Melihatkan minat anak yang sayang dan sukakan haiwan, pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin turut membelikan anak kesayangan mereka, Nur Fatima Aisy haiwan peliharaan di rumah.
Bukan satu bahkan dua ekor haiwan peliharaan iaitu ikan dan kura-kura menjadi pilihan Fatima untuk haiwan peliharaan pertamanya.
Menerusi Instagram keluarga, Fazura berkongsi momen bahagia itu sebagai kenangan untuk tatapan di masa hadapan.
Melalui perkongsian Fazura, anak kecilnya itu teramat cintakan haiwan, sama seperti ibunya yang juga seorang pencinta haiwan.
“Simpan sini sebagai kenangan, anak sulung ku Nur Fatima Aisya getting her new pet.
“Bukan satu pet, tapi dua jadi nya. Semoga jaga baik-baik ya sayang.
Ads
“Mommy and Daddy loves you so much. Semoga membesar terus menjadi animal lover exactly just like your nenek. Amin,” tulisnya di kapsyen.
Apa yang menarik perhatian pastinya melihatkan Fatima yang begitu teruja meninjau pelbagai jenis ikan dan kura-kura untuk dibeli.
Tidak ketinggalan juga gelagat Fatima dengan beg merah jambu yang sentiasa lekat di tangan. Memang comel.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Memang setiap anak-anak itu berbeza perkembangannya. Bagi ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan tentu akan alert dengan pendidikan anaknya. Apabila melihat anak diletakkan dikelas hujung terdapat beberapa perkara yang ibu bapa kena take note. Melalui perkongsian Hazhari Ismail ini di laman facebooknya menjelaskan beberapa kriteria pemasalahan pembelajaran dikalangan kanak-kanak. Ikuti panduan ini.
KENAPA DENGAN KELAS HUJUNG? – Learning Disabilities
Tahukah anda, bila anak-anak kita di kelas belakang, kita selalu kaitkan dengan perkataan lembam, slow, lambat, lemah dan sebagainya. Cuma kita tak tahu, atau terlupa yang sebenarnya kanak-kanak ini mempunyai masalah pembelajaran yang lebih spesifik apabila dikaji dan diteliti.
Kita tak ambil peduli sangat sebab ia bukan masalah fizikal seperti rabun, tangan atau kaki takda atau anggota lain dan kita fikir semuanya ok dan tiada masalah. Namun, disebaliknya benda yang kita tak nampak, mereka mempunyai masalah mental/fungsi kognitif (pemikiran), emosi yang membawa kepada masalah tingkahlaku dan interaksi sosial.
Ini antara list masalah pembelajaran dan sedikit ringkasan (betul-betul ringkas ya..)
1. Dyslexia – masalah keupayaan kemahiran proses seseorang untuk membaca dan komunikasi
2. Dyscalculia – masalah keupayaan kemahiran proses seseorang untuk mengira (arithmetic) dan memahami konsep matematik
3. Dysgraphia – masalah keupayaan kemahiran proses seseorang yang memberi kesan kepada motor halus (fine motor) dan penulisan (handwriting)
4. Dyspraxia – Masalah keupayaan sensori/deria (Sensory Integration Disorder), ada masalah dengan koordinasi motor
5. Dysphasia (Aphasia) – Atau Language Disorder, tidak upaya untuk memahami spoken language (sedikit perbezaan dengan Dyslexia)
6. Non Verbal Learning Disorder – tidak upaya nak faham non verbal seperti bahasa badan, mimim muka, koordinasi yang lemah
7. Central Auditory Processing Disorder – Kesukaran untuk memproses dan mengingat bahasa yang berkaitan tugas (language-related tasks)
8. Visual Perceptual/Visual Motor Deficit – ketidak upayaan untuk meniru dengat tepat
9. Auditory Processing Disorder – ketidak upayaan untuk recognize dan intepret melalui bunyi
Belum lagi tambahan ADD (Attention Deficit Disorder), ADHD (Attention Hyperactive Deficit Disorder), ASD (Autism Spectrum Disorder), Slow Learner (IQ) tidak dilupa kanak-kanak bijak (Gifted dan Talented) – yang lead kepada masalah tingkah laku.
Kebanyakkannya, kita baru sedar bila mereka memasuki alam persekolahan.
Dan setiap daripada disorder di atas, perlukan strategi yang berbeza. Tak boleh nak sekali harung. Sebab itu juga, apabila amalan kita meletakkan kanak-kanak begini di kelas hujung, bayangkan betapa sukarnya guru untuk melaksanakan strategi yang berbeza untuk setiap keperluan pelajar. Belum lagi dari perspektif pelajar itu sendiri.
Maka, bila kita cakap anak kita slow/lembam dan sebagainya, dari mata guru, psikologi, terapis dan doktor, mereka ada banyak lagi spesifikasi lain yang menyebabkan anak itu dikatakan slow.
Tapi, ibu bapa pun perlu cakna juga lah.
Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat pakar atau terapi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut apabila mendapati anak mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan seperti diatas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi seorang ibu bukan mudah, bahkan menjadi ibu juga bukanlah suatu beban. Begitulah apa yang dirasakan oleh wanita ini bilamana menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak OKU yang kini telah pun berusia 13 tahun. Kasih sayang dan layanan yang diberikan sama seperti menjaga anak sendiri.
Ikuti kisah sepenuhnya tentang kemurniaan hati wanita bergelar ibu ini sebagaimana dikongsikan oleh Sinar Harian.
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia”
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia,” itu luahan seorang ibu yang kini menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU), Muhammad Danish Iskandar Abdullah, 13, yang ditinggalkan kepadanya sejak berusia empat bulan.
Noraini Muda, 43, dari Kampung Laut, di sini, berkata, biarpun pada mulanya agak berat hati untuk menerima ‘kehadiran’ anak istimewa itu, belas kasihan yang timbul kini telah menumbuhkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi.
“Saya agak berat hati untuk terima dan menjaga sepenuhnya anak ini disebabkan faktor ekonomi. Saya tak bekerja dan hanya mengharapkan wang daripada suami yang bekerja turun ke laut untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga.
“Lagipun, masa tu dua anak saya masih kecil dan bersekolah. Namun, apabila mengenangkan nasib, saya lapangkan dada, buka hati untuk reda dan terima sepenuhnya kehadiran dia di dalam hidup saya.
“Sehinggalah kini, kasih sayang terhadapnya tidak berbelah bahagi. Begitu juga suami (Rozmi Awang), 50 dan dua lagi anak saya (Muhammad Afifruddin) 25 dan (Muhammad Hasrol Hizam) 21,” katanya.
Anggap Anak Sendiri
Noraini berkata, dia juga telah menganggap kanak-kanak itu sebagai anaknya sendiri dan tidak mungkin akan pulangkan semula ke pangkuan keluarganya.
“Sayang… memang saya sayangkan Muhammad Danish. Saya tak akan bagi kepada orang lain. Kalau saya mati pun, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya tak harapkan orang lain menjaga dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minum dia yang memerlukan penjagaan teliti,” katanya.
10 tahun ditinggalkan tanpa khabar berita
Mengimbau kisah bagaimana Muhammad Danish Iskandar boleh berada di bawah jagaannya, Noraini tidak menyangka permintaan ibu kanak-kanak itu supaya dia mengasuh selama sebulan sekadar ‘penyedap kata’.
“Mulanya dia hanya minta saya jaga anak dia selama sebulan saja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh anak orang.
“Tetapi, sangkaan saya meleset kerana daripada sebulan… jadi dua bulan, dan seterusnya, malah dalam masa dua tahun, dia hanya datang untuk membawa lampin pakai buang dan susu anaknya saja.
“Selepas tempoh itu, selama 10 tahun Muhammad Danish Iskandar di bawah jagaan saya, tak ada khabar berita dari dia. Saya juga gagal menghubunginya,” katanya.Muhammad Danish Iskandar hidap ‘celebral palsy’
Bercerita mengenai tahap kesihatan Muhammad Danish Iskandar, kata Noraini anaknya itu kerap mengalami sawan ketika berusia enam tahun.
“Masa tu kali pertama dia kena sawan ketika dalam jagaan dan saya terus bawa dia ke hospital.
“Dia kena tahan dan doktor ada maklumkan kepada saya penyakit yang dihidapinya.
“Sebelum itu saya tak tahu anak ini anak istimewa kerana ibunya hanya bagi tahu dia ada mengalami sawan dan lemas ketika dilahirkan.
“Tapi, saya dah boleh jangka sebab tumbesaran dia tak sama dengan kanak-kanak lain,” katanya.Bertemu ibu sebenar awal tahun lalu
Terbaharu, dia bertemu ibu kepada anak angkatnya itu ketika proses penukaran hak penjagaan ke atas kanak-kanak terbabit.
“Nak dijadikan cerita, masa nak buat MyKad Muhammad Danish ketika dia tahun lepas, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) minta saya bawa ibunya sekiranya masih ada.
“Saya beritahu dah lama tak ada khabar berita daripada ibunya. Selepas itu, JPN berjaya menghubungi ibu kepada anak ini menerusi maklumat MyKad ibunya yang tertera pada surat beranak.
“Jadi, secara kebetulan, kami bertemu dan terus berbincang untuk urusan penukaran hak jagaan ke atas Muhammad Danish,” katanya.
Perpisahan adalah yang terbaik. Begitu kata penyanyi, Adira, terhadap kemelut rumah tangganya yang goyah.
Meskipun suaminya masih berusaha mempertahankan perkahwinan mereka yang sudah terbina selama sembilan tahun, namun akui Adira itu adalah yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Saya ingin berpisah dengan cara yang baik dan matang. Kami sudah berbincang tetapi buat masa sekarang, memang perpisahan (cerai) saja jalan yang saya nampak. Saya tak boleh nak cerita lebih terperinci mengenainya.
“Kekuatan ini (bercerai) bukan saya baru dapat setahun dua. Tapi sudah lama.
“Bermacam pengajaran dan pengalaman membuatkan saya lebih matang, kuat dan tenang menghadapi semua ini,” katanya berkongsi menerusi Harian Metro.
Melihatkan dirinya yang kelihatan begitu ceria di media sosial, akui Adira dia sebolehnya tidak mahu memperlihatkan sisi kesedihan dirinya, lebih-lebih lagi pada anak-anaknya yang kian membesar.
Malah kata Adira lagi, dia mahu sentiasa positif untuk terus melangkah membesarkan empat anaknya.
“Sebagai ibu, adalah penting untuk saya sentiasa bersikap positif ketika bersama anak-anak. Saya juga mengelak untuk menangis depan mereka.
“Ibu adalah tunjang kepada keluarga, jika saya berasa sedih dan tidak gembira, mereka akan dapat merasakannya melalui layanan diberi. Kadang kala, kalau kita tak okay hingga terjerit kepada anak. Itu yang saya tak mahu ia berlaku,” katanya.
Adira berkata dia dan Datuk Red masih lagi suami isteri serta tidak menghalang suaminya itu untuk bermalam serta meluangkan masa dengan anak-anak.
“Jika ditakdirkan kami berpisah sekali pun, saya tidak pernah halang suami untuk terus berjumpa dengan anak-anaknya.
“Saya juga berasal dari keluarga yang bercerai-berai dan saya tidak mahu anak-anak tidak mendapat kasih sayang seorang ayah,” katanya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.