Diakui macam-macam info dan perkongsian boleh kita ketahui dengan adanya kemudahan internet ketika ini.

Pun begitu perlu diingat tidak semuanya betul dan sebagai pelayar internet kita perlu bijak menapis dan membuat keputusan yang sewajarnya.

Ini sama halnya apabila ada yang berkongsi cara untuk mencuci buah anggur dengan ubat gigi yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan lapisan wax atau lilin yang menyelaputi kulit buah tersebut.

Namun sejauh mana kebenarannya hanya yang mencuba mengetahuinya. Pun begitu, dari sudut kesihatan dan keselamatan buah tersebut untuk dimakan, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Mohd Khairul Izwan memberi pandangannya. Semoga ianya memberi manfaat dan ini perkongsiannya.

Merujuk kepada gambar screenshot di bawah, ada petua yang berlegar-legar di FB yang menyarankan penggunaan ubat gigi untuk membersihkan lapisan wax atau lilin yang ada bahagian kulit buah-buahan.

Saya bukanlah ahli kimia, jadi untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang lapisan lilin yang ada pada kulit buah itu bukanlah bidang kepakaran saya.

Namun sebagai seorang pengamal pergigian, satu pesanan saya agar orang ramai tidak mudah percaya dan mengamalkan petua sebegini.

Hilangkan Lilin Pada Buah Dengan Ubat Gigi,Itu Mengarut. Dr Gigi Ni Bagi Penjelasannya!

Ubat gigi dicipta untuk digunakan bersama-sama berus gigi bagi membersihkan gigi, membentuk lapisan gigi yang lebih kuat serta mencegah daripada berlakunya kerosakan gigi.

Ianya bukan dicipta untuk membasuh makanan.

Menurut seorang pakar pemakanan dari Universiti North Carolina State di Amerika Syarikat iaitu Benjamin Chapman serta Food and Drug Administration (FDA), memakan sabun atau ubat gigi boleh menyebabkan seseorang berasa sakit perut dan mual.

Bahan kimia yang terkandung di dalam sabun dan ubat gigi dapat merosakkan saluran pencernaan menerusi gejala seperti muntah, cirit birit dan sakit perut.

Walaupun sudah dibilas dengan air sehingga bersih, namun bahan kimia yang terdapat pada ubat gigi boleh menyerap ke dalam buah dan berpotensi menyebabkan seseorang mengalami gejala seperti yang disebutkan di atas.

Hilangkan Lilin Pada Buah Dengan Ubat Gigi,Itu Mengarut. Dr Gigi Ni Bagi Penjelasannya!

Jika anda rasa lapisan lilin tersebut tidak selamat untuk dimakan, sebaiknya kikis sahaja lapisan lilin tersebut ataupun kupas terus kulit buah sebelum anda memakannya.

Anda juga boleh membersihkan lapisan lilin tersebut dengan cara menggosok permukaan kulit buah menggunakan berus yang lembut/berus khusus di bawah air yang mengalir.

Hilangkan Lilin Pada Buah Dengan Ubat Gigi,Itu Mengarut. Dr Gigi Ni Bagi Penjelasannya!

Jangan bazirkan ubat gigi anda untuk membersihkan buah-buahan atau sayur-sayuran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemudaratan ke atas diri anda di kemudian hari.

Ingat, gunakan ubat gigi untuk memberus gigi anda, bukan untuk membasuh makanan ya. Jangan membazir!

Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar anda dapat menikmati buah anggur tanpa ragu-ragu.

“Anda jaga gigi, anda tidak rugi”.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Dr Mohd Khairul Izwan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI