Nak badan kembali sihat dan segar, tak perlu berbelanja ratusan untuk membeli produk. Guna cara tradisional aje untuk memastikan badan kembali sihat.
Hanya menggunakan bahan herba sahaja untuk kembali sihat.
Petua orang dulu-dulu kala, perempuan mesti amalkan.
Ikuti perkongsian wanita ini.
Ads
Air Rebusan untuk : -Bersihkan rahim -Buang angin -Pecahkan lemak -Naikkan seri muka -Mengurangkan sengugut
Bahan-bahan :
-Halia (2 ibu jari) Hiris Kasar2 -Kunyit hidup (1 ibu jari) -Serai (2 batang besar) kalau kecil letak dalam 3-4 batang -Daun Pandan (4 helai) -Madu -Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)
Ads
*Nak letak sireh pun boleh..Tak letak sebab takde sireh kat umah..
*Boleh letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe
Ads
Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Buat ni untuk 2 Cawan ye. Sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu.
Ini cara minum ye. kalau tak selesa ikut cara masing-masing” ok. Minum 1 gelas (suam) pastu off kipas dalam 5-10 minit. Biar badan tu rasa panas & berpeluh sikit. Jangan off lama-lama sgt nanti marah plak suami & famili uols haha. (Berkurung sorang-sorang dalam bilik masa minum ni) Kredit: Nyd Za
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diakui macam-macam info dan perkongsian boleh kita ketahui dengan adanya kemudahan internet ketika ini.
Pun begitu perlu diingat tidak semuanya betul dan sebagai pelayar internet kita perlu bijak menapis dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Ini sama halnya apabila ada yang berkongsi cara untuk mencuci buah anggur dengan ubat gigi yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan lapisan wax atau lilin yang menyelaputi kulit buah tersebut.
Namun sejauh mana kebenarannya hanya yang mencuba mengetahuinya. Pun begitu, dari sudut kesihatan dan keselamatan buah tersebut untuk dimakan, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Mohd Khairul Izwan memberi pandangannya. Semoga ianya memberi manfaat dan ini perkongsiannya.
Merujuk kepada gambar screenshot di bawah, ada petua yang berlegar-legar di FB yang menyarankan penggunaan ubat gigi untuk membersihkan lapisan wax atau lilin yang ada bahagian kulit buah-buahan.
Saya bukanlah ahli kimia, jadi untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang lapisan lilin yang ada pada kulit buah itu bukanlah bidang kepakaran saya.
Namun sebagai seorang pengamal pergigian, satu pesanan saya agar orang ramai tidak mudah percaya dan mengamalkan petua sebegini.
Ubat gigi dicipta untuk digunakan bersama-sama berus gigi bagi membersihkan gigi, membentuk lapisan gigi yang lebih kuat serta mencegah daripada berlakunya kerosakan gigi.
Ianya bukan dicipta untuk membasuh makanan.
Menurut seorang pakar pemakanan dari Universiti North Carolina State di Amerika Syarikat iaitu Benjamin Chapman serta Food and Drug Administration (FDA), memakan sabun atau ubat gigi boleh menyebabkan seseorang berasa sakit perut dan mual.
Bahan kimia yang terkandung di dalam sabun dan ubat gigi dapat merosakkan saluran pencernaan menerusi gejala seperti muntah, cirit birit dan sakit perut.
Walaupun sudah dibilas dengan air sehingga bersih, namun bahan kimia yang terdapat pada ubat gigi boleh menyerap ke dalam buah dan berpotensi menyebabkan seseorang mengalami gejala seperti yang disebutkan di atas.
Jika anda rasa lapisan lilin tersebut tidak selamat untuk dimakan, sebaiknya kikis sahaja lapisan lilin tersebut ataupun kupas terus kulit buah sebelum anda memakannya.
Anda juga boleh membersihkan lapisan lilin tersebut dengan cara menggosok permukaan kulit buah menggunakan berus yang lembut/berus khusus di bawah air yang mengalir.
Jangan bazirkan ubat gigi anda untuk membersihkan buah-buahan atau sayur-sayuran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemudaratan ke atas diri anda di kemudian hari.
Ingat, gunakan ubat gigi untuk memberus gigi anda, bukan untuk membasuh makanan ya. Jangan membazir!
Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar anda dapat menikmati buah anggur tanpa ragu-ragu.
Sebiji buah lemon memiliki pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita. Lemon yang diperah dan di ambil jus setiap pagi membantu memberi tenaga pada tubuh badan dan kesihatan yang baik.
Para pakar menyatakan yang kita perlu meminum air lemon setiap hari kerana jus dari lemon itu mengandungi kandungan nutrien antioksida, protein , vitamin B dan C, flavanoid, posporus, potasium, karbohidrat dan minyak berkhasiat.
Jus lemon yang sangat menyihatkan ini boleh bertindak sebagai antibakteria, membina sistem imun yang lebih baik untuk melawan sebarang jangkitan penyakit. Sebiji lemon mengandungi kandungan asid sitrik, kalsium, magnesium serta vitamin B dan C yang tinggi.
Apabila anda meminum segelas air lemon yang suam dengan perut yang masih kosong setiap hari pada waktu pagi ia akan membantu anda membuang toksin di dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga membantu membina alkali dengan menyeimbangkan kadar pH di dalam badan.
Adakah anda tahu dengan meminum satu cawan dengan jus lemon yang segar setiap hari ia akan membekalkan 187 % pengambilan vitamin C yang disyorkan dalam sehari.
Malangnya , kebanyakan dari kita akan melakukan kesilapan yang biasa apabila menikmati segelas air lemon iaitu dengan membuang kulit buah lemon dan mengambil jusnya sahaja.
Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia merupakan satu kesilapan yang besar.
Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris sebiji lemon, memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada panas atau sejuk dengan membuang kulitnya.
Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resipi air lemon yang betul:
Pakar pemakanan menyatakan yang air lemon akan dapat memperbaiki proses penghadaman . Ia juga membantu melambatkan penyerapan makanan, di mana ia dapat mengekalkan tahap penyimpanan insulin di dalam badan dan memastikan badan menyerap zat makanan dan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.
Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan pada waktu pagi untuk kita memulakan hari dengan baik dan mengurangkan kadar penyejatan air di dalam badan.
Khasiat lemon:
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.
Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.
Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.
Jadi pastikan kita meminum air lemon setiap hari untuk kesihatan badan yang lebih baik. Pastikan anda mendapat zat dari air lemon dengan parutan kulitnya sekali.
Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak. Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan.
Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah:
KUNYIT
Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur.
MADU
Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik).
HALIA
Satu inci halia boleh dimasukkan ke minuman atau masakan.
BAWANG PUTIH
Bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotic. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan. Atau dengan memakan bawang putih yang dibakar.
. SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA
Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida dan antiradang dan membantu meningkatkan daya tahan dalam badan. Ia juga mengandungi banyak vitamin.
. AIR
Banyakkan meminum air mineral. Ia dapat membantu dalam menstabilkan suhu badan dan mengelakkan berlakunya kekurangan air dalam badan. Ia membantu pergerakan darah dalam badan dan meningkatkan sistem daya tahan.
. LEMON
Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan jangkitan virus. Rendamkan beberapa hirisan lemon dalam botol yang berisi air mineral. Minum sekurang-kurangnya 1 L sehari untuk mendapat Vit C yang diperlukan.
. Saya selalu mencadangkan pesakit saya mengamalkan 6 petua di atas. Ia membantu mengurangkan pengambilan ubat dan kesan sampingan ubat. Ia juga mempercepatkan penyembuhan. Jika selsema dan batuk tidak berkurangan dalam masa beberapa hari, ubat antihistamin dapat mengurangkan ketidakselesaan pesakit yang mengalami demam dan selsema.