Ads

Warna Biru Pada Nasi Kerabu Rupanya Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan & Keguguran Rambut.

Sebut sahaja Nasi kerabu, pasti terbayang warnanya yang biru dan menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian .

Warna Biru Pada Nasi Kerabu Rupanya Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan & Keguguran Rambut.

Walaupun ada nasi kerabu berwarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna.

Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).

Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan

 

Ads

Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang. Ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit..

Antara khasiat bunga telang:

#1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.

#2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.

Ads

#3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.

#4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.

#5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.

Ads

#6 – Anti-penuaan

#7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.

Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah sebab banyak nak disediakan, yang membuatkan ramai yang membelinya dari membuatnya sendiri di rumah.

Ia biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Bercuti Pun Kena Bawa Buku…” Didikan Ibu Bapa Jadi Rahsia Dr....

Dr. Suraya Hani Kamsani cipta sejarah sebagai wanita pertama Malaysia meraih PhD elektrofisiologi jantung. Kisah hebat didikan ibu bapa jadi inspirasi.