas Sellection sebenarnya cukup menginsiprasikan. Keputusan berhijrah mengikut suami tercinta, Abdul Hadi Wisman, 34, yang kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Sellection pada tahun 2014 ke Montreal, Kanada sebenarnya menyorot satu perjalanan pahit yang berakhir dengan kemanisan.

Merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada, Nor Rafidah Khairuddin sebenarnya mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.

“Berbanding suami yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di Kanada, saya sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan. Pernah dalam satu ketika saya membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping) dan pembantu dapur. Dalam sehari saya pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum saya mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

“Akibat terasa susah dan rasa kesempitan hidup, saya bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan tambahan pendapatan. Jadi tercetuslah idea menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015.

“Cerita menjual mufin pisang ini tak pernah saya kongsi dengan pengikut dan peminat. Mungkin ada yang fikir tinggal di luar negara itu menyeronokkan dan sangat senang. Dalam seronok sebenarnya ada terpalit cerita sebaliknya,” katanya membuka kisah lalu tatkala mengimbas kembali momen memulakan perniagaan menjual mufin pisang.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

IKLAN

Bersikap skeptikal

Akui Rafidah, perjalanan hidupnya bukanlah semudah yang disangkakan. Saat memulakan bisnes, ada yang bersikap skeptikal padanya, namun semuanya diharungi dengan tabah.

“Saya reka resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur. Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang langsung saya. Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung.

“Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana rasa mufin ini sangat sedap dan kandungannya menyihatkan.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

“Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah. Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah sahaja.

IKLAN

“Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart. Rumahlah jadi tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin saya mulai diterima ramai.

“Dari satu kafe, akhirnya saya berjaya menyediakan mufin pisang ini untuk sembilan buah kafe di sekitar Montreal,” katanya mengenang kembali momen berkenaan.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!
Hasil jualan mufin pisang yang dijual cukup membanggakan menjadi ruang terbaik untuk saya memanjakan diri dengan membeli apa yang diingini. Saya mula pergi ke Shopping Outlet hingga terlintas pula ruang untuk meneroka perniagaan sebagai Personal Shopper.

“Jualan mufin ini boleh saya katakan sebagai asbab hingga saya mencuba nasib pula sebagai personal shopper dengan lebih serius. Peluang ke pelbagai outlet meneroka macam jenis barangan berjenama mencetuskan idea baru untuk saya berjinak-jinak dalam dunia “online shopping”. Apabila percubaan bisnes saya semakin berjaya dan berkembang, perniagaan mufin pisang pula terpaksa dikorbankan.

“Apabila saya kerap pulang ke Malaysia atas urusan perniagaan, kekangan masa dan komitmen untuk fokus dalam bisnes mufin pisang terganggu. Selama dua tahun bisnes mufin pisang beroperasi dan pada tahun 2017 saya dan suami juga membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi Sellection,” katanya.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

IKLAN

Pakai barangan berjenama
Pada asalnya Rafidah menjadikan medium Facebook Page sebagai ruang melebarkan rangkaian perniagaan. Seterusnya pada tahun 2018, butik pertama Sellection dibuka di Wangsa Melawati.

“Ikutkan sejak tahun 2015 lagi saya sempat menyelit minat sebagai Personal Shopper. Saya suka sangat handbag dan saya ingin orang Malaysia pakai barangan berjenama ini. Saya banyak kongsikan video demo tentang handbag, artikel fesyen yang bermanfaat kepada semua pengikut. Lama-kelamaan pengikut saya juga mula bertambah. Tahun demi tahun saya mendapat banyak tempahan melalui sistem pre order yang saya tawarkan.

“Pengikut dan pelanggan juga terus bertambah dari masa ke semasa. Mereka juga boleh melihat katalog barangan yang dijual di halaman facebook dan lama sesawang rasmi. Saya bina kepercayaan sedikit demi sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik dan nilai manfaat kepada para pembeli. Sebenarnya bukan mudah untuk orang luar percaya bisnes sebegini apatah lagi atas talian,”katanya.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

Belum rezeki timang cahaya mata

Sesungguhnya di sebalik kepahitan dan kemanisan yang dilalui, Rafidah dan suami juga akur perkahwinan mereka sejak 12 Oktober 2013 juga belum menyebelahi mereka dalam soal menimang cahaya mata.

“Kami percaya dan akur belum rezeki lagi kehidupan dan kenikmatan yang diraih ketika ini masih belum dikurniakan anak. Cuma saya dan suami anggap belum masa untuk kami beroleh kemanisan bergelar ibu bapa. Malah kami anggap rezeki itu diberikan Tuhan dalam bentuk lain termasuklah rezeki dalam perniagaan dan berkongsi kenikmatan itu dengan orang lain.

“Pernah Bawa Pisang 20KG Naik Bas Balik Rumah.” Dulu Jual Muffin Kini Rafidah Buat Duit Jadi Personal Shopper!

“Bukan tidak berusaha dalam soal mendapatkan anak, cuma kami anggap tempoh berdua ini juga ruang terbaik untuk terus berjuang memastikan jenama Sellection berkembang pesat dan dikenali seantero dunia. Insya-Allah.

“Sedih itu hal biasa yang sesekali akan menerjah dalam perasaan kita yang bernama manusia kala rezeki dapat anak itu belum datang. Tapi saya dan suami kena terus kuat menempuhi ujian yang diberikan,” katanya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI