Program GENIUS Remaja ditubuh pada tahun 2010 untuk mempraktikkan amalan pendidikan berterusan bagi anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa (from cradle to career) khususnya untuk golongan remaja berisiko B40 dalam memastikan tidak ada anak-anak yang tertinggal dalam mengejar kecemerlangan hidup.

Sepanjang 10 tahun pelaksanaan inisiatif ini, strategi bersepadu antara Program GENIUS Remaja dengan PERKASA, UKM telah berjaya melibatkan seramai 6,798 orang remaja di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur.

Daripada jumlah tersebut, 20% telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, 75% telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masih lagi bersekolah. Seramai 11 orang alumni telah dilantik sebagai tenaga pengajar program ini.

 

Sehubungan dengan itu, Pameran Foto GENIUS Remaja dan Projek Impian Remaja anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program GENIUS Remaja bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilaksanakan pada 8 Februari 2021 yang lalu.

Pendidikan Berterusan Khusus Untuk Remaja B40, Libatkan Diri Di Dalam Projek Impian Remaja!

IKLAN

Tujuan ini adalah bagi membantu golongan remaja B40 memenuhi keperluan mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan pengasahan bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang.

Majlis Pelancaran yang diadakan secara maya telah disempurnakan oleh YB Cikgu Muslimin bin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

Pendidikan Berterusan Khusus Untuk Remaja B40, Libatkan Diri Di Dalam Projek Impian Remaja!

 

IKLAN

Buat julung kalinya, Pameran Foto GENIUS Remaja telah diadakan secara maya bagi mempamerkan hasil kreatif dan bakat golongan remaja berisiko B40 dalam kalangan remaja Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah menyertai kelas fotografi anjuran GENIUS Remaja.

Manakala Pelancaran Projek Impian Remaja merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bahagian GENIUS, KPM dan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM ke arah penambahbaikan kaedah bantuan dalam pembangunan golongan remaja berisiko B40.

Pendidikan Berterusan Khusus Untuk Remaja B40, Libatkan Diri Di Dalam Projek Impian Remaja!

Matlamat projek ini adalah untuk mewujudkan platform khas yang membentuk kerjasama antara pihak Kerajaan, korporat dan komuniti. Antara saluran baharu yang diperkenalkan menerusi projek Impian Remaja ialah Program Anak Angkat Impian Remaja, Program Sumbangan Am Impian Remaja dan penekanan kerjasama pihak korporat bersama GENIUS
Remaja.

IKLAN

Projek Impian Remaja telah berjaya membentuk jaringan bersama beberapa sektor korporat dengan KPM beserta sumbangan yang begitu memberangsangkan dalam menjayakan usaha murni ini.

Antara sektor korporat yang turut sama memberi sumbangan melalui kerjasama ini ialah Kajang Plaza Medical Centre, Atomy Malaysia Sdn. Bhd., Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), Yayasan Food Bank Malaysia dan Malaysian Timber Council (MTC). Selain itu, Topaz Care juga turut menyumbang dalam projek ini dengan memberikan perkhidmatan komunikasi korporat iaitu menghubungkan Impian Remaja dengan rakan kolaborasi yang berpotensi serta memastikan urusan ini berjaya.

KPM sentiasa berperanan aktif dalam memastikan pembangunan golongan remaja B40 di negara ini tidak terabai dan yakin bahawa jalinan kerjasama yang dibentuk oleh semua pihak akan merancakkan lagi usaha gigih KPM melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti dari pelbagai sudut.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI