Kek gula hangus antara resipi yang popular untuk hidangan minum petang. Bahan nak buat pun mudah.

Nak cuba buat, apa kata ikut resipi peniaga ni.

Ikuti perkongsian ini.

Perniaga Ini Kongsi Cara Buat Kek Gula Hangus Paling Mudah Dan Sedap. Warna Pun Tak Terlampau Perang.

IKLAN

Ini antara kek jualan sampingan saya yang paling mudah nak buat. Banyak resepi saya pernah cuba,resepi ni yang paling mudah & rasa sedap yg penting gula jangan terlampau perang,,nanti kek pahit sy sertakan resepi di bawah,,,sy izinkn kalau ade yg nk share & yg nk guna resepi ni untuk berniaga..

kek gula hangus
2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sudu majerin

IKLAN

4 biji telor gred A
1/2 cawan susu pekat
2 cawan gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan: 

IKLAN

-cairkn gula guna api perlahan..bila gula dah larut & bertukar jdi warna perang masukkan air panas..masukkan majerin 3 sudu..kacau,,ble dh berbuih ttup api & ketepikan

-kacau telor dgn garfu,,,(kacau manja2 je)…masukkkn susu pekat & esen vanilla,,,kacau biar sebati
-ayak tepung & soda,,masukkan dalam adunan tadi,,,kacau hingga adunan hingga tidak berketul
-masukkan gula yg dicairkn td dlm adunan & kacau perlahan hingga sebati
-sapu minyak loyang saiz 7
-tapis adunan td dalam loyang & bakar pada suhu 15o~16o api bawah sahaja 35 minit & tambah 1o minit bakar guna api atas bwh..
**Kalau nak buat jual buat sehari awal,,,rase lagi sedap,,,kek tahan 4 hari tanpa masuk peti
**

Kredit: Siti Noor Aishah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI