



Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
Salah satunya masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian adalah masalah sendi. Nak tahu penjelasan lanjut, ikuti penjelasan Dr ini.
Sakit sendi atau keradangan sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan sendi. Sakit sendi yang paling sering berlaku adalah arthritis dan gout.
Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membenarkan pergerakan. Sebagai contoh, sendi di kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan.
Semakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lalu menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.
Keadaan ini mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi tersebut.
PUNCA SAKIT SENDI
1. Umur
Umur yang semakin meningkat menyebabkan kawasan sendi kurang berfungsi dengan baik.
2. Jantina
Kebanyakan sakit sendi berlaku pada kaum wanita.
3. Genetik
Banyak penyakit melibatkan sendi yang berkait rapat dengan genetik, seperti arthritis dan gout.
4. Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi dan menyebabkan kecederaan di kawasan tersebut.
5. Kecederaan dan kemalangan pada sendi
Kecederaan yang lepas pada sendi akan menyebabkan ia tidak stabil dan mudah terdedah pada kecederaan baru.
6. Berlebihan kerja
Melakukan kerja berlebihan dengan postur badan yang salah boleh menyebabkan sakit sendi. Sebagai contoh, mengangkat barang yang berat boleh mencederakan kawasan sendi.
7. Menghidap penyakit lain
Keradangan sendi boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kronik lain seperti penyakit tulang dan saraf.
8. Jangkitan
Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan sendi.
SIMPTOM SAKIT SENDI
Selain rasa sakit, terdapat simptom-simptom lain yang menunjukkan bahawa sendi tersebut bermasalah. Di antara simptom sakit sendi adalah seperti berikut:
1. Sendi rasa tegang
2. Sendi bengkak dan merah
3. Sendi terasa lebih panas apabila disentuh
4. Pergerakan sendi yang terhad
5. Sendi tersekat (locking)
Selain itu, terdapat juga simptom-simptom sistemik yang lain seperti:
1. Demam
2. Ruam kulit
3. Sakit atau ketegangan di bahagian belakang
4. Lemah otot
5. Cirit birit
6. Muntah
7. Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
JENIS-JENIS SAKIT SENDI
Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang sering menyerang pesakit.
1. Osteoarthritis
Osteoarthritis merupakan sakit sendi yang paling sering dialami oleh pesakit. Sakit sendi ini berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis.
Ia berlaku sehingga tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Ia mengakibatkan tisu di kawasan tersebut cedera dan sakit.
2. Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis merupakan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Ia menyerang tisu di kawasan sendi dan menyebabkan keradangan berlaku.
Kebiasaannya, ia menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Ia menyebabkan sendi bengkak dan susah untuk digerakkan.
3. Gout
Bagi yang pernah mengalaminya, gout merupakan satu mimpi ngeri yang sangat menyakitkan. Ia berlaku apabila asid urik berkumpul di bahagian sendi. Lalu menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi.
Selalunya gout menyerang di kawasan ibu jari kaki. Ia menyebabkan sendi di kaki bengkak, merah dan berasa panas.
RAWATAN SAKIT SENDI
Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:
1. Rehat yang cukup
Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.
2. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit.
Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit.
Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.
3. Ubat tahan sakit
Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.
4. Lakukan regangan dan senaman
Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah:
1. Hamstring stretch
2. Calf stretch
3. Hamstring curls
4. Knee rolls
5. Straight leg raises
5. Rawatan fisioterapi
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad\
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas, berjerebu dan sekarang ini kerap pula hujan, secara tidak langsung turut terkesan pada tubuh. Biasanya seseorang itu akan lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti demam, selesema dan sebagainya.
Pun begitu, diperingkat awal sebelum tubuh mengalami sakit teruk biasanya petanda yang dapat dirasakan adalah sakit tekak. Bila ini yang terasa, sebaiknya carilah rawatan agar penyakit tidak serius. Andai malas untuk ke klinik, boleh cuba petua merawat tekak secara alami yang dikongsikan oleh No Or ini. Jom semak.
7 PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK
Cik No nak kongsi 7 Petua hilangkan sakit tekak dengan sumber semulajadi. Jom tengok
1. LEMON – kuatkan sistem antibodi badan
Minum air suam yang dicampur dengan perahan sebiji lemon dan 1 sdb madu asli.
Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk hasil yang cepat.
2. MADU – antibakteria, antivirus dan antikulat.
Madu boleh diambil terus atau dicampur dengan air suam atau pun teh panas. Minum di awal pagi.
**Pastikan korang ambil madu asli.
3. AIR GARAM – kurangkan bengkak
Campurkan 1 sdb garam dengan air suam dan kumur.
Amalkan sekurang-kurangkan 3 kali sehari untuk kesan yang terbaik.
4. KUNYIT SERBUK (Bengkak tongsil) – antibakteria dan antivirus
Campur susu panas dengan serbuk kunyit semulajadi untuk redakan rengsa sakit tekak.
Amalkan susu kunyit ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
5. CENGKIH
Campurkan 1 sdt serbuk cengkih dengan air suam . Kacau sehingga sebati dan kumur selama 3 saat. Kemudian buang.
Ulang langkah ini hingga air campuran habis.
6. TEH PANAS – antioksida
Minum air teh yang agak panas. Antara teh yang
dicadangkan teh hijau atau teh halia.
7. ICE CREAM VANNILLA (dalam bekas)
Tapi elakkan untuk minum air batu ketika sakit tekak. Air batu boleh burukkan lagi sakit tekak yang dialami.
Kalau dah amalkan semua petua pun, masih tak jalan, sila terus jumpa dengan lah doktor ye. Jangan biarkan aja tanpa penyelesaian.
sumber : No Or
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Bangun pagi celik mata yang dicari pastinya secawan kopi atau teh panas. Itu sudah menjadi kebiasaan sebelum memulakan kerja di pejabat. Rasa tak lengkap bila tidak ‘pekena’ secawan air yang likat, pekat dan manis ini.
Tapi, benda sedap ni ada bahayanya, lagi lagi kalau hari-hari diamalkan. Boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Sebagai wanita dan ibu kepada anak-anak, bila usia makin meningkat kenalah ada kesedaran untuk amalkan gaya hidup sihat.
Semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko kepada pelbagai jenis penyakit. Jadi kenalah amalkan makanan yang sihat demi untuk keluarga, terutama anak-anak.
Apa kata ubah gaya hidup anda daripada secawan teh tarik misalnya dengan secawan lemon panas setiap pagi. Bunyi macam mudah tapi nak tukar rutin itu agak susah. Lagi lagi dengan minuman ini.
Usah risau, apa kata ibu-ibu cuba dahulu tiga resipi ini. Mana tahu sesuai sekaligus buat anda tertarik. Lama-lama nanti jadi rutin pasti anda sukakannya. Kesihatan pun lebih terjamin kan. Jom cuba!
#LEMON HALIA
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
Sedikit halia
Chia Seed
1. Potong halia nipis dan rendamkan di dalam air panas bersama chia seed.
2. Perahkan sehiris lemon. Kacau rata.
3. Biarkan direndam seketika hingga air suam.
4. Sedia diminum.
#LEMON MADU
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 sudu makan madu
1. Perahkan jus lemon ke dalam air panas.
2. Letakkan madu dan sedia diminum.
#LEMON PUDINA
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
2 helai daun pudina
Sedikit hirisan timun
1. Satukan semua bahan bersama air panas.
2. Kacau sebati dan biarkan seketika.
3. Sedia diminum.
Kelebihan Lemon Panas Di Waktu Pagi
Ini kelebihan yang semua wanita kena ambil tahu bila anda ambil secawan lemon panas setiap pagi. Bukan sahaja untuk sihat, paling win, untuk kecantikan kulit dan dalaman. Hebat!
1. Cegah Dehidrasi
Perut yang kosong sepanjang waktu tidur buat tubuh kita mengalami dehidrasi. Akibatnya tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya. Inilah yang menyebabkan adanya toksin, sembelit dan tidak kurang stress pada tubuh. Mengambil secawan lemon panas di waktu pagi dapat mencegah dehidrasi sekaligus membuang racun dan toksin dalam tubuh.
2. Singkir Toksin Semulajadi
Walaupun lemon jenis berasid, namun menakjubkan lemon merupakan sumber alkali yang boleh menyeimbangkan PH dalam badan. Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi.
3. Kulit Bersinar
Bonus bagi kulit. Mengambil secawan lemon suam juga dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Jadi tak perlulah guna pelbagai produk, minum sahaja lemon setiap pagi.
4. Tubuh Lebih Kebal
Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
5. Kurangkan Berat Badan
Sama seperti buah sitrus lain, lemon mengandungi pektin dan serat larut. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat pula buat kita rasa kenyang. Ditambah pula dengan pembuangan toksin dari tubuh, buat berat berjaya dikurangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
