Umum mengetahui, apabila seseorang mengidap penyakit buah pinggang kronik kebiasaannya pesakit akan menjalani rawatan hemodialisis (HD) di pusat-pusat dialisis. Di mana jenis rawatan ini memerlukan pesakit untuk membuat rawatan sebanyak 3 kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam.
Pun begitu, masih ramai yang belum mengetahui sebenarnya ada satu lagi kaedah rawatan yang boleh dipraktikkan, iaitu menggunakan kaedah Peritoneal Dialisis (PD). Istimewanya mengenai PD ini adalah ia lebih fleksibel di mana rawatan ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa, terpulang kepada masa pesakit.
Menurut Dr. Lily Mushahar, Ketua Jabatan & Pakar Runding Nefrologi, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban menambah, “Terdapat lebih 100% peningkatan dalam jumlah pesakit buah pinggang yang baru di Malaysia sejak 10 tahun kebelakangan ini . Setakat tahun 2015, penyakit buah pinggang kronik adalah antara 10 penyebab utama kematian di Malaysia, dengan peningkatan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 19.1% sejak 10 tahun yang lalu. Statistik yang membimbangkan ini membuktikan betapa pentingnya untuk kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini dan menambah pengetahuan mengenai pilihan rawatan yang memberikan para pesakit peralihan gaya hidup yang lebih mudah dan tidak terganggu.”
Perbandingan rawatan PD dan HD
Peritoneal Dialisis (PD) | Hemodialisis (HD)
Ads |
Boleh mengawal sendiri jadual rawatan dialisis anda | Perlu mengikut jadual rawatan yang disediakan di pusat dialisis
|
Kehidupan lebih fleksibel dan ada kebebasan | Perlu berulang-alik ke pusat dialisis tiga kali seminggu mengikut jadual yang ditetapkan
Ads |
Cenderung untuk berasa lebih bertenaga dan lebih cergas | Cepat berasa letih dan tidak bermaya
|
Tidak perlu berulang ke pusat dialisis untuk menjalani terapi | Peralatan dan bekalan rawatan dialisis hanya boleh didapati di pusat dialisis dan dikendalikan oleh jururawat Ads
|
Perlu pembedahan kecil di perut bagi memasukkan tiub kecil yang lembut ke dalam rongga perut | Perlu pembedahan bagi menyediakan akses salur darah pada tangan |
Tidak menggunakan jarum atau darah untuk rawatan dialisis | Perlu 2 tusukan jarum setiap sesi rawatan dan pengaliran darah diperlukan dari badan ke mesin hemodialisis
|
Terapi mudah alih, mudah untuk dibawa ke mana-mana | Kelengkapan & bekalan hanya boleh didapati di pusat dialisis |
Secara kesimpulannya, pesakit boleh mendapat penerangan lanjut dan khidmat rawatan PD dengan berjumpa dengan pakar buah pinggang di hospital kerajaan atau di hospital swasta tertentu. Pakar buah pinggang akan mengesyorkan terapi yang terbaik bagi pesakit berdasarkan tahap kesihatan, gaya hidup dan rutin harian pesakit tersebut.