Secara tradisionalnya, ketua keluarga adalah ibu atau bapa tetapi ada juga beberapa kes dimana anak yang menjadi ketua keluarga. Begitulah juga kes “single sister” ini.
Memegang gelaran “single sister”, Nurlina mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi terutama sekali tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Menurut temubual bersama mStar, Nurlina, 22, berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas ibunya meninggal dunia pada bulan Mac tahun lepas.
Baru-baru ini, Nurlina hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan akademik adiknya, Syawal, yang berumur 10 tahun. Dia juga pernah digelar sebagai “ibu muda” kerana ramai menyangka Syawal adalah anaknya.
“Waktu ambil report card tu, tak ada yang tanya saya apa-apa. Cuma sepanjang dekat sana tu rasa janggal sebab orang sekeliling pandang, lagi pula saya dipanggil sebagai ‘puan’. Majoriti ingat Syawal tu anak saya, susah juga nak terangkan sebab ada sesetengah tak percaya sehingga saya perlu tunjuk kad pengenalan (MyKad),” luahnya.
Nurlina memulakan cerita tentang permulaan kehidupannya sebagai ketua keluarga, bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terjatuh dari motosikal akibat cuba mengelak batu ketika berada di kebun.
“Ibu pula meninggal ketika usianya 49 tahun, kerana kesan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sebelum ini. Pada masa tu, ibu sedang tidur dan ‘pemergiannya’ hanya disedari oleh Syawal sebab saya berada di hospital” kata “single sister” itu.
Ads
Walaupun terkejut dengan khabar yang diterima pada masa itu, dia menerima takdir tersebut kerana tidak sanggup melihat ibunya terus menderita.
“Ada masa saya down dan bila tak okay saya akan bagitahu Syawal yang saya tak okay. Mujur dia faham dan akan datang bertanya keadaan saya selepas beberapa ketika. Awal-awal dahulu, saya tak mahu pandang Syawal sebab muka dia memang macam ibu… barang ibu pun saya tak nak tengok kerana masa meninggal, saya yang mandi dan kafankan. Jadi saya tak boleh nampak barang dia, kalau nampak memang sedih dan bercucuran air mata. Kalau saya, barang arwah ibu akan disimpan dalam almari tapi Syawal akan gunakan,” luahnya.
Nurlina juga mengakui bahawa dia berada dalam dilema kerana bimbang tidak dapat menjaga adiknya, Syawal. Bagaimanapun, dia berusaha sedaya upaya untuk menjaga dan membesarkan adiknya dengan terbaik dan penuh kasih sayang.
“Seminggu dua tu saya rasa terbeban tapi bila fikir balik, Syawal nak pergi mana selain bergantung harap pada saya. Jadi saya chill diri dan akhirnya rasa terbeban tu hilang” katanya.
Ads
Bersyukur masih mempunyai tempat berteduh, Nurlina turut meluahkan sedikit kelegaan kerana masih boleh menumpang kasih dengan nenek yang telah berumur lebih 80 tahun.
Di samping itu, kehadiran pakcik dan makcik saudara yang turut bertanya khabar membuatkan dirinya serta adik berasa disayangi.
“Saya dan Syawal tinggal dengan nenek di Petaling Jaya, Selangor. Alhamdulillah saya sudah bekerja sebagai digital marketing dan mampu menyara adik yang bersekolah rendah serta menghulur duit kepada nenek. Belanja dapur tu kadang-kadang saya keluarkan tapi makcik pun akan bagi juga pada nenek walaupun dia tinggal asing,” ujarnya.
Walaupun pendapatannya antara RM1,800 hingga RM2,000 sahaja, Nurlina masih mampu menanggung perbelanjaan harian adiknya termasuk kos pembelajaran seperti pakaian, buku dan alat tulis. Dia juga membayar yuran sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).
Ads
“Kalau duit belanja adik, saya akan asing siap-siap. Jika tak sempat, nenek yang bagi dan saya akan bayar balik. Saya sangat bersyukur kerana adik tak banyak kerenah dan minta lebih-lebih seperti permainan. Dia hanya minta makanan, keperluan ataupun buku untuk dia melukis sebab dia suka melukis. Kalau nak beli sesuatu yang mahal, saya akan suruh tunggu dulu sampai dah cukup duit… macam dia nak beli ultraman, jadi kena tunggu dulu,” jelas Nurlina.
2 hari yang lalu, video perkongsian yang memaparkan dia hadir ke sekolah Syawal menjadi tular di TikTok sehingga mendapat lebih 663,000 tontonan.
Rata-rata wargamaya meninggalkan komen sokongan kepada Nurlina dan berharap dia terus tabah untuk menyara adiknya sebagai ketua keluarga.
Semoga artikel ini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda semua.
Akhirnya penantian peminat untuk melihat penyanyi ini mendirikan rumah tangga tercapai.
PENYANYI Zamani Ibrahim, 48, malam tadi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Juliana Abdul Rani, 36, dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Ampang, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.
Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan sebentuk cincin dan mas kahwin berjumlah RM300 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
“Syukur alhamdulillah. Dengan izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan isteri, Nur Juliana hari ini, 20 September 2019.
“Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak.
“Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan majlis pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga.
“Insya-ALLAH majlis resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami,” kata Zamani dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram pihak pengurusannya, Zime Production.
Difahamkan pasangan pengantin baru yang telah mengenali hampir 14 tahun lalu itu juga bakal mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.
Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.
Pada 16 Jun lalu, Zamani membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.
Sementara itu, Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Sumber : Ig Zimeproduction/ zamanislamborneo, Harian Metro & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nur Aria Mikayla, nama yang cukup indah dipilih oleh Elfira Loy dan suaminya, Muhamad Faris untuk bayi perempuan mereka.
Malah pasangan ini turut membuka sebuah akaun Instagram untuk anak perempuan mereka.
Belum sebulan usianya, adik kepada Muhamad Rayyan kini sudah kelihatan semakin chubby terutama di bahagian pipinya.
Apa tidaknya, akui Elfira Loy, anak keduanya ini kuat menyusu berbanding anak sulungnya. Bukan tu je, kulitnya yang putih merah membuatkan dia kelihatan semakin comel.
Menerusi laman instagram tersebut juga, Elfira turut berkongsi beberapa tip termasuklah penjagaan bayi dan pakaian.
Kata Elfira, untuk mengurangkan bayi meragam, selepas diberikan susu, bayi ditukarkan lampin supaya selesa dan dapat tidur lebih lama.
Untuk rekod, Aria dilahirkan pada 20 Mei lalu di Andorra Women and Children Hospital.
BismillahiMashaAllah ,On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .
Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris✨
Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti.
Dalam perkongsian menerusi instagramnya, Elfira turut memuatnaik gelagat anak sulungnya usai bergelar abang.
Day 10 Berpantang 😅 .
weekdays memang agak nervous sebab semua kerja , tok mama pulak keluar sekejap ambik bibik & my CL tengah prepare untuk sauna , bertungku semua. Tinggallah me with these two babies.
“Ini Baru Real Rock. Tuhan Tetap Tak Lupa.” Kumpulan Wings Tunai Umrah
Sejak akhir-akhir ini ramai selebriti Malaysia yang memilih untuk mengerjakan ibadah umrah termasuklah Kumpulan rock lagenda, Wings.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram rasmi kumpulan itu, kesemua anggota Wings iaitu Awie (vokalis), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.