Pernah Setahun Hidup Tanpa Gaji RM40 Ribu Sebulan, Pilot Ini Kongsi Saat Sukar Dan Bangkit Semula!
Benar bagai dikata, hidup ini bagaikan putaran sebuah roda, Ada kala kita di atas, ada kala di bawah. Begitulah yang dilalui oleh seorang ketua keluarga ini apabila kehilangan pekerjaan ketika melalui saat getir dalam hidupnya.
Menerusi perkongsian saudara Gazze Azri sekitar penghujung tahun lepas harus dijadikan iktibar, bahawa segala kesulitan itu harus dilalui dengan tabah. Setiap ujian yang datang itu menjadikan diri selalu redha dan bersyukur.
Ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Hidup memang macam roda.
Aku lahir anak orang kaya. Ayah kerja pengurus di sebuah syarikat perladangan yang terkemuka di Pahang. Kalau travel, setakat naik kapal terbang tu biasa. Tahun awal 90-an, orang kaya je mampu.
1997, ekonomi meleset. Ayah terpalit sama. Terkejut juga. Semua kena jual, sampaikan kami 9 anak-beranak terpaksa tidur di kantin sekolah. Nasib baik Mak berniaga di situ. Dapat tumpang berteduh.
Cara nak pusing balik roda kehidupan adalah dengan education. Walaupun aku belajar tak adalah pandai sangat, dapatlah juga beberapa A setiap kali exam. Alhamdulillah, sempat la merasa buat preparation untuk ke luar negara. Dan rezeki aku, diterima jadi Kadet Pilot MAS.
Lepas jadi Pilot, roda aku di atas. Gaji besar. Hidup banyak berubah. Itu ini dapat beli. Biasalah, T20 kan. Paling tinggi gaji pernah aku dapat? Hampir RM40 ribu. Baru masuk 30an, duit banyak tu. Asyuk.
Ads
Sekarang, roda dah pun ke depan sikit. Sekelip mata saja boleh hilang semua. Bulan depan cukup setahun aku hidup tanpa gaji. Susah balik.
IKTIBAR UJIAN YANG DATANG
Sepanjang semua ni berlaku, aku dah makin faham beberapa perkara :
1. Allah atur baik. Dia uji pada tahap kita boleh terima. Tak payah persoalkan, tapi kita kena hayati. Apa kurang atau salah pernah dibuat. Dia nak kita terus sujud dan rapat dengan-Nya.
Ads
2. Kuatkan tali ukhwah. Kita ada ibu bapa. Ada juga adik-beradik. Keluarga dulu. Apa jua jadi, keluarga susah nak tinggalkan kita. Kalau kawan atau orang luar, sense of attachment tu kurang. Kita ditinggalkan sebab tak ada common things to do together. Yelah, dulu kau ada duit nak main golf, sekarang takkanlah dia nak payung setiap kali nak turun padang, kan?
3. Susun kewangan. 6 bulan? Sembang senang. Aku dah kena hampir setahun. Kalau tak baik, berlarutan lagi. Jadi, simpanlah cash reserve setinggi gunung. Jika ada duit lebih, hidup di bawah kemampuan. Biarkan apa orang nak kata. Kita tetap hensem kalau tak layan dia.
4. Proaktif. Jangan terlalu down. Jangan fokus dekat susah dan kegagalan tu. Buat sesuatu. Buat yang mudah dulu. Kalau tak pandai berniaga, jual barang orang. Tak payah nak keluarkan semua duit yang ada nak jadikan modal bisnes. Nanti apa-apa jadi, masak.
5. Mentor. Kalau nak melompat ke bidang baru, jangan terus terjun. Cari mentor. Cari orang yang sudi guide. Berkuli.
Dia kata itu, kita follow. Dia suruh buat ini, dengar. Dia dah mahir sangat dengan bisnes tu. Kita ikut rapat. Apa-apa pun, positiflah. Bukan positif Kobid. Minda tu. Setiap yang berlaku, ada hikmah. Dan tak akan bersifat permanent. Esok lusa akan back to normal.
Jangan risau lah. Ok, aku nak sambung kerja. Tengah busy renovate rumah di Tropicana Aman. Takat berdebu, kotor, peluh, gali, pecah, aku redah. Enjoy every moments. Layanss.
Bila ada persefahaman, tolak ansur dan tolong menolong antara suami isteri semuanya jadi indah dan mudah. Inilah yang cuba digambarkan melalui pekongsian daripada seorang suami ini bila isterinya selamat melalui proses melahirkan dengan cara pembedahan.
Menurut perkongsiannya, “Beginilah rutin harian tuan-tuan masa isteri berpantang.. balik kerja cod barang-barang, tengok baju isteri anak tak sempat basuh lagi, kita tolong basuh, tolong jemur dan lipatkan.”
Pesannya, “Tak pandai tak apa dik, asal kita buat..salah takpe,kita belajar..”
Selain itu katanya, “Tanya isteri sudah makan atau belom, kalau belum..boleh kita hidangkan, makan sama-sama..jangan hentak kaki bila balik kerja tengok makanan tak ada atas meja..tengok keadaan isteri dan anak dulu, tengok keadaan rumah..tengok dalam sinki, ada yang tak sempat isteri buat, anak tak mandi lagi ke kita tolong buatkan.”
Tambahnya lagi, “Sama-sama bertimbang rasa..bukan takut isteri dik,tapi kita hormat diorang..kerana isteri dan anak-anak adalah rezeki kita..isteri saya berpantang czer, saya memang tak bagi dia buat kerja..suruh berehat banyak-banyak.”
“Lain orang lain situasi..tak sama macam abang jugak adik, ada orang keluar gelap,balik gelap untuk cari rezeki, abg alhamdulillah setakat boleh buat abg buat..Tak kaya tak apa dik, asal kita ada usaha..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita..”
Meninjau di ruangan komen, nyata perkongsian ini mendapat perhatian warganet hingga 3.6K komen dan 12K share. Apa yang pasti, ramai meluah rasa betapa beruntungnya dapat suami yang memahami seperti ini.
Bahkan tidak kurang juga, ramai wanita yang sedang mengandung turut tag pada suami masing-masing untuk dapat bersedia melakukan apa yang telah menjadi rutin Baharin Zakaria selepas isteri selamat melahirkan.
Bukan itu sahaja, ramai juga kaum bapa berkongsi antara pengalaman membantu dan menghargai isteri mereka. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat yang lain.
Sedangkan suami isteri pun terasa kepayahan dalam mencari rezeki dan membesarkan anak sekaligus, apatah lagi buat ibu tunggal yang perlu memikirkan cara mencari duit untuk menyara dan membesarkan anak sendirian.
Itulah yang rasai dan dilalui oleh pelakon, Rita Rudaini yang telah memuat naik video throwback memaparkan dirinya bersama anak-anak ketika kecil.
Video yang dikongsi di laman Instagram itu menyatakan bahawa dia tidak pernah terbayang akan diuji dengan menjadi seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian.
“Tak pernah terbayang… waktu mereka sekecil ini, aku dah galas tanggungjawab sorang-sorang.
“Hebatnya energy dan emosi yang Allah hadiahkan pada aku dan ibu-ibu tunggal yang lain. Bukan senang ya, nampak macam senang kan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambahnya, hanya insan bergelar ibu tunggal saja merasai pengalaman suka duka sebegini.
“Liku-liku, lopak, gaung, duri di kiri kanan… hanya kami saja yang dapat rasa, nak explain dengan kata-kata memang tak dapat.
“Hanya dengan air mata aku explain kepadaNya… syukur padaNya yang telah menulis perjalanan hidup aku, indah dengan pengalaman. Sangat indah dengan bahagia cara kami sendiri,” tambahnya.
Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang dan bahagia yang berpanjangan dalam rumah tangga. Bahagia itu ialah ketenangan dalam hati yang dikurniakan Allah SWT manakala mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan) kurniaan Allah SWT.
Setiap kita harus mempertahankan rumahtangga hingga kekal ke hujung usia. Ada caranya untuk bahagia selain berdoa.
Ikuti 8 panduan ini yang bermanfaat untuk suami isteri memperbaharui kasih sayang terutama yang sudah lama berkahwin.
Puji dan peluk
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan. Juga setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
Solat berjemaah
Selepas bangun awal dan membersihkan diri, anda dan pasangan juga akan mempunyai banyak peluang untuk solat berjemaah bersama-sama. Jika suami ke masjid untuk solat subuh, bolehlah anda membantu menyiapkan baju dan menghantarnya ke pintu. Jika solat bersama, hubungan antara suami dan isteri lebih utuh. Selalunya, kita akan saling bersalaman dan bermaafan selepas solat. Ia memberikan keberkatan dan kemanisan dalam hubungan suami isteri.
Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
Nostalgia dating
Gambar sekadar hiasan
Kembalikan nostalgia ketika kali pertama keluar dating. Aktiviti sebegini dapat membantu mengembalikan momen terindah yang pernah anda dan pasangan lalui dahulu. Barulah terasa pemikiran anda dan pasangan positif sambil dibuai momen sweet!
Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
Buat kejutan
Asyik isteri je bangun pagi dan perlu memasak sarapan untuk keluarga. Di sebelah tengah hari pula perlu membasuh pakaian dan mengemas rumah. Apa kata, si suami juga bangun awal pagi dan bantu isteri menyediakan sarapan di dapur. Aktiviti sebegini membantu mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Mulakan hari anda dengan aktiviti positif di rumah.
Ucapan rindu
‘I love you’ adalah perkataan ajaib dan ungkapan romantis ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali dilafazkan dengan nada yang lembut. Jangan lupa cakap ‘I love you‘ kepada pasangan sebelum pergi ke tempat kerja dan setiap kali sebelum tidur. Pasangan anda juga akan menyedari bertapa berhargai dirinya dan terasa disayangi. Barulah setiap rutin harian anda akan jadi positif!
Moga perkahwinan bahagia sehingga akhir hayat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di