Biasanya masalah tapak kaki merekah ini kita akan anggap ia perkara biasa. Maklumlah bahagian bawah anggota badan.
Namun siapa sangka, masalah ini boleh mengundang masalah kesihatan serius jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan terutama bagi yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
Ingin tahu sejauhmanakah masalah tumit ini terjadi, ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenainya.
Masalah tapak kaki merekah
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahamd, masalah kulit di tapak kaki terutama di tumit bukan hanya wanita sahaja yang mengalaminya tetapi turut dialami oleh lelaki tanpa mengira usia.
Katanya, mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.
Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
1.Lantai bukan punca
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik. Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.
2.Bahaya bagi pesakit diabetes
Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.
Ads
Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayakan, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal.
3.Kekurangan air dalam badan
Faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkatan umur menyebabkan kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalkan kelembapannya.
Bagaimanapun masalah ini tetap boleh juga terjadi kepada golongan muda jika badan mereka juga mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengawal kelembapan kulit. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik.
4.Langkah pencegahan
Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukannya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian.
Ads
Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihannya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap.
Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.
Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat.
Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.
5.Sumber makanan elak rekahan tumit kaki
Antara makanan asas untuk amalan diet seharian bagi menambahkan khasiat dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki ialah:
Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijiran, gandum dan kekacang. Makanan yang kaya dengan mineral termasuk:
Ads
1. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli
2. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zaman serba maju sekarang ni, tak susah nak dapatkan pekerjaan yang halal. Apa yang penting hanyalah kegigihan dan ketabahan untuk mencari rezeki tersebut. Bila kita ikhlas, insyaAllah ada jalan yang terbaik buat kita.
Misalnya kisah wanita ini yang tular di Tiktok menggunakan akaun @aisha.h_ammar.h, kegigihannnya bekerja sebagai GrabFood Walker patut dijadikan inspirasi oleh orang ramai. Lebih mencuri tumpuan orang ramai apabila dia bekerja sambil membawa dua orang anaknya menggunakan hand trolley.
“So I joined Grab, a job that I can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs,” katanya di ruangan kapsyen.
Malah, dia yang mesra dipanggil Mummy Dee tidak menyangka video yang dimuat naik ini mendapat perhatian ramai dan dia juga menjelaskan pekerjaan ini hanyalah sekadar separuh masa sahaja. Malah, dia juga jadikan aktiviti sebagai rutin keluar bersama anak-anak dan dalam pada masa yang sama dapat peroleh duit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji semangat ibu ini dan ideanya membawa anak-anak berjalan sambil bekerja merupakan idea yang bernas. Malah, ada juga yang menjadikan kisah ibu ini sebagai contoh untuk lebih berusaha dan mahu meniru cara ibu ini mendapatkan duit poket.
Mak ayah pasti susah hati bila rutin hujung minggu, iaitu kasut anak yang masih belum lagi di basuh. Selepas di basuh, satu perkara lagi kasut harus pula dikeringkan.
Jika musim panas seperti sekarang ini pasti tiada sebarang masalah. Tapi bagaimana pula jika musim hujan. Pening juga dibuatnya.
Kalau ada bajet lebih, bolehlah mak ayah belikan yang baru, sebagai persediaan kalau hari hujan. Jika bajet tak berapa nak memberangsangkan mak ayah boleh usahakan 6 cara pantas ini untuk keringkan kasut. Memang menjadi!
Letak Atas Enjin Kereta
Selepas kasut disental bersih, keringkan betul-betul daripada titisan airnya dan biarkan sekejap di dalam bilik air. Sementara itu mak ayah boleh mula hidupkan enjin kereta dan panaskan sekejap.
Buka bonet enjin hadapan dan letakkan kasut yang sudah dikeringkan. Haba dan kepanasan enjin kereta sangat-sangatlah membantu. Walau tak kering lama tetapi kasut cepat kering dengan bantuan haba ini.
Bawah Peti Ais
Langkah ini wajib semua mak ayah gunakan. Lepas basuh kasut bersih, letakkan di bawah peti ais dan biarkan semalaman. Kalau di bawah peti tak ada ruang, letakkan sahaja di bahagian belakangnya. Haba dan kepanasannya sangat membantu.
Keringkan Dalam Mesin Basuh
Guna pengering mesin basuh dan biarkan kasut dikering daripada airnya. Set mesin supaya di keringkan lebih lama daripada biasa. Kemudian letakkanlah di tepi tingkap atau kawasan berangin supaya kasut lebih cepat kering.
Gantung Bawah Kipas
Selepas kasut dibasuh bersih, masukkan ke dalam mesin basuh dan setkan pengering. Kemudian gantung kasut dan letakkan betul-betul di bahagian bawah kipas angin. Biarkan semalaman. Esoknya pasti kasut anak kering.
Surat Khabar Dalam Kasut
Ini salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk membantu kasut anak kering dengan pantas. Ambil surat khabar dan gumpalkan menjadi bola kecil. Masukkan
ke dalam kasut dan biarkan surat khabar ini menyerap air dengan pantas. Keraplah bertukar bola surat khabar ini hingga kasut kering.
Guna Kain
Selain kertas surat khabar, lakukan langkah yang sama dengan bebola ini dengan menggunakan kain kapas. Gumpal kain sebesar bola kemudian sumbat ke dalam
kasut sekolah anak anda. Hasilnya air akan lebih cepat diserap dan kasut lebih cepat kering.
Buat sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melancong bersama keluarga memang saat yang menyeronokkan, apatah lagi andai lokasi yang ingin dituju nun jauh menyeberangi Benua Eropah.
Tentu banyak persiapan yang perlu dibuat, dan jangan lupa juga ketahui tip-tip untuk kurangkan bajet perbelanjaan sepanjang berada di sana, terutamanya dalam bab makanan.
Nak tahu bagaimana, ini dikongsikan oleh Puan Raudzah Ramli, semoga bermanfaat.
TIPS MELANCONG KE EROPAH
Tip Yang saya NAK kongsikan bila saya melancong bersama 6 orang kawan-kawan yang terdiri daripada 2 pasangan suami isteri dan 2 orang member pada awal Disember lalu.
Moga menjadi manafaat dan menjimatkan perbelanjaan kalian semua.
MAKANAN HALAL SEMASA MELANCONG
MAKANAN
Contoh kat Europe Nasi lauk ayam seketui 10 pound , nasi goreng 15 euro (x rm5).mahalll
Maka untuk memastikan jimat Dan halal. Mari la kita memasak
1- bawa periuk nasi atau pan yang bersesuaian.kita masak sendiri.jimat sangat.duit yang ada bole la beli cenderahati
Apabila ditanya, tentang membawa beberapa jenis sambal selain tujuannya memudahkan untuk dimasak pelbagai menu, ia juga tidak mudah basi dan boleh bertahan lama.Jadi tidak hairanlah rombongan ini dapat berjimat dalam bab makan.
“Stok sambal.dengdeng.sardin Maggi ikan bilis. Biasa saya akan Kira untuk 14 hari”
“Biasanya sambal hijau dan sambal tumis takkan basi untuk tempoh yang lama bila kita keringkan”
3- Bekalan makanan yang cukup seperti roti, mi segera,Milo 3 in 1
4- Bole semak restoran-restoran halal yang berdekatan dengan hotel atau tempat lawatan. Bwebsite www.zabihah.com untuk membantu anda.
5- tepung cucur segera
Tepung cucur segera mudah dan cepat. sememangnya salah satu bahan boleh dibawa bersama ketika bercuti.
TIP TUKAR MATAWANG
Seeloknya nak buat urusan pertukaran mata wang Di negara Kita di Malaysia Lagi bagus sebelum melancong kerana ia lebih selamat. Guna cash tukar siap2 di Malaysia.
Masa 2013, Kak Maness p London. NAK tukar duit ringgit ke Pound depa tak NAK .kalau bagi dollar depa okeh. Mungkin kat situ Aja kot. Eloknya tukar siap siap, sonang citer!
Kat mana NAK Tukar duit?
Di mana mana money changer tapi Bukan Di money changer airport.
Tukar ke euro
Money changer biasa 4.79
Money changer Airport 5.05
Tukar beribu3 lari banyak oooo.
Bawa kad kredit untuk kecemasan. Pastikan call center kad kredit yer sebelum melancong untuk aktifkan kad.