Mentaati suami itu dituntut oleh Islam dan seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Namun itu tidak bermakna anda tidak perlu mengingati dan menghargai jasa kedua orang tua yang selama ini membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang selain mengorbankan segala-galanya.

“Pesanan Buat Para Isteri, Usaha Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Pada Suami.” Deep Pesanan Lelaki Ni!

Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang hal ini. Antaranya:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15).

IKLAN

“Pesanan Buat Para Isteri, Usaha Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Pada Suami.” Deep Pesanan Lelaki Ni!

Justeru, ikatan perkahwinan tidak bermakna anda boleh mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang anak. Kisah yang cukup menyentuh hati dan patut dijadikan pedoman ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Mustapha.


Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.
Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.
Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.

IKLAN

“Pesanan Buat Para Isteri, Usaha Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Pada Suami.” Deep Pesanan Lelaki Ni!
Anak ketiga Degree daripada UiTm dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.
Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.
Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar.
Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri.

“Pesanan Buat Para Isteri, Usaha Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Pada Suami.” Deep Pesanan Lelaki Ni!
Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.
Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..

IKLAN

“Pesanan Buat Para Isteri, Usaha Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Pada Suami.” Deep Pesanan Lelaki Ni!

“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.
Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami.
Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.

Hafiz CuteCarry
Sejak habis universiti terus kerja non stop!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI