Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang wanita apabila mengetahui diri sedang berbadan dua. Rasa syukur dan gembira dikongsikan bersama yang tersayang. Demikian juga dengan Yatt hamzah yang berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil anak keenam.
Berita tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya. Menurut Yatt lagi, kandungannya kini memasuki usia 20 minggu. Biarpun hamil dalam usia 40 tahun, namun Yatt bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah, sebaliknya kandungannya sihat selain dirinya sendiri kuat untuk melalui proses kehamilan tersebut.
Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh.. . Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..? Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya.. 😅
Ads
. Alhamdulillah kehamilan ke – 6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bg sihat, kuat dan cergas.. walaupun kdg2 x larat dan asyik sakit pinggang je.. . Hello lil baby 👶 In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya.. Stay strong & healthy.. Ameen.. 🤲🤗❤🥰😘
mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.
Ads
Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 11, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Secara tradisionalnya, ketua keluarga adalah ibu atau bapa tetapi ada juga beberapa kes dimana anak yang menjadi ketua keluarga. Begitulah juga kes “single sister” ini.
Memegang gelaran “single sister”, Nurlina mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi terutama sekali tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Menurut temubual bersama mStar, Nurlina, 22, berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas ibunya meninggal dunia pada bulan Mac tahun lepas.
Baru-baru ini, Nurlina hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan akademik adiknya, Syawal, yang berumur 10 tahun. Dia juga pernah digelar sebagai “ibu muda” kerana ramai menyangka Syawal adalah anaknya.
“Waktu ambil report card tu, tak ada yang tanya saya apa-apa. Cuma sepanjang dekat sana tu rasa janggal sebab orang sekeliling pandang, lagi pula saya dipanggil sebagai ‘puan’. Majoriti ingat Syawal tu anak saya, susah juga nak terangkan sebab ada sesetengah tak percaya sehingga saya perlu tunjuk kad pengenalan (MyKad),” luahnya.
Nurlina memulakan cerita tentang permulaan kehidupannya sebagai ketua keluarga, bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terjatuh dari motosikal akibat cuba mengelak batu ketika berada di kebun.
“Ibu pula meninggal ketika usianya 49 tahun, kerana kesan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sebelum ini. Pada masa tu, ibu sedang tidur dan ‘pemergiannya’ hanya disedari oleh Syawal sebab saya berada di hospital” kata “single sister” itu.
Walaupun terkejut dengan khabar yang diterima pada masa itu, dia menerima takdir tersebut kerana tidak sanggup melihat ibunya terus menderita.
“Ada masa saya down dan bila tak okay saya akan bagitahu Syawal yang saya tak okay. Mujur dia faham dan akan datang bertanya keadaan saya selepas beberapa ketika. Awal-awal dahulu, saya tak mahu pandang Syawal sebab muka dia memang macam ibu… barang ibu pun saya tak nak tengok kerana masa meninggal, saya yang mandi dan kafankan. Jadi saya tak boleh nampak barang dia, kalau nampak memang sedih dan bercucuran air mata. Kalau saya, barang arwah ibu akan disimpan dalam almari tapi Syawal akan gunakan,” luahnya.
Nurlina juga mengakui bahawa dia berada dalam dilema kerana bimbang tidak dapat menjaga adiknya, Syawal. Bagaimanapun, dia berusaha sedaya upaya untuk menjaga dan membesarkan adiknya dengan terbaik dan penuh kasih sayang.
“Seminggu dua tu saya rasa terbeban tapi bila fikir balik, Syawal nak pergi mana selain bergantung harap pada saya. Jadi saya chill diri dan akhirnya rasa terbeban tu hilang” katanya.
Bersyukur masih mempunyai tempat berteduh, Nurlina turut meluahkan sedikit kelegaan kerana masih boleh menumpang kasih dengan nenek yang telah berumur lebih 80 tahun.
Di samping itu, kehadiran pakcik dan makcik saudara yang turut bertanya khabar membuatkan dirinya serta adik berasa disayangi.
“Saya dan Syawal tinggal dengan nenek di Petaling Jaya, Selangor. Alhamdulillah saya sudah bekerja sebagai digital marketing dan mampu menyara adik yang bersekolah rendah serta menghulur duit kepada nenek. Belanja dapur tu kadang-kadang saya keluarkan tapi makcik pun akan bagi juga pada nenek walaupun dia tinggal asing,” ujarnya.
Walaupun pendapatannya antara RM1,800 hingga RM2,000 sahaja, Nurlina masih mampu menanggung perbelanjaan harian adiknya termasuk kos pembelajaran seperti pakaian, buku dan alat tulis. Dia juga membayar yuran sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).
“Kalau duit belanja adik, saya akan asing siap-siap. Jika tak sempat, nenek yang bagi dan saya akan bayar balik. Saya sangat bersyukur kerana adik tak banyak kerenah dan minta lebih-lebih seperti permainan. Dia hanya minta makanan, keperluan ataupun buku untuk dia melukis sebab dia suka melukis. Kalau nak beli sesuatu yang mahal, saya akan suruh tunggu dulu sampai dah cukup duit… macam dia nak beli ultraman, jadi kena tunggu dulu,” jelas Nurlina.
2 hari yang lalu, video perkongsian yang memaparkan dia hadir ke sekolah Syawal menjadi tular di TikTok sehingga mendapat lebih 663,000 tontonan.
Rata-rata wargamaya meninggalkan komen sokongan kepada Nurlina dan berharap dia terus tabah untuk menyara adiknya sebagai ketua keluarga.
Semoga artikel ini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda semua.
Berkongsi gambar bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi yang tampak awet muda biarpun sudah menghampir usia 50 tahun itu.
Siapa tak kenal kan dengan penyanyi kecil molek, Amy Mastura. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen namun, kelibatnya masih ada di persada seni. Bahkan sesekali dia mewarnai dunia lakonan.
Apa yang ingin admin kongsikan adalah wajah penyanyi ini tidak banyak berubah biarpun usia sudah memasuki sepatruh abad. Memang awet muda.
Terbaru, Amy berkongsi gambar bersama keluarga ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Adriana yang ke-20 tahun.
Walaupun serba sederhana, namun yang penting dapat bersama sekeluarga. Cepatnya masa berlalu, wajah penyanyi ini tetap sama bahkan rata-rata yang melihat perkongsian tersebut memuji Amy yang tak makan dek usia.
Bukan tu jer, perkongsian tersebut turut mencuri tumpuan memandangkan kedua-dua anak Amy sudah remaja dan mereka dilihat seperti adik dan kakak bukannya ibu dan anak. Comel!
Untuk rekod, Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana dan Adalia.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengatakan Amy di dalam gambar tersebut seolah-olah sedang menyambut hari lahir adaik dan bukan anaknya. Lucu tapi itulah hakikatnya kerana wajah Amy yang tampak awert muda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa begitu gembira apabila mendapat zuriat. Malah bagi yang mempunyai masalah kehamilan, ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk mendapat zuriat dengan rawatan perubatan kesuburan.
Namun, kadang-kala apabila bergelar ibu bapa ini, kita culas dengan peranan mendidik anak-anak.
Malah seolah-olah anak menjadi gangguan dalam hidup sehingga ada yang tanpa sedar memarahi anak.
Sesungguhnya anak mempunyai perasaan. Usah dera mereka dengan sikap anda antaranya panas baran, tidak pemaaf, suka membanding dan cakap lepas.
Ikuti 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan . Moga kita muhasabah diri.
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.
4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.
9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan “JANGAN” tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
.
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.