Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes berkenaan dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.
Beliau berkata, pesakit berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lepas manakala ruam mula muncul pada 12 September.
Tambahnya lagi, individu yang sedang dalam isolasi itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul dan kini berada dalam keadaan stabil.
Ads
“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sejak 26 Julai 2023, terdapat 10 kes mpox yang direkodkan di negara ini adalah dari varian clade II sahaja.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Mengumpul tabungan mengikut jenis warna duit mungkin sudah terbiasa bagi kita. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Berbeza dengan Hani Mynis yang menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang unik. Nak tahu tabung jenis apa ni, jom baca.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malam tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama besar dunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Doha, Qatar selepas hidup dalam buangan susulan tindakan tentera menumbangkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai beliau namun tidak cukup mengenali secara dekat. Untuk itu, mari kita selami dengan lebih mendalam mengenai perjalanan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi di bawah ini.
Latar belakang Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi atau nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah perkampungan iaitu Desa Shafat at-Turab, Mahallah al Kubra, Gharbiah di Mesir.
Difahamkan, bapanya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih berumur sekitar 2 tahun. Oleh itu, beliau telah dijaga oleh ibu, bapa saudara dan datuknya.
Sewaktu berada di sekolah menengah (peringkat thanawi) ibunya difahamkan telah meninggal dunia.
Sejarah Pendidikan
Sejak kecil lagi, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi terkenal dengan kepintarannya apabila sentiasa mendapat tempat pertama kecuali pada peperiksaan akhir di sekolah menengah. Beliau juga mendapat tempat kedua di seluruh Mesir dengan perbezaan setengah markah daripada individu tempat pertama.
Menginjak dewasa, beliau telah melanjutkan pengajian di Institut Pembahasan dan Pengkajian Arab Tinggi dan meraih sijil Diploma Tinggi Bahasa dan Sastera Arab.
Kecintaan beliau dalam ilmu tidak berhenti disitu apabila beliau terus melangkah ke menara gading dengan memilih Universiti Al- Azhar sebagai destinasi yang seterusnya meskipun dirinya menerima tawaran di Dar al-Ulum, Kaherah. Di Universiti itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin.
Pada tahun 1973, beliau telah meraih gelaran doktor setelah menamatkan pengajiannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Jawatan yang pernah disandang
Kecerdasan minda beliau tidak perlu dipertikaikan lagi. Bukan sahaja dalam aspek pendidikan, beliau turut aktif dalam program berbentuk kepimpinan dan menyandang pelbagai jawatan.
Ciri-ciri kepimpinan beliau terserlah apabila menyandang jawatan pada pelbagai peringkat seperti Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar dan Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961.
Selain itu, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi turut menjawat jawatan penting seperti menjadi Presiden Al-Ittihad al-Alami li-Ulama’ Muslimin iaitu Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan banyak lagi.
Guru-guru Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Cintanya dalam berjihad di medan ilmu sangat mendalam. Perkara ini sangat jelas apabila beliau banyak berdamping dengan guru-guru yang terkenal.
Antara guru yang pernah beliau menuntut ilmu termasuklah Syeikh Hamid Abu Zuwail, Syeikh Ali Khalil, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Syeikh Hasan al-Banna, Ustaz al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Daffar, Syeikh AL-Munafi dan banyak lagi.
Karya Penulisan
Kenali Latar Belakang Sheikh Yusuf Al-QaradawiGambar: Egypt Student Information
Al-Qaradawi banyak berbakti dalam bidang penulisan dan sering menyampaikan dakwah serta membentangkan kertas kerja pada peringkat kebangsaan mahupun global.
Penglibatan dalam penghasilan karya yang berkualiti tinggi oleh beliau menjadi sumber rujukan kepada para ulama.
Difahamkan, beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku dalam bidang keilmuan Islam terutamanya dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.
Karya-karya yang dikarang oleh beliau sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan lagi, buku-buku tersebut merupakan cetusan ideanya dalam membawa wawasan perjuangan dan ideologi Sheikh Yusuf Al-Qaradawi secara terperinci.
Beliau sering mengupas karya ilmiah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, Ekonomi Islam, Pemahaman al-Qur’an dan al-Hadith dan bidang Tauhid. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau termasuklah Fiqh al-Zakat 2 jilid, Fatawa Mu’asarah 2 jilid, Haqiqat al-Tawhid dan banyak lagi.
Kecemerlangan dan pengaruh yang ditonjolkan oleh Al-Qaradawi telah membuatkan beliau menerima pengiktirafan ulama dunia yang diberikan oleh para gurunya.