Siapa yang tak kenal dengan usahawan , Hafiz Mahamad yang gemar melakukan kerja-kerja amal.
Malah peribadinya sebagai seorang majikan yang sangat memahami dan menitikberat kepentingan pekerja sering meraih perhatian masyarakat yang menjadikannya sebagi inspirasi.
Jika anda mengikuti perkembangan kerjaya serta peribadinya di laman sosial, pasti anda tahu akan hasratnya yang ingin menyediakan taska di ruangan pejabat bagi membantu menringankan beban pekerjanya.
Namun baru-baru ini, Hafiz telah mendedahkan bahawa hasratnya untuk membuka satu taska di bangunan pejabatnya tidak kesampaikan selepas mengambil kira beberapa faktor yang mungkin boleh memberi impak kepada pekerja serta perniagaannya.
Hafiz yang menjawab soalan yang ditanyakan pengikutnya di Instagram Strory mendedahkan bahawa sekiranya dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu seperti penyakit berjangkit akan timbul bila mana terdapat salah seorang anak pekerjanya jatuh sakit di taska tersebut.
Kan saya pernah cakap sebelum ni yang saya nak buka ‘nursery’ untuk staf-staf saya supaya anak-anak diaorang boleh duduk dekat ‘nursery’ tu kan? Jadi jawapannya jadi ke tak buka adalah tak jadi.
Ads
Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik. Sebagai contoh, benda yang baik adalah objektifnya saya nak meringankan beban-beban staf saya ni nak bayar ‘nursery’ yang mahal di luar sana.
Menjawab persoalan daripada pengikutnya di Instagram Story, Hafiz memberitahu bahawa jika dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu kesihatan anak-anak pekerjanya. Hal ini kerana, apabila salah seorang daripada mereka kurang sihat atau sakit, kemungkinan ianya akan berjangkit dan sekaligus merisikokan kesihatan kanak-kanak lain yang berada di taska tersebut.
Tapi risikonya bila saya buka (nursery), saya akan nampak contoh, kalau satu anak berjangkit jadi dia akan berjangkit maka semua anak-anak staf saya akan berjangkit sakit tu. Jadi, saya kena bertanggungjawab.
Ads
Jadi satu anak sakit, satu mak mesti kena cuti. Kalau sepuluh orang anak sakit, sepuluh staf dah kena cuti. Jadi, lebih baik saya bagi kebebasan untuk staf saya cari ‘nursery’ yang terbaik di luar sana.
Meskipun hasratnya itu tidak kesampaian, Hafiz melakukan satu inisiatif yang lain buat kesemua pekerjanya yang mempunyai anak apabila dia memberikan elaun taska sebanyak RM350 untuk seorang anak bagi setiap pekerjanya.
Tapi saya tukarkan kos itu kepada elaun. Saya bagi mereka elaun kepada staf-staf saya untuk diaorang bayar ‘nursery’ di luar sana.
Ads
Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar.
Bencana banjir yang sedang berlaku di beberapa negeri ketika ini dilihat selain rumah dimasuki air, ramai yang gagal menyelamatkan kenderaan untuk dibawa ke kawasan selamat dan terpaksa reda melihat kereta ditenggelami air.
Mungkin buat yang pertama kali mengalami bencana ini buntu untuk berbuat tindakan selanjutnya selepas banjir surut. Adakah kereta tersebut boleh digerakkan untuk dihantar ke bengkel, atau adakah masih ada harapan untuk dibaiki dan berapa pula anggaran kos yang dibayar untuk menyelamatkan kenderaan tersebut.
Berkongsi tentang itu, Sakina Mohamed menceritakan pengalamannya yang pernah menjadi mangsa banjir, di mana keretanya baru sahaja dibeli tidak sampai sebulan telah ditenggelami air akibat banjir kilat.
Semoga perkongsiannya ini dapat memberi info kepada semua dan ini perkongsiannya.
Tahun 2003, kereta aku tenggelam hampir sepenuhnya kerana banjir kilat di KL. Usianya baru 28 hari.
Rasanya aku tak pernah tulis pasal pengalaman aku tu. So here goes. Semoga bermanfaat dan boleh dijadikan sedikit panduan.
Secara default, kereta kita semua tak dilindungi insurans kalau rosak akibat banjir, bencana alam, kemek sbb dahan pokok timpa masa ribut, kena baling objek oleh orang yang mengikuti demo/tunjuk perasaan atau ketika riot, dan beberapa situasi lagi. Baca insurans form kereta betul2.
Sejak 2004, kereta aku dilindungi insurans sepenuhnya against flood, civil commotion, special perils, riots etc. Memang seksa sikit nak bayar tapi aku kumpul sikit2 for one year every year. Siap main kutu lagi.
Aku cadangkan korang buat perkara yang sama (beli flood insurance, bukan main kutu). Ini especially for yang duduk area berbukit, area poor township planning, yang mengalami pembangunan rancak atau yang flood-prone. Kalau tak, korang mungkin end up bayar ansuran kereta yang dah total loss sambil terkontang-kanting nak bayar ansuran kereta baru.
Fahamilah apa yang aku katakan ini: korang takkan dapat pampasan kalau kereta rosak akibat banjir kalau tak beli premium untuk perlindungan banjir. You will get nothing. Zero.
Tapi korang still kena bayar ansuran kalau belum habis bayar. And korang takkan boleh tipu. Kereta yang kena banjir akan meninggalkan kesan yang sangat mudah untuk trace, walaupun selepas dah bersih dan kering sepenuhnya.
Remuk Hati Lihat Kereta Tenggelam
Back to my story.
Ofis aku depan Sungai Bunus. Dulu Sungai Bunus selalu overflow dan mengakibatkan banjir. Ramai pekerja di ofis aku ni jadi mangsa banjir dan mengalami kerosakan teruk pada kereta dan ada kalanya sampai total loss.
Tahun 2003 aku baru saja mula kerja di tempat baru. Masa tu dah save quite a bit from my previous job so boleh la beli kereta baru. Kereta Atoz.
Aku tak tahu kat lokasi tu memang selalu kena banjir. PA system di tingkat ofis aku pada tahun tu pula tak function. Dan air naik dengan SANGAT CEPAT. Sapa yang mangsa banjir akan faham maksud aku.
Remuk hati aku tengok kereta baru aku tenggelam dalam air berwarna teh tarik, nampak bumbung ja. Seksanya nak save duit untuk beli kereta tu. Aku keluar ofis dan berlari ke kereta aku, tak tahu nak buat apa. Last-last hanya berdiri di situ bermandikan air hujan dan air mata.
Aku lihat kereta Proton Wira rakan kerja aku macam berenang-renang dibawa arus air banjir depan Perpustakaan Negara. Rasa sungguh surreal.
Aku call insurance aku masa tu dan sekali lagi pada malam itu, dan taubat aku takkan ambil insurance R*B lagi. Pegawai tu (lelaki) takda simpati langsung, bila aku nangis dia siap sumpah seranah aku lagi. Guna four-letter word. Memang rasa macam dah jatuh ditimpa tangga dan tangga lagi. Tangga bertingkat-tingkat. You know what I mean.
Sepanjang malam aku research apa yang perlu dibuat dan berdoa. Apa yang aku doa? Well, some of my colleagues kata, mengikut pengalaman lepas, fixing my car would set me back at least RM5k. One of them told me this dengan nada yang hampir gleeful (ini yang ada penyakit schadenfreude ni). Aku takleh lupa.
Ya Rabbi. Gaji aku masa tu dalam RM1.8k. Aku doa bersungguh2 kat Allah total bill aku lepas repair bawah RM1,000 sebab itu je yang aku termampu pada masa tu. Bunyinya macam impossible, but I kept telling Allah that I know nothing was impossible for Him.
Kalau masa tu kefahaman agama aku tinggi sikit mungkin lagi kuat conviction aku sbb aku akan teringat hadis: “I am what My servant expects of Me..”
Rule pertama kalau kereta kena banjir:
Never start your engine. If kau tengah drive and your car stalls, don’t try to restart. If kau ignore rule ni, bye-bye car.
Jadi the next day aku call tow truck untuk tow kereta aku ke workshop Mercedes di Jalan Genting-Klang.
Aku pilih workshop ni walaupun colleagues aku nasihatkan aku hantar ke satu workshop di Kampung Baru sbb workshop tu ada pengalaman repair kereta yang kena banjir.
This in hindsight was the best and most critical decision I made. Because
Rule 2:
Hantar kereta ke workshop secepat mungkin dan make sure workshop tu buat engine flush/servicing dan dismantle seats kereta kau untuk proses pengeringan secepat mungkin.
Lagi ideal kalau dapat change engine oil dan transmission fluid on the spot.
If tak dapat, cepat2 TOW (bukan start engine) ke workshop berhampiran. Air dan selut boleh tembus engine seal dalam beberapa jam je. Workshop bertauliah akan cuci crankshaft seal, axle seals etc juga but kebanyakan front-wheel drive (macam kereta yang dipandu majoriti rakyat Mesia sekarang) ada axle bearing yang permanently sealed so kau takde choice but to wait sampai dia rosak (edit: maksud aku, takleh bukak untuk cuci dan letak pelincir baru).
Workshop kat Kampung Baru tu tak boleh handle the number of cars that came in and was terlalu tamak and tidak jujur to turn the extra cars away. As a result, diorang tinggalkan some of the cars dalam keadaan asal selama 4-5 hari (tak bukak, tak buat engine flush etc). Corrosion (karat) and mold (kulat) quickly set in dan pelbagai masalah lagi. Some of those cars mengalami total loss ataupun masalah yang sangat teruk that the owners had to quickly sell them off. Kesian kepada pemilik seterusnya kalau penjual tidak jujur atau pembeli kurang bijak.
Alhamdulillah, the people who handled my car were complete professionals. They did two cycles of engine flush/servicing (tukar transmission fluid dan engine oil) and changed and cleaned filters (RM300+) and charged RM150 for labour utk proses dismantling/assembly dan pengeringan. My ECU was alhamdulillah, unaffected (orang cakap masa tu kalau rosak ECU abislahhh). Model kereta sekarang ada sealed fueled systems so mungkin takkan kena damage teruk sgt.
But,
Disebabkan some “good samaritans” decided to force open my car masa the flood so that they could push it to higher ground, water gushed in (as opposed to seeping in) and my central locking system got busted. I only realised this masa nak ambil kereta. I was charged RM120 per door to fix the problem, and this brings us to
Rule 3:
Leave the car as it is, where it is, sampai air surut. Unless ada sebab2 penting macam anak terperangkap kat dalam ke, etc.
Bak kata Ringo Tan, chief mechanic kat workshop tu:
“Kadang-kadang kak, orang ni niat baik nak tolong kita, tapi alih-alih lagi menyusahkan kita,” he said in very fluent BM, in reference to the dudes who set me back RM480 because they force-opened my car door.
Jadi, in the end, total bill aku RM960. Yes, under RM1,000. Alhamdulillah, doa aku makbul. Dan aku rasa, workshop di Kampung Baru tu dah banyak aniaya customers dia sbb RM5k? Come on.
Orang tak percaya aku dapat repair kereta aku bawah RM1k.
Diorang ingat, lagi sebulan masalah la tu. Tapi kereta aku tu dapat dipandu tanpa masalah for eight years, when it was sold to upgrade my car. I regularly checked it for rust or corrosion but tiada kecuali pada tempat2 biasa yang kereta tak kena banjir pun akan kena (bawah kereta)
A cab driver once told me that he carried a passenger who lost his Mercedes to a flood. Kereta tu masih ada bayaran balik berbaki RM240,000. The Mercedes was not insured against floods. So that passenger had to pay the installments AND the installment for a new car. May Allah ease his affairs. Sedih mendengarnya.
So that’s my experience. I hope adalah sedikit sebanyak boleh membantu. Aku bukan pakar kereta dan pengetahuan aku sangat limited, hanya based on pengalaman dan pembacaan.
Jika berkira-kira ingin memberi mood baharu sempena sambutan Hari Raya ini pada ruang tamu terutamanya pada bahagian sliding door, apa kata anda gayakan dengan kemasan langsir yang nampak cantik dengan bajet yang mampu milik. Percayalah, impak gaya dan warna langsir yang akan digayakan ini akan memberi karektor berbeza.
Menurut Noor Hafiza Mohamad yang berkongsi idea dan bajet untuk melengkapkan gaya pada bahagian sliding door, nyata kos yang digunakan adalah RM206 sahaja. Jom teliti dan bolehlah diguna pakai jika ada yang berhajat untuk tukar langsir baharu raya kali ini,
DEKO BAJET ~ RM206 UNTUK PASANG LANGSIR SLIDING DOOR
Barang-barang yang diperlukan:
• 2 batang rod langsir IKEA RM15 x 2
• 6 pendakap rod IKEA RM6.50 x 6
• 1 pasang langsir MR.DIY RM50 x 2
• 1 pasang day curtain IKEA RM37.60
JUMLAH KOS = RM206.60
CATATAN
– Rod IKEA diperbuat dari besi RM15
– Rod MR DIY diperbuat dari plastik ~RM9 (>210 cm)
– Langsir IKEA banyak pilihan dan harga berpatutan. Semuanya labuh 250cm
– Saya pilih langsir MR.DIY sebab mahukan langsir yang lebih tinggi.
– Langsir day curtain (putih) banyak pilihan di IKEA dan harga berpatutan.
Program GENIUS Remaja ditubuh pada tahun 2010 untuk mempraktikkan amalan pendidikan berterusan bagi anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa (from cradle to career) khususnya untuk golongan remaja berisiko B40 dalam memastikan tidak ada anak-anak yang tertinggal dalam mengejar kecemerlangan hidup.
Sepanjang 10 tahun pelaksanaan inisiatif ini, strategi bersepadu antara Program GENIUS Remaja dengan PERKASA, UKM telah berjaya melibatkan seramai 6,798 orang remaja di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur.
Daripada jumlah tersebut, 20% telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, 75% telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masih lagi bersekolah. Seramai 11 orang alumni telah dilantik sebagai tenaga pengajar program ini.
Sehubungan dengan itu, Pameran Foto GENIUS Remaja dan Projek Impian Remaja anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program GENIUS Remaja bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilaksanakan pada 8 Februari 2021 yang lalu.
Tujuan ini adalah bagi membantu golongan remaja B40 memenuhi keperluan mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan pengasahan bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang.
Majlis Pelancaran yang diadakan secara maya telah disempurnakan oleh YB Cikgu Muslimin bin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan 1.
Buat julung kalinya, Pameran Foto GENIUS Remaja telah diadakan secara maya bagi mempamerkan hasil kreatif dan bakat golongan remaja berisiko B40 dalam kalangan remaja Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah menyertai kelas fotografi anjuran GENIUS Remaja.
Manakala Pelancaran Projek Impian Remaja merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bahagian GENIUS, KPM dan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM ke arah penambahbaikan kaedah bantuan dalam pembangunan golongan remaja berisiko B40.
Matlamat projek ini adalah untuk mewujudkan platform khas yang membentuk kerjasama antara pihak Kerajaan, korporat dan komuniti. Antara saluran baharu yang diperkenalkan menerusi projek Impian Remaja ialah Program Anak Angkat Impian Remaja, Program Sumbangan Am Impian Remaja dan penekanan kerjasama pihak korporat bersama GENIUS
Remaja.
Projek Impian Remaja telah berjaya membentuk jaringan bersama beberapa sektor korporat dengan KPM beserta sumbangan yang begitu memberangsangkan dalam menjayakan usaha murni ini.
Antara sektor korporat yang turut sama memberi sumbangan melalui kerjasama ini ialah Kajang Plaza Medical Centre, Atomy Malaysia Sdn. Bhd., Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), Yayasan Food Bank Malaysia dan Malaysian Timber Council (MTC). Selain itu, Topaz Care juga turut menyumbang dalam projek ini dengan memberikan perkhidmatan komunikasi korporat iaitu menghubungkan Impian Remaja dengan rakan kolaborasi yang berpotensi serta memastikan urusan ini berjaya.
KPM sentiasa berperanan aktif dalam memastikan pembangunan golongan remaja B40 di negara ini tidak terabai dan yakin bahawa jalinan kerjasama yang dibentuk oleh semua pihak akan merancakkan lagi usaha gigih KPM melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti dari pelbagai sudut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di