Bukan calang-calang untuk kita supaya sikap sentiasa tawaduk melakukan amal ibadah walaupun jauh di perantaun dan ibu bapa. Lebih-lebih lagi, diri adalah seorang wanita.
Hanya hati yang cekal dan semangat tinggi sahaja mampu bertahan untuk menempuh segala cabaran yang datang.
Perkongsian saudara Muhammad Faisal mengenai kegigihan adiknya yang juga seorang doktor merantau di luar negara.
Paling terharu katanya, adik perempuannya itu tidak pernah meninggalkan solat biarpun kesukaran mencari ruang ibadat khas.
Asalkan ruang itu bersih dan sesuai, ia menjadi ruang untuk solat. Malah katanya, adiknya pernah solat di dalam bas dan tempat persalianan baju.
Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai, dan ramai yang memuji dengan sikap adiknya tegas dalam soal ibadat. Moga kita semua muhasabah diri untuk baiki diri menjadi lebih baik daripada hari ini.
Ads
Ni pic saya ambik curi-curi. Saya nak share ape yang saya nampak dari mata kasar say selama saya hidup bersama adik saya. Salah satu rahsia My Sis ni., hubungan dia dengan Allah. Dari dia kecil smpai besar solat dia tak pernah tnggal mlainkn uzur saja.. bila saya tiba di bumi euro pd thn 2013 atau 2014..
First time saya visit dia, saya perna tengok dia solat di dalam bus, fitting room dan Al-Quran sentiasa di tangan dia. Kalayu nak tahu bukan senang nak jadi seorang Doktor. My sis bermula dari UPSR 5A, PMR 9A dan SPM Straight A (10A).
Lepas tu sambung di Asasi MSU nak fight untuk biasiswa under Mara dpt pointer 3.8 bru layak pergi Poland tapi result dia hmpir 4 full. Under biasiswa Mara. Sampai poland 6 tahun kena berjuang lagi di tempat orang.
Ads
Result dia sebenarnya cemerlang di Poland. Saya tahu last minit. Yang paling best selama dia dok asrama penuh dia tak pernah minta duit dari family dia.. betul-betul harap duit biasiswa oleh kerajaan n program pelajar cemerlang.. smpai form 5.. duit dia kumpul tu.. dia bg dkt my mom.. sy xpnh tgk dia terasa susah.. sy nmpk urusan dia mcm lancar je mcm dpmudahkn sgala urusan.. cool n rilex..
Walaupun psaingan dia kuat dan banyak, sampai ke hari ni masih tak berkerja lagi. Masih boleh lagi sponsor my mum dan tak pernah lupa kepada family. Elaun dr biasiswa dia macam lebih cukup macam berkat rezeki dia.
My sis dah travel hmpir 15 negara saya rasa. Tanpa minta dr duit ibubapa dia.. pd diri dia handbeg paling mahal saya rasa tak sampau RM100. Balik Malaysia dia dah ada title sebagai doktor dah..
Masa depan yang cerah cuma nak beli kereta kancil dan sbuah rumah kepada my mom unguk permulaan. Saya nampak dia cuma jaga hubugan dia dengan Allah dan kedua ibubapa dia. Siapa yang menjaga hubungan dia dengan Allah pasti Allah akan menlancarkan kehidupan dia sharian.. kalau orang tanya siapa mentor say smpai ke hari ni. Orang tu tak jauh. Adik saya sendiri, Dr Nurul Huda. \
Ads
Saya pernah di tegur dan di nasihat oleh dia. Walaupun abang. Saya menerima benda yang baik dari dia. Saya harap di dunia lebih mencabar ni. Adik-adik saya di pelihara oleh segala musibah dan dlancarkn segala urusan mereka .
Tidak mudah menggalas tanggung jawab sebagai suri rumah sepenuh masa. Mungkin secara zahirnya, ada yang melihat rutin suri rumah tidak penat dan tak perlu bebankan otak dengan masalah kerja. Namun , maka anda silap.
Sebenarnya, menjadi suri rumah sangat meletihkan. Lebih letih daripada anda kerja di pejabat. Mana tidaknya, suri rumah bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar ke sekolah dan ke pejabat.
Inilah antara sebab kenapa kerja suri rumah cukup memenatkan, tetapi orang tidak nampak. Jom kita semak sama-sama!
1.Pening Fikir Menu
Mungkin remeh bagi sesetengah orang tetapi tidak pada suri rumah. Bayangkan celik mata sahaja, yang difikirkan ibu-ibu adalah nak masak apa ya hari ini? Jika tanya pada sang suami, jawapan selamat masak lah apapun abang okey je. Janji balik saja ke rumah, makanan semua telah terhidang.
Jika setiap hari menu yang sama, suami dan anak-anak bosan pula kan. Sebab itu kalau boleh ibu-ibu mahu sediakan menu berbeza dan itulah yang memeningkan mereka. tambah lagi jika ada anak kecil, kenalah sediakan menu yang sesuai. Takkan nak kasi sama dengan orang dewasa.
2. Hantar Anak Ke Sekolah/Taska
Awal-awal pagi orang lain masih berdengkur, si ibu sudah bangun jam 4-5 pagi untuk siapkan kelengkapan anak-anak dan suami. Baju sekolah siap kemas bergosok. Beg sekolah diisi dengan buku yang mengikut jadual hari tersebut.
Begitulah rutin harian si ibu. Siap anak-anak kemudian hantar ke sekolah. Kemudian tunggu waktu pulang untuk ambil anak-anak pula. Orang nampak kerja suri rumah macam mudah tetapi sebaliknya. Penat hanya yang melaluinya sahaja tahu.
3. Mengingati Aktiviti Anak
Ibu ibarat ‘setiausaha’ untuk anak-anak terutama dalam menyusun aktiviti mereka.Segala bab berkaitan pakain sukan, kelas tambahan, perjumaan dengan guru dan ibu bapa, hari suakn dan sebagainya, ibu orang yang pertama tahu.
Pendek kata segala hal berkaitan anak-anak si ibu orang yang cepat tahu. Tak kisahlah digelar mak cik bawang atau sebagainya, namun bab anak mereka memang alert. Kalau boleh dengan cikgu-cikgu pun mereka boleh berkawan baik.
Bayangkan kalau ada 3-4 orang anak, tapi mereka dapat ingat dengan jayanya. Hebatnya seorang ibu, segala data tentang anak sudah tersimpan dalam otak mereka persis sebuah komputer.
4. Mengingati Temujanji Doktor
Bukan itu sahaja, bab-bab kesihatan juga ibu-ibu cukup alert terutama tarikh tarikh temujanji dengan doktor sekiranya anak-anak atau suami sakit.
Itu belum bab temu janji untuk kehamilan, vaksinasi anak, pergigian atau check-up bulanan. Kadang-kadang masa mereka dihabis dengan perkara-perkara seperti ini.
5. Membeli Barang Dapur/Rumah
Zaman sekarang, orang cakap segalanya dihujung jari. Hanya klik dan anda boleh dapat apa jua barang. Tetapi bagi yang masih mengamalkan konsep membeli di pasar raya, bab ini agak memeningkan juga. Lebih-lebih lagi jika yang membeli adalah sang suami.
Suami mungkin anggap terlupa sesuatu barang adalah benda yang remeh padahal sudah diberi list panjang. Tapi berbeza dengan isteri, jika ada barang yang tak cukup, si isteri akan pening kepala nak ubah menu. Jadi, janganlah dicatu senarai barang tadi.
Selain itu, perasan atau tidak, bila barang seperti tisu, sabun, penyembur nyamuk dah nak habis, si isteri akan menggantikannya dengan yang baru. Lihatlah betapa pekanya mereka.
6. Mengemas Rumah
Jika anda jenis pembersih orangnya, memang bab ni sangat partikular. setiap hari entah berapa kali agaknya si ibu menyapu. Ada sahaja habuk atau sampah yang menyakitkan mata bukan?
Geram pula apabila baru sahaja mengemas, sudah ada tangan-tangan yang menyepahkannya. Aduh, sakit hati bukan. Sebab itu, bab mengemas ni memang memeningkan kepala si ibu. Walaupun mungkin pada pandangan suami tidak payah beratkan kepala, boleh saja kemas kemudian. Tetapi tidak bagi ibu-ibu yang tidak suka rumah bersepah.
7. Merancang Sambutan Perayaan
Waktu ini memang tiada siapa boleh mengatasi kesibukan seorang suri rumah. Tiap kali menjelang musim perayaan, memang ibu orang yang paling rajin dan sibuk. Baik bab keperluan anak-anak sehinggalah kepada kediaman. Baik bab membuat atau membeli kuih raya, kelengkapan dapur, hiasan rumah, dan cari baju untuk anak-anak, semuanya mereka yang uruskan. Suami a.k.a ayah hanya tahu hulurkan wang 😀
8. Merangka Jadual Anak-anak Di Rumah
Biarpun bergelar suri rumah, ibu-ibu yang akan berperanan sebagai cikgu di rumah. Sudah ada jadual khusus untuk waktu anak-anak belajar dan bermain. Itu belum bab menyemak dan memberi latihan pada anak-anak.
Yang pasti, wanita, ibu atau isteri yang bergelar suri rumah ini sememangnya hebat. Mereka mampu menyelesaikan banyak kerja dalam satu masa.
Sekalipun kerja-kerja di atas nampak remeh dan mudah, namun ia sebenarnya memakankan tenaga banyak dan mental yang kuat. Sebab itu, kalau sentuh soal ‘kerja’ mereka dia rumah, mereka cepat tersentuh.
Cuba bayangkan sehari tanpa isteri di rumah, haru biru hidup anda. Oleh itu, hargailah usaha isteri anda setiap hari, walaupun mereka kelihatan macam ‘tak buat apa-apa’.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saat mengandung dan bakal melahirkan adalah momen yang paling indah buat seorang wanita. Bukan sahaja bakal bergelar ibu, malah kelahiran si kecil ini dinanti-nantikan bagi setiap wanita yang mendirikan rumah tangga.
Di sebalik keterujaan tersebut pasti terselit rasa gementar, takut dan sebagainya. Apatah lagi, pelbagai kes yang berlaku membabitkan ibu yang bersalin.
Dalam satu perkongsian istimewa dari puan Ika ini, dia menceritakan detik cemas apabila tidak sempat ke hospital dan terpaksa melahirkan anak keempatnya ini di rumah.
Ikuti kisah yang dikongsikannya di laman facebook nya E-car Nazrin.
Kronilogi kelahiran yang rare
7 Ogos 2019 yang lalu Ariz Arshan genap 10 bulan. Alhamdulillah kuat dan sihat, gigi dah 4 batang. Sekarang dah pandai berdiri dan berjalan tolak kerusi.
Yang kelakarnya, dia skip duduk. Dari merangkak terus berdiri.
Sempena Arshan 10 bulan ni, saya terasa nak kongsikan kronologi kelahiran dia yang rare ni.
KRONOLOGI BERSALIN DI RUANG TAMU RUMAH
Nama: ARIZ ARSHAN NAZRIN BIN MOHD NAZRIN
Tarikh: 7 Oktober 2018 (39 minggu)
Masa: 7.28 pagi
Tempat: Ruang tamu rumah
Berat: 2.78kg
Panjang: 47cm
0530am ********** Terjaga tidur sebab anak ke-3, Nia Naqisha menangis nak susu. Saya pun pergi buat susu Nia. Masa ni perut tak ada rasa sakit pun lagi.
0600am ********** Mandi dan solat Subuh
0640am ********** Turun bawah sidai kain. Ada turun dan naik tangga (rumah jenis town house).
0700am ********** Buat air untuk breakfast dan duduk kat meja makan. Mr. Hubby tengah mandi masa ni.
0715am ********** Tengah minum rasa macam ada benda mengeras dan nak terkeluar kat miss V tu. Masa ni saya terfikir contraction baru nak mula kot. Terus rasa kepala baby dah kat bawah sangat dah.
0725am ********** Masa ni tak tahu nak buat apa sangat. Macam blur pun ada. Suruh anak ke-2, Riyfhann panggil Papa dia dalam bilik air.
Saya terus bangun dari kerusi dan duduk bersandar kat dinding dalam posisi mencangkung. Punggung cecah kat lantai. Dua-dua kaki macam posisi mengangkang tu. Pastu tangan dua-dua dok pegang buku lali.
Saat ni memang dah rasa baby dah tak boleh tunggu lagi dah. Kepala baby dah rasa keluar tapi sangkut dekat seluar dalam. Terus jerit kat Mr. Hubby,
“Tarik spender bang!!”
Bila Mr. Hubby tarik seluar dalam dengar dia sebut,
“Allah.. kepala dah……”
(Lepas kejadian Mr. Hubby bagitahu masa ni dia nampak kepala baby dalam kantung ketuban.)
Mr. Hubby bergegas nak ambil kain. Dan tiba-tiba baby terus meluncur keluar dalam kantung ketubannya.
Saya tak teran apa pun dia terus keluar macam tu je tepat jam 0728pagi.
Kelahiran baby disaksikan Papanya, Abang Eiymann dan abang Riyfhann.
Huhu, memang tak sempat nak tutup apa benda sebab berlaku spontan dan cepat sangat.
Kak Naqisha masih tidur masa ni.
Abang-abangnya masing-masing menjerit. Teruja, takut, panik semua ada.
Abang Eiymann tengok kejap dia tutup mata dengan tangan, kejap buka mata. Abang Riyfhann pulak terkaku tengok je. Speechless kot. Haha. Selalu dia lah paling suka tanya itu ini.
Tak tau macam mana mereka berdua ni rasa. Yalah, budak 11tahun dan 6tahun jadi saksi kelahiran adik.
0728am ********** Dalam berapa saat saja kantung ketuban tu pecah sendiri dekat lantai. Saya sempat letak baby dalam penapis besar (macam dalam gambar tu).
Mr. Hubby pegang baby yang bertali pusat dan balut dengan kain lampin. Kemudian dia bagi baby dekat saya pastu terus call ambulans.
Anak sulung, Eiymann terus call maktok dia.
“Maktok..ibu dah keluar baby kat rumah!!”
(Melompat la maktok dia dengar terus bergegas datang rumah).
Pertama kali pegang baby ni tiba-tiba rasa macam panic attack datang. Sambil cium baby meleleh air mata sambil dekat mulut tu sebut “Allah.. Allah.. Nak buat macam mana ni bang”
Dengar Mr. Hubby dok cakap kat handphone (call ambulans),
“Baby nangis..”
“Tak biru..”
“Wife sedar..”
“Darah tak banyak sangat..”
“Uri belum keluar lagi..”
Terus suruh Mr. Hubby tanya boleh susukan baby tak? Takut nak susukan baby sebab risau dalam mulut dia ada apa-apa ke. Tapi nasib baik dia cakap boleh susukan.
So buat pertama kalinya dapat susukan baby dengan keadaan uri masih dalam perut.
Masa ni rasa syahdu sebak semua ada. Subhanallah tak tahu nak explain perasaan tu macam mana. Susukan baby dengan air mata bercucuran mengalir keluar.
Baby keluar bersih, putih kemerahan kulit dia dan tak ada darah melekat pun. Rasa macam mimpi je terberanak dekat rumah.
0745am ********** Mak, Kak Yong sampai kat rumah.. Terkejut mereka berdua tengok tengah terkangkang lagi kat lantai tu sambil susukan baby. Lepas tu jiran sebelah rumah datang tengok.
Masing-masing sebenarnya cemas dan blur tak tahu nak buat apa. Mr. Hubby cari tali rafia untuk ikat tali pusat baby (masa call tadi dia suruh ikat tali pusat).
0750am ********** Tiba-tiba perut rasa sakit. Rasa macam contraction. Terasa nak meneran pulak kali ni (tapi keluar baby tak meneran pun).
Sambil pegang tangan Kak Yong dengan Kak Long (jiran), saya terannnnnn…
Selambak uri keluar dengan darah semua. Kakyong yang sambut uri.
Lepas uri dah keluar baru rasa lega sangat. Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai. Dan bagitahu uri dah keluar.
Person yang assist dalam phone tu bagitahu kutip uri letak dalam beg plastik.
Kak Yong ikat tali pusat ngan tali rafia. Kemudian Kak Yong tarik uri slowly masuk dalam beg plastik.
#0800am ********** Masa ni baru teringat baby belum diazankan.. Panggil Mr. Hubby,
“Abang..azan baby”
Punyalah kelam-kabut sampai lupa nak azan baby. Haha.
Dan buat pertama kalinya dapat tengok dan dengar Mr. Hubby azan dan iqamat dekat sangat depan mata. Betul-betul berhadapan kat muka ni. Masa ni masih lagi duduk kat lantai bersandar kat dinding.
0820am ********** Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai. Dah 40minit kami semua tunggu.
Mak buat air kopi Radix bagi minum. Dengan biskut sekali. Lega betul dapat minum air panas. Teringat pukul 7am tadi buat air pun tak habis minum sebab dah terberanak dulu.
0840am ********** Ambulans sampai depan rumah dengan 2 nurse. Rupanya ambulans dan nurses dari klinik kesihatan dekat rumah ni je. Dekat je 5minit dari rumah. Tak taulah kenapa datang lambat.
Seorang nurse cek dan pegang baby. Lepas tu seorang lagi nurse cek saya. Nurse tengok uri,
“Eh..tak cukup uri ni.. ada lagi kat dalam.. kena pi hospital sekarang!!”
Nurse punyalah panik takut apa-apa yang buruk berlaku. Bahaya kalau uri lekat kat dalam. Boleh bawa maut.
Nurse cek tekanan darah low pulak (BP: 80/50). Haa..sudah.. rendah sangat lak (memang low BP dari dulu). Bergegas nurse pasang line branula masa dalam ambulans untuk drip air (saline).. Time tu jugak kena drip air sebotol..
Maka berneno-neno-nenolah saya dan baby dalam ambulans ditemani 2 nurses dan driver ambulans je.
Mr. Hubby ikut belakang dengan kereta. Ambulans bawa kami ke Hospital Kajang sebab tu hospital terdekat (plan asal nak beranak kat Hospital Serdang).
Setibanya di hospital, doktor tengok uri dan beritahu dah lengkap semua uri keluar dan tak ada tertinggal pun. Jadi tak perlu nak seluk lagi dah, Alhamdulillah.
*************************************** ALHAMDULILLAH.. Syukur semuanya berjalan lancar. Syukur mudah sangat lahirkan baby Ariz Arshan.
Dulu Mr. Hubby selalu cakap,
“Sayang kalau beranak hari Sabtu/Ahad kan senang abang cuti” (Dalam hati cakap ingat boleh main order suka-suka ke).
Tapi kuasa Allah, baby ikut cakap papa dia. Dia keluar pagi Ahad di saat papa dia ada kat rumah. Tak dapat bayang macam mana la keadaan kalau terberanak hari biasa (Isnin-Jumaat). Ibu dengan kak Naqisha je ada kat rumah, abang-abang sekolah (kak Naqisha dah la special dan istimewa)
Baby ni pun macam tahu je ibu dok susah hati nak beranak kat Hospital Serdang. Dengan parking yang ‘azab’, dengan wad dan labour room yang selalu penuh.
Dengan doktor bagi 8jam je dalam labour room kalau nak #VBAC (Vaginal Birth After Cesarean).
Punyalah susah hati sampai selalu cakap dengan husband / kawan / group,
“Beranak dalam keretalah gini senang..”
Minta beranak dalam kereta, Allah bagi beranak kat rumah terus. Ambikk!
Baby pun tahu dia ada kakak special sorang. Tu nak beranak dia mudah je. Ibu tak sempat nak merasa sakit pun. Tanda pun tak ada, tahu-tahu dah keluar kepala.
Allah memang permudahkan sangat beranak kali ni. Syukur sangat.
Tip amalan sepanjang mengandung
Ni saya nak share la tips / amalan sepanjang mengandung ni, kalau-kalau boleh jadi rujukan.
Saya amalkan minyak kelapa dara softgel (saya start makan masa 30weeks)
Masa dah 38weeks ke atas saya selalu buat aktiviti dalam posisi mencangkung. Saya kemas rumah sambil cangkung, sapu rumah mencangkung (macam jalan itik tu).
Saya selalu amalkan senaman kegel (kemut).
Saya selalu kemut bila perut mengeras/Braxton Hicks (bila contraction datang kemut ni bagus untuk kurangkan rasa sakit dan jalan cepat buka).
Saya selalu doa minta Allah permudahkan kelahiran (doa spesifik nak beranak tanpa koyak tanpa jahit).
Saya amalkan surah Waqiah (surah rezeki). Lepas habis baca doa minta dipermudahkan bersalin.
Tu saja… Alhamdulillah semuanya selamat.
Dalam gambar yang paling atas tu fresh ARIZ ARSHAN baru keluar. Tapi gambar dia dalam sarung ketuban tak sempat ambik sebab panik masa mula-mula dia keluar tu.
Dengan tali pusat masih ada dan uri kat dalam perut lagi.
Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang terlibat masa hari kejadian terutamanya Mr. Hubby, Mak, Kak Yong, anak-anak, Kak Long, nurses, driverambulans, doktor dan lain-lain.
Semoga ARIZ ARSHAN membesar kuat dan sihat. Semoga jadi anak yang soleh, bijak dan berguna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak sangat kes suami yang abaikan isteri, lebih-lebih lagi ketika isteri sedang sarat mengandung.
Isteri sebenarnya amat perlukan sokongan emosi dan fizikal daripada suami kerana dia sememangnya tak mampu, bukan saja-saja nak mengada.
Cerita dan pesanan dari Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ni memang menarik. Suami take note ya.
“Awak datang dengan siapa?”
Ada seorang wanita hamil 8 minggu datang ke klinik aku kerana dia alami loya-loya yang agak teruk. Alhamdulillah paras gula, tekanan darah, nadi dan hidrasi dia elok sahaja. Saya pun berilah konsultasi, apa yang perlu buat, apa yang perlu elakkan, bila kena jumpa doktor semula.
Setelah itu, semasa dia nak keluar dari bilik konsultasi, aku tengok dia pening-pening lalat. Mukanya berkerut. Risau pula tengok keadaan dia begitu, jadi aku tanya dia datang dengan siapa.
“Dengan suami. Tu dia, tengah tunggu dekat luar tu” jawabnya sambil tunjuk ke arah seorang lelaki di hadapan klinik.
Siapa pernah pergi klinik aku, dia tahu yang salah satu bilik konsultasi aku berdinding kaca tinted. Jadi daripada dalam bilik itu yang boleh lihat hadapan klinik.
Kelihatan suami wanita tadi sedang duduk di atas motor, sedang ketawa sendirian di hadapan skrin telefon. Tangan kanan dia sekejap suakan rokok ke bibir, sekejap skrol telefon. Bila di gelak, tersembur kepulan asap dari hidung dan mulutnya.
“OK, ingatkan datang seorang. Risau saya awak nak balik seorang dalam keadaan macam ni.” kata aku pada wanita tadi.
Wanita tu hanya senyum dan ucap salam kepada aku.
Macam-macam pasangan aku pernah jumpa sejak aku jadi doktor. Ada yang suami sangat risau pasal isterinya yang hamil. Tanya banyak kali tentang keadaan isteri. Tanya kebarangkalian itu, kebaranglian ini. Isterinya pula tenang sahaja, selesa sahaja.
Dan..
Ada yang macam lelaki tadi. Si isteri hamil muntah-muntah teruk, jalan pun huyung hayang. Dia pula duduk atas motor, hisap rokok, bergelak ketawa hadapan telefon. Namun Tuhan telah jadikan ada wanita yang kuat hatinya, sehingga boleh terima si suami sebegitu seadanya.
Apapun, seikhlas mana pun isteri menerima suaminya, ada baiknya jika seorang suami berilah perhatian dan pamerkan kasih sayangnya pada si isteri.
Isteri tak sihat, temani dia ke klinik. Sampai dalam bilik konsultasi, bukan hanya di hadapan klinik. Suami juga perlu tahu keadaan isteri, melalui mulut doktor. Biar faham sakitnya apa. Biar jelas nak buat apa. Biar isteri rasa dikasihi.
Para isteri pula, sejauh mana pun kalian boleh berdikari, jangan buat semuanya sendiri. Ada masa kalian kena suruh suami buat sesuatu untuk kalian. Kalau semua benda kalian buat sendiri. Maka akan hilang dinamik rumahtangga.
Rumahtangga ni, paku dan selaknya adalah kebergantungan sesama sendiri. Jika telah hilang kebergantungan itu, maka goyahlah rumah nanti. Isteri sakit, pergi jumpa doktor sendiri. Suami nak makan sesuatu, pergi keluar makan sendiri. Lama-lama hilang rasa saling memerlukan.
Akhirnya, dah tak ada rasa nak hidup bersama.
Sebelum kau kata aku tak adil sebelahkan wanita sahaja, aku nak pesan juga para suami agar kekalkan beberapa kebergantungan pada isteri, agar kau sentiasa takut akan kehilangan dia. Tidaklah nanti kau suka hati nak cari-cari baru.
Isteri pun perlu luahkan keprihatinan selain melalui membebel. Suami tak suka kena bebel. Sekali sekala manjakanlah suami tu, biar dia sentiasa tak sabar nak balik rumah. Baru dia taat. Haha. OK dah lah. Takkan semua pun nak kena ajar.