Ajal maut dan jodoh adalah ketentuan Ilahi. Kita merancang untuk hidup bahagia sehingga akhir hayat namun akhirnya musnah. Pemergian pasangan tentunya membuat hidup makin sukar.
Begitulah yang dirasai oleh puan Lina Danish yang kehilangan suami tempat bergantung harapan.
Menerusi perkongsian di grup Kami Suri Rumah, beliau berkongsi sekeping gambar bersama 4 orang lelaki. Apa yang menarik perhatian, beliau bagaikan ‘kakak’ ketika bergambar bersama anak-anaknya yang sudah meningkat remaja.
Beliau yang berkahwin pada usia muda 19 tahun, telah kehilangan ketika anak sulungnya berusia 7 tahun dan tiga lagi anak yang masih kecil.
Demi anak-anak, beliau tabah membesarkan zuriat yang ditinggalkan suami. Kini pada usia 43 tahun, beliau mampu tersenyum apabila kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Dalam pada itu, warganet memuji ketabahan beliau membesarkan anak-anak tanpa memikirkan perkahwinan kedua. Nyata begitulah kasih ibu buat anak-anak, rela bersusah payah agar kebahagian menjadi milik mereka.
Ads
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
Ramai dak geng 40an sini?
Letak gambaq kat komen nak tgk hampaaaa
Ads
Kakak kawen umoq 19 , umoq 24 dah tutup kedai. 4 Hero semuaaaa , dlm rumah kakak lah satu² nya bungaaa 🤣
skrng umur kakak 43, si abg yg sulung tu umur 23 masih study lagi sambung degree, yg no 2 dgn no 3 sambung diploma, yg paling bongsu umur 18 tunggu results SPM kerja part-time.
Kakak lah Ibu kakak lah ayah sbb Abah deorang dah meninggal 16 tahun lepas, masa tu yg sulong baru 7 tahun, yg kecik 2 tahun.
Kakak tak kahwin lain & besarkan deorang sorang2 dgn tulang empat kerat . Jual tudung saja tapi mampu hantar anak belajar tanpa buat loan & ptptn.
Minta tolong semua suri suri dlm ni doakan kakak terus kuat, murah rezeki, baik kesihatan & semoga anak² kakak berjaya Dunia & Akhirat . Semoga doa ini berbalik pada suri suri jugak nnti yaa.. terima kasih ⚘
Penampilan terbaru Scha Alyahya membuatkan ramai terpegun, manakan tidak walaupun baru melahirkan anak secara pembedahan, namun isteri kesayangan Awal Ashaari ini cepat betul kurus.
Selepas kelahiran bayi keduanya, Lyla Amina, Scha dilihat semakin cantik dan berseri-seri. Bahkan, penampilannya di majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini turut mencuri tumpuan ramai.
Walaupun hanya mengenakan solekan nipis dan masih dalam tempoh berpantang, namun wajahnya tetap cantik semula jadi.
Terbaru, Scha memuat naik sekeping gambar bersama Awal dan doktor yang menjaganya sepanjang hamil hingga melahirkan iaitu Dr Seri.
Ini berikutan Scha membuat temu janji untuk pemeriksaan lanjutan selepas melahirkan anak.
Menerusi perkongsian tersebut, Scha memberitahu semuanya dalam keadaan baik dan dia juga boleh kembali bekerja seperti biasa.
Alhamdulillah everything is fine. Mommy can start working dah 🤣
Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh Scha bersama sekeping gambar.
Lucu tapi ada pengajaran disebalik situasi ini. Betapa PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan ini membawa seribu satu makna buat kita semua.
Walaupun terpaksa berkurung di dalam rumah, namun yang pasti ada anak-anak gembira dan bahagia. Itulah ‘manisnya’ disebalik kedukaan disebabkan oleh Wabak Covid-19 ini. Ibu bapa dapat bermain dan meluangkan masa sepenuhnya melayan karenah anak-anak.
Satu hiburan yang cukup menggembirakan di saat semua tidak boleh ke mana-mana atas perintah #stayathome.
Perkongsian seorang ayah menerusi facebooknya Tengku Azam Mikail cukup mencuit hati. Melayan anak-anak bermain pondok-pondok dan sanggup ‘dibuli’ dek anak-anak apabila disuruh menjadi ’emak’ mereka.
Duk gumah anak ajak main pondok2 la,main anak patung la,main masak2 la dia ckp papa jadi emak aku ye kn ye,sampai tergolek mak ko koje kn ye.
penat layan ko org ni.ape ko bt dgn papa ni nak oiii ni cuti tambah lg ape lg ko ajak papa main.
Yang kelakarnya si ayah ini terlentang kepenatan dek melayan anak-anaknya bermain pondok-pondok. Walaupun penat tetapi itulah momen yang cukup manis dan indah untuk yang menjadi kenangan apabila anak-anak besar kelak. Yang lebih penting lagi ikatan ayah-anak lebih erat.
Siapa sahaja yang tidak mahu mengubah hidup menjadi lebih baik daripada pelbagai aspek? Namun untuk berubah bukanlah mudah, meskipun semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Menyentuh tentang perubahan diri, mungkin ada antara kita tercari-cari formula yang boleh dipraktikan dalam merialisasikan impian untuk menjadi orang yang lebih baik bukan sahaja di dunia malah setiap kebaikan tersebut akan membawa diri kita ke syurga firdausi.
Jadi apa kata kita fahami perkongsian daripada ustazah Asma Harun ini, menurutnya ada 5M yang perlu dilakukan. Apakah 5M yang dimaksudjan olehnya itu?
5M YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK PERBAIKI DIRI
SubhanAllah Allahu Akbar,
Sahabat, sebelum pejamkan mata, pejamkanlah juga segala kesedihan, kedukaan, keperitan, dan semua yang membebankan diri. Tetaplah menjadi seseorang yang berani untuk menghadapi hari esok dengan satu harapan dan perubahan.
Bagi yang sedang dalam proses berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, teruslah berusaha, kuatkanlah semangat. Sentiasalah perbaiki niat agar perjalanan hijrah tidak tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana.
Malam ini, suka untuk saya kongsikan rahsia disebalik 5M yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri.
1) M – Muhasabah
Dalam tak sedar, terkadang kita pasti melakukan beberapa kesilapan sehingga membuatkan diri tersedar bahawa bukanlah Allah yang menjauh daripada kita akan tetapi kita sendiri sebenarnya yang menjauhkan diri daripada Allah. Sahabat, muhasabahlah, perhatikanlah semula segala amalan-amalan kita, adakah ia cukup untuk dibawa dengan baik di akhirat kelak?
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr: 18)
2) M – Mujahadah
Sahabat, berusahalah untuk lawan segala hawa nafsu yang membelit diri, jika tidak kita sendiri yang akan memakan diri. Allahu Akbar.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.”
(Disebut Oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya hadis 40 Imam Nawawi bahawa hadis ini sahih)
3) M – Mu’aqabah
Makna Mu’aqabah adalah memberikan hukuman kepada diri sendiri. Apabila kita melakukan sesuatu dosa atau kesalahan maka hendaklah kita segera menghapuskannya dengan melakukan amal kebaikan walaupun terasa susah atau berat. Sebagai contoh, istighfar 100 kali, memberikan sedekah, mendirikan solat dan sebagainya.
Dengan cara ini, insyaAllah kita akan dapat mengajarkan diri kita untuk sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang.
4) M – Muraqabah
Makna muraqabah adalah mendekatkan diri. Saat ingin perbaiki diri, usahalah untuk sentiasa merasai bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT sehingga mendatangkan kesedaran untuk sentiasa melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah padamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (maksudnya takdir telah ditetapkan).”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
5) M – Mulazamah
Mulazamah bererti melazimi. Saat seseorang ingin mendekatkan diri kepada Allah, saat itulah perlunya untuk melazimi ilmu-ilmu agama agar dekat kepada-Nya bukan sebarang dekat, tetapi dekat kerana berpengetahuan. Dekat kerana sedar bahawa Allah-lah tuhan yang patut dan layak disembah, ditaati dan diletakkan segala pengharapan yang tinggi. Bukankah untuk memiliki sesuatu itu perlukan ilmu?
Putra Assolihin mencipta kejayaan membanggakan apabila menjuarai MSSM Bawah 15 Tahun sambil mengekalkan hafazan al-Quran. Kisah atlet madrasah ini menjadi inspirasi ramai.