Keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas, berjerebu dan sekarang ini kerap pula hujan, secara tidak langsung turut terkesan pada tubuh. Biasanya seseorang itu akan lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti demam, selesema dan sebagainya.
Pun begitu, diperingkat awal sebelum tubuh mengalami sakit teruk biasanya petanda yang dapat dirasakan adalah sakit tekak. Bila ini yang terasa, sebaiknya carilah rawatan agar penyakit tidak serius. Andai malas untuk ke klinik, boleh cuba petua merawat tekak secara alami yang dikongsikan oleh No Or ini. Jom semak.
7 PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK
Cik No nak kongsi 7 Petua hilangkan sakit tekak dengan sumber semulajadi. Jom tengok
1. LEMON – kuatkan sistem antibodi badan
Minum air suam yang dicampur dengan perahan sebiji lemon dan 1 sdb madu asli.
Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk hasil yang cepat.
Ads
2. MADU – antibakteria, antivirus dan antikulat.
Madu boleh diambil terus atau dicampur dengan air suam atau pun teh panas. Minum di awal pagi.
**Pastikan korang ambil madu asli.
3. AIR GARAM – kurangkan bengkak
Campurkan 1 sdb garam dengan air suam dan kumur.
Amalkan sekurang-kurangkan 3 kali sehari untuk kesan yang terbaik.
Ads
4. KUNYIT SERBUK (Bengkak tongsil) – antibakteria dan antivirus
Campur susu panas dengan serbuk kunyit semulajadi untuk redakan rengsa sakit tekak.
Amalkan susu kunyit ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
5. CENGKIH
Campurkan 1 sdt serbuk cengkih dengan air suam . Kacau sehingga sebati dan kumur selama 3 saat. Kemudian buang.
Bone Broth? Apa tu, kedengaran janggal pada telinga yang tidak biasa dengannya. Tetapi bagi ibu-ibu yang mementingkan kesihatan anak dan keluarga, pasti pernah mendengar atau menyediakan bone broth atau sup rebusan tulang.
resipi ini dikatakan amat bagus untuk diberikan kepada anak-anak khususnya buat bayi. Kandungan vitamin yang tinggi, memudahkan makanan dihadam dan tinggi dengan gelatin antara khasiat yang ada dalam resipi ini.
Cara saya buat ‘Bone Broth’ untuk seisi keluarga dan tidak hanya fokus pada baby semata-mata.
Bahan : ? 1 ekor rangka ayam (RM1.50) ? 1 kg kaki ayam (RM3.50) ? 12 cawan air ? 3 sudu besar cuka ? 2 bunjut Sup Bunjut Adabi ? 1 Labu Bawang Besar (potong 4) ? 3 ulas Bawang Putih ? Hirisan Halia ? 1 biji tomato (potong 4) ? 1 batang sederhana carot ? 1 batang celery (potong panjang) ? 1 batang leek (potong panjang) ? Slow Cooker / Pressure Cooker 5 liter
Nota kaki : ? Sekiranya sahabat semua keliru keaslian Pressure Cooker ada campuran aluminium @ stainless steel sepenuhnya, sebagai langkah mudah, gunakanlah Slow Cooker. InsyaAllah selesai masalah sahabat2 semua.
? Khasiat Sayur Leek untuk bayi, kanak-kanak dan seluruh isi rumah antaranya: ?? merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah ?? melindungi dari jangkitan pernafasan ?? meningkatkan kesihatan pencernaan ?? membantu dalam perkembangan saraf juga membersihkan sistem penghadaman
Kebaikan tersembunyi sayur leek antaranya:
Kaya dengan blood protein – leek sangat tinggi iron itu sebabnya ia boleh mengekalkan ke aktifan dan tenaga anak-anak, ia membantu kanak-kanak mengekalkan apa-apa jenis keperluan tenaga seharian mereka.
Vitamin C yang terdapat pada leek menolong memastikan anak-anak menyerap kandungan iron ke dalam badan oleh itu untuk anak sentiasa enegetik dan kekal aktif sepanjang hari pastikan leek sentiasa ada pada menu anak anda.
Nilai perubatan yang tinggi – leek juga sebagai antiseptic dan anti keradangan apabila anak luka ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka atau bengkak. anak-anak yang aktif ni kekadang mudah terjatuh dan akan menyebabkan mereka terluka atau bengkak di bahagian badan kan so sayuran leek ini boleh mepercepatkan proses penyembuhan luka.
Seterusnya, saya sertakan juga perkongsian daripada Doktor Suriyakhatun.
BETAPA BERKHASIATNYA ‘BONE BROTH’
Saya memang selalu suruh ibu bapa buat ‘bone broth’.
Hanya dua bahan yang wajib: 1. Tulang 2. Cuka
Ramuan lain adalah untuk berikan rasa yang sedap .
Cuka untuk pastikan yang zat galian daripada tulang akan larut ke dalam sup.
Guna ‘slow cooker’ atau ‘pressure cooker’.
Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mi, asas kari dan lain-lain.
Tulang yang dimaksudkan ialah tulang ayam dan kaki ayam, ikan, lembu dan kambing. Ikan bilis pun ada tulang jika tidak dibuang .
Laksa pun sup tulang sebab ada tulang ikan dan asam.
Masak singgang atau asam pedas pun sup tulang juga.
‘Think out of the box’ dan pastikan keluarga mengambil ‘bone broth’ sekerap mungkin. Bagi bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar, hari-hari.
??JENIS PERIUK??
Soalan: Guna periuk biasa boleh tak doktor?
Dr. Suriyakhatun: Asalkan bukan aluminium dan api kecil, rebus 4 jam.
Soalan: Boleh doktor terangkan kenapa tak boleh guna periuk aluminium?
Dr. Suriyakhatun: Aluminium larut jadi racun.
Soalan: Saya selalu buat dalam ‘rice cooker’, boleh tak doktor? 2 – 3 jam juga saya rebus.
Dr. Suriyakhatun: Periuk ‘rice cooker’ aluminium biasanya.
Soalan: Dr. Suriyakhatun, boleh guna periuk kaca tak…macam Pyrex ke?
Dr. Suriyakhatun: Kaca boleh tetapi kena lama, 4 jam.
Soalan: Kalau guna periuk ‘non-stick’ boleh ke?
Dr. Suriyakhatun: ‘No’. Periuk ‘non stick’ ada kimia.
??ISU CUKA??
Soalan: Salam Doktor. Boleh saya tahu cuka apa yang digunapakai untuk resepi ‘bone broth’ ini?
Dr. Suriyakhatun: Tak kira cuka apa pun asalkan ada asidnya. Tak guna cuka pun boleh, guna asam keping. Tak perlu banyak satu sudu besar cukup.
Soalan: Cuka epal boleh tak?
Dr. Suriyakhatun: Boleh.
Soalan: Terima kasih doktor. Kalau cuka digantikan dengan ‘lemon juice’ boleh ke? Sebab sifatnya sama asid.
Dr. Suriyakhatun: Boleh.
??REMEDI GOUT??
Soalan: Doktor, kalau sup tulang lembu…pesakit gout selamat tak untuk makan?
Dr. Suriyakhatun: Boleh, jangan makan dagingnya, ambil sup sahaja.
??RESEPI MASAKAN??
Soalan: Dr. Suriyakhatun yang dihormati, 1 sudu cuka anggaran untuk berapa ml air? Bolehkah masukkan bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dalam ‘bone broth’ ini untuk bayi 7 bulan?
Dr. Suriyakhatun: Satu sudu besar cuka, 4 cawan air. ‘Baby’ boleh makan.
?? Tahniah pada sesiapa yang baca sampai habis & memahaminya.. ?? ??Semoga Bermanfaat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesihatan menjamin kita dapat menjalani kehidupan dengan gembira. Namun apabila mengabaikannya ia akan menjejaskan kualiti hidup.
Malah jangan anggap masalah kesihatan yang biasa-biasa itu, biasa aje, sedangkan ia boleh menjadi pencetus yang boleh teruk.
Sebagaimana penjelasan oleh Dr Ezairy M. Sallih yang merupakan pakar ENT bahawa, masalah ulser bukan hal yang biasa. Ia perlu diberi perhatian. Jika di berlarutan, perlu dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut. Bimbang ia menjadi pencetua kepada kanser mulut.
Ikuti informasi doktor ini.
JANGAN BIARKAN ULSER MULUT BERLARUTAN
Lelaki ini berusia empat puluh tahun. Tak pernah sekali pun meninggalkan rawatan di hospital. Segala bentuk rawatan sudah dijalaninya.
Daripada pembedahan untuk membuang sel kanser di dalam mulutnya, kemudian pembedahan kedua yang juga melibatkan bahagian leher, sesi rawatan bersama doktor onkologi dan juga rawatan susulan, kesemua rawatan ini dilaluinya dengan sabar dan penuh kesabaran.
Alhamdulillah, hari itu beliau masih lagi sihat. Kalau tidak ada yang bertanya, tidak siapa pun tahu bahawa lelaki ini pernah melalui sebegitu banyak ujian di dalam hidup. Tak semua orang mungkin mampu untuk melalui. Hebat beliau ini.
Pernahkah anda mengalami ulser di dalam mulut yang tidak sembuh-sembuh? Pernah mendengar mengenai kanser mulut?
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :
* Lidah
* Lantai mulut
* Lapisan dalam pipi
* Gusi
* Lelangit
* Bibir bawah
Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan ia berlaku? Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :
* Merokok
* Mengunyah tembakau
* Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
* Minum alkohol yang berlebihan
* Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
Justeru pelbagai langkah yang boleh dilakukan bagi mengenalpastinya pada peringkat awal. Pengesanan awal adalah amat penting.
* Anda perlu pastikan bahawa berada di bahawah cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan jari untuk melihat bahagian dalam mulut.
* Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
* Cuba gunakan jari anda sendiri untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor.
Bilamana anak-anak tidak sihat dan mula muntah-muntah biasanya kita akan berasa resah gelisah, apatah lagi jika muntah berkali-kali. Memahami cara terbaik untuk berdepan dengan situasi ini, perkongsian info daripada seorang doktor ini sangat memberi manfaat. Jom semak.
APA NAK BUAT BILA ANAK MUNTAH?
Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.
Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak-kanak muntah.
Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.
Penyebab kanak kanak muntahadalah:
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan
– akan sembuh dalam 1-3 hari.
2. Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan
– sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.
– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.
3. Keracunan
– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.
4. Masalah usus
– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.
5. Jangkitan kuman yang lain
– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.
Penyebab muntah kepada bayi adalah :
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
2. Gastroesophageal reflux
– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.
3. Alahan makanan atau bahan lain
4. Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.
5. Masalah kongenital
– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.
6. Intussusception
– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.
7. Strangulated hernia
– Angin pasang bersimpul.
8. Terlebih makan atau minum.
Ok, bila kita perlu risau bila anak kita muntah?
1. Muntah yang melebihi 24-28 jam
2. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu)
3. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas)
4. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk
5. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu
6. Anak kurang makan dan minum
7. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering
– Menangis tapi tiada air mata
– Lesu dan nampak celaru
– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)
8. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk
9. Asyik mengadu sakit /menangis
10. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.
11. Perut kelihatan kembung atau keras.
12. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.
Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.
Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya.
Perhatikan anak anda sebaiknya. Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.
Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor.
Masa adalah nyawa.
Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:)
1. Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
2. Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
3. Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
4. Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
5. Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
6. Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
7. Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.
Jadi, apa yang perlu dibuat untuk merawat?
Saya senaraikan dalam gambar di bawah ya
Nota kaki : Anak kita, amanah kita. Anak kita, bukan anak mereka
sumber : Dr. Erna Nadia
Kebersihan itu sebagian dari iman
(HR. Ahmad)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.