Mengalir air mata melihat kebaikkan yang ditunjukkan oleh usahawan kosmetik ini, Dato’ Sri Aliff Syukri . Biarlah ada kata ia umpama perbuatan yang ditunjuk-tunjuk. Namun, kebaikkan itulah yang memberi sinar kegembiraan buat pendudik kampung di sekitar Kampung Sungai Nibong Selangor, kampung arwah ayahnya yang meninggal dunia baru-baru ini.
Malah melalui paparan muat naik video ini, beliau memaparkan agigan sumbangan zakat perniagaannya bernilai RM1.2 juta yang diperolehi daripada perniagaan miliknya AS Legacy HQ.
Bukan kumpul untuk kesenangan milik seorang
“Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang.. Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan.”
Mereka yang kurang berkemampuan juga turut gembira
“Doakan mereka yg kurang berkemampuan ini juga gembira di bulan mulia ini.. dan sesiapa yg mendoakan kebaikan saya.. saya juga turut mendoakan kalian.”
Kisah nyata yang dikongsikan oleh Doktor Ahmad Samhan apabila setibanya di sebuah rumah pesakitnya untuk melakukan homevisit, cukup menyentuh hati dan tidak kurang juga ramai yang sebak membaca perkongsiannya.
Kisah yang diceritakan adalah tentang betapa kasih sayang seorang ibu itu walaupun sedang bertarung nyawa, masih fikirkan anak-anak. Seorang demi seorang nama anak-anaknya disebut-sebut.
Sungguh, setiap curahan rasa kasih dan sayang dari wanita bergelar ibu ini begitu tulus tanpa batasan.
“Doktor boleh datang tak rumah saya tak malam ini?”
“Malam ini? Dah nak jam 10 malam dah ni. Kalau saya datang esok boleh?”
“Mak saya tenat doktor. Kalau boleh nak sangat doktor datang sekarang”
“Baiklah, saya singgah ambil isteri di hospital. Nanti saya terus pergi rumah puan”
Baru saja aku bersiap untuk ambil isteri baru pulang kerja,terima panggilan untuk pergi homevisit.
Setiba di sana, aku dan isteri terus melangkah ke nombor rumah yang diberi. Setelah melangkah masuk, kelihatan sekujur badan terbaring di atas katil.
Seorang wanita 70-an dengan badan yang kurus dan sesekali memanggil satu persatu nama anaknya.
Sesekali anak menyahut. Cuma anak bongsunya tiada kerana berada di luar negara dan tak dapat pulang kerana wabak covid.
Pesakit ini menghadapi masalah buah pinggang tahap akhir. Doktor memang tak nasihatkan untuk buat dialisis atas faktor umur dan tahap kesihatan.
“Yah, mana yah”
“Yah, ada tepi mak ni”
“Man dah sihat ke?”
“Man sihat dah mak,” sahut anak lelaki.
Ketika aku letakkan stetoskop di dada, sempat untuk aku ajarkannya mengucap. Keadaannya nazak.
Tangannya sejuk. Aku periksa denyutan nadi. Bacaan tekanan darah dan kemasukkan udara dalam paru-paru.
Semuanya terhenti.
Aku maklumkan pada semua anak-anaknya yang ibunya sudah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Aku selimutkan kepalanya dengan kain.
Begitulah kasih sayang seorang ibu. Walaupuan sedang bertarung nyawa,masih fikirkan anak-anak.
Setelah penat membesar dan mendidik anak-anak, kini tiba masanya untuk berehat. Tanggungjawab menjadi seorang ibu sudahpun selesai.
Dari dalam perut, dicurahkan dengan kasih sayang. Dibesarkan dengan penuh kesabaran. Dah berumahtangga pun,masih bertanya khabar. Itulah kasih sayang tanpa syarat seorang ibu.
Setiap antara kita mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ini sebagaimana seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini. Meskipun disahkan autisme, Muhammad Zul Muazzam Zul Azman bukan sebarangan kanak-kanak sebaliknya berbakat besar dalam penghasilan khat selain celik al-Quran.
Lebih mengagumkan, anak istimewa ini hanya mempelajari seni khat menerusi YouTube, bukan menerima pendidikan khusus daripada pakar atau mana-mana guru.
Dia juga kini menjual karyanya pada harga serendah RM10 hingga RM50 secara dalam talian selepas hasil tangan itu dikongsi ibunya, Shazlita Yusoff, 36, di Facebook (FB).
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik laporan Harian Metro ibunya iaitu puan Shazlita berkata, bakat anaknya disedari seawal usia enam tahun apabila Muhammad Zul Muazzam sering menghafaz surah al-Quran sambil menulis potongan ayat berkenaan pada kertas.
“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menyediakan alat menulis khat supaya dia tidak bosan dan dapat memanfaatkan masa terluang. Tidak sangka, hasil tangannya semakin ‘menjadi’, malah mendapat pujian ramai.
“Dia bukan sahaja boleh melakar pelbagai zikir, tetapi juga ayat suci al-Quran mengikut kreativiti sendiri selain mengenakan tona warna yang menarik sebagai latar belakang lukisan.
“Semua tulisan khat yang dihasilkan daripada ilham sendiri tanpa tekapan (daripada khat sedia ada).
“Anak saya seorang yang ceria namun agak terbatas untuk berkomunikasi dua hala dan saya dapat rasakan penulisan khat ini seperti terapi buat dirinya sebagai penghidap autisme,” katanya yang ditemui ketika pulang bercuti di Kampung Gual Nibong, Gual Periok di sini.
Shazlita berkata, anak sulung daripada empat adik beradik itu dihantar mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur, Bukit Tinggi di Klang, Selangor.
Suri rumah itu berkata, dia sangat tidak menyangka hasil tangan Muhammad Zul Muazzam menjadi tarikan orang ramai selepas dikongsi di FB.
“Selain itu, anak saya juga mampu menghafal al-Quran serta membacanya secara bertaranum dengan baik. Jika saya sendiri terlupa halaman muka surat surah tertentu, dia boleh memberitahunya dengan tepat.
“Antara surah yang sering dibaca ialah al-Waqiah, Ar-Rahman, Sajadah, al-Mulk, al-Kahfi dan Yaasin.
“Alhamdulillah, dia juga tidak pernah lupa mengerjakan solat lima waktu serta sering mengingatkan kami sekeluarga agar sembahyang di awal waktu,” katanya.
Menurutnya, tiada sebarang petua dalam mendidik anaknya itu, tetapi sudah mendedahkan mereka dengan al-Quran sejak kecil.
“Bakat Muhammad Zul Muazzam pula saya kira sebagai anugerah Allah selepas diuji menghidap autisme,” katanya yang berharap anak istimewanya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan lain dan boleh menjadikan seni khat sebagai kerjayanya kelak.
MK K-Clique dan isteri adakan majlis akikah bayi sulung, belum sedia kongsi wajah Aya Rayana. Isteri kepada penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan 3 Ogos yang lalu.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, menganggap kelahiran bayi sulungnya itu sebagai pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri. Sebulan selepas kelahiran bayinya itu, MK berkongsi pula nama anaknya. Aya Rayana, nama yang menjadi pilihan pasangan ini.
Terbaharu, MK dan isterinya telah mengadakan majlis akikah untuk anak sulungnya itu. Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok Zalleysahar85 menarik perhatian ramai. Video itu juga memaparkan sekitar majlis akikah berlangsung.
Majlis Aqiqah & Doa Kesyukuran buat Aya Rayana, anak kepada pasangan MK K-Clique serta isteri Siti Hajar 🥰🤲🏻 #majlisaqiqah#mkkclique#tawau#sabah
Majlis aqiqah itu diadakan di kampung MK. Warna merah jambu menjadi tema untuk majlis tersebut. Menerusi hantaran itu juga dapat dilihat pelamin kecil yang disediakan khas untuk majlis tersebut.
Bagaimana pun pasangan ini belum bersedia berkongsi wajah puteri kesayangan mereka. Buktinya wajah bayi mereka ‘dilindungi’ dengan sticker.
Jelas terbayang kegembiraan pada ajah MK dan juga isterinya, Hajaar. Perkongsian video tersebut meraih perhatian ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, MK dan Hajar mendirikan rumahtangga pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.