Nak badan kembali sihat dan segar, tak perlu berbelanja ratusan untuk membeli produk. Guna cara tradisional aje untuk memastikan badan kembali sihat.
Hanya menggunakan bahan herba sahaja untuk kembali sihat.
Petua orang dulu-dulu kala, perempuan mesti amalkan.
Ikuti perkongsian wanita ini.
Ads
Air Rebusan untuk : -Bersihkan rahim -Buang angin -Pecahkan lemak -Naikkan seri muka -Mengurangkan sengugut
Bahan-bahan :
-Halia (2 ibu jari) Hiris Kasar2 -Kunyit hidup (1 ibu jari) -Serai (2 batang besar) kalau kecil letak dalam 3-4 batang -Daun Pandan (4 helai) -Madu -Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)
Ads
*Nak letak sireh pun boleh..Tak letak sebab takde sireh kat umah..
*Boleh letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe
Ads
Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Buat ni untuk 2 Cawan ye. Sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu.
Ini cara minum ye. kalau tak selesa ikut cara masing-masing” ok. Minum 1 gelas (suam) pastu off kipas dalam 5-10 minit. Biar badan tu rasa panas & berpeluh sikit. Jangan off lama-lama sgt nanti marah plak suami & famili uols haha. (Berkurung sorang-sorang dalam bilik masa minum ni) Kredit: Nyd Za
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susu badam mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit. Badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.
Jika dilihat kepentingan anak-anak mengamalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.
Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. 1 cawan badam boleh dapat 1.5 liter susu. Cukuplah untuk lima hari minum.
Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan
Cara penyediaan:
1.Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.
2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam pengisar dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh.
*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.
3. Sudah siap kisar terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.
CARA MENIKMATI SUSU BADAM
1.Dimakan bersama madu
Apabila sudah mendidih itu kira sudah siap. Senang bukan? Apabila sudah suam maka bolehlah diminum. Sebelum minum letakkan 1 sudu madu. Rasanya sedap, tiada rasa pelik. Kalau ada kurma, masukkan sekali. Tidak perlu masukkan madu. Cukuplah manis daripada kurma itu.
2. Smoothies
Boleh letak buah-buahan. Kalau tiada buah pun tidak mengapa. Boleh minum begitu sahaja. Boleh juga letak chia seeds jika suka.
Ekstra Tip:
Hampas badam tadi jangan dibuang pula. Rugi. Jangan membazir. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah.
Semuanya boleh berlaku sekelip mata sahaja, hari ini kita sihat mungkin esok lusa boleh diuji dengan masalah kesihatan yang boleh membataskan aktiviti harian.
Ini sebagaimana yang menimpa penyanyi terkenal Justin Bieber, baru-baru ini mendedahkan beliau mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.
Disebabkan itu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.
Bintang pop berusia 28 tahun itu yang pernah mempopularkan lagu ‘Baby’, berkata demikian melalui akaun Instagramnya pada Jumaat dengan berkongsi video tentang keadaan kesihatannya selama tiga minit.
Memetik laporan Sinar Harian, menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan kelumpuhan muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt berlaku buat sementara namun ia boleh menjadi kekal.
Mata kanan Bieber tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak semasa dia muncul dalam video tersebut.
“Hai semua Justin (Bieber) di sini, saya ingin memaklumkan anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali seperti yang anda boleh lihat wajah saya.
“Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya menerusi akaun Instagram. – Agensi
Sumber : Sinar Harian & IG @justinbieber
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu perkara yang begitu ditakuti oleh semua wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks. Mengesannya lebih awal adalah langkah bijak yang perlu dilakukan.
Terbaru, ancaman virus HPV pada kemaluan wanita secara berterusan boleh menyebabkan berlakunya pra kanser sekaligus mencegah kanser lebih awal.
Menurut perkongsian Berita Harian, jangkitan berlarutan virus “Human Papiloma” (HPV) yang menjangkiti bahagian kemaluan wanita menerusi hubungan kelamin perlu dikenal pasti dengan segera sebagai langkah awal mencegah penyakit kanser serviks.
Pensyarah dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohamad Nasir Shafiee, berkata virus ini biasa menjangkiti bahagian kemaluan wanita.
“Kira-kira 90 peratus daripada jangkitan ini bersifat sementara dan akan hilang. Namun, jangkitan berterusan boleh menyebabkan virus ini mengubah keadaan sel-sel di bukaan mulut serviks menjadi “garang” (dysplasia).
“Keadaan ini dipanggil prekanser, iaitu sebelum terbentuknya kanser. Peringkat ini penting untuk kita kenal pasti supaya pesakit dapat dirawat dengan cepat agar kanser tidak berlaku,” katanya.
Virus ini juga boleh menyebabkan beberapa kanser lain seperti vulva, vagina serta kanser anus dan zakar.
“Pesakit yang dijangkiti virus HPV juga berisiko mendapat ketuat (wart) di bahagian kelamin, serta keabnormalan sel pada organ kelamin.
“Kesedaran awal tentang virus ini boleh mencegah kanser serviks daripada menyerang wanita,” katanya.
Tambahnya lagi, wanita yang mengalami kanser serviks akan mengalami beberapa gejala. Ini termasuklah haid yang abnormal, keputihan dan banyak lagi.
“Mereka akan mengalami gejala seperti pendarahan haid abnormal, berdarah selepas hubungan kelamin, keputihan yang berpanjangan atau berbau.
“Sekiranya lambat datang, mungkin merebak hingga menyebabkan kencing berdarah, sakit di bahagian ari-ari atau tidak boleh kencing kerana saluran kencing tersumbat. Buah pinggang juga akan membengkak dan rosak,” katanya.
Ambil Vaksinasi HPV Cegah Kanser
Beberapa langkah pencegahan kanser serviks perlu dilakukan, dengan mengambil vaksinasi HPV seperti disyorkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) langkah permulaan yang baik.
“Malaysia kini sedang giat melaksanakan program vaksinasi dalam kalangan pelajar perempuan berumur 13 tahun. Bagi pelajar di sekolah swasta (bukan kerajaan) ibu bapa perlu cakna supaya membawa anak mendapatkan dos ini.
“Kajian menunjukkan vaksinasi ini mengurangkan risiko kanser setinggi 97 peratus. Walaupun dasarnya dos vaksin ini perlu diambil tiga kali, namun saranan dari WHO dan KKM baru-baru ini untuk memberikan satu dos sahaja kepada kanak-kanak kerana kadar perlindungan yang tinggi walaupun hanya satu dos,” kongsinya lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.