Hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, pelitup muka, topeng muka, sarung tangan dan sebagainya antara yang menjadi keperluan sejak berlakunya pandemik covid-19.

Terbaru ada pula tentang keperluan penggunaan spray gun atau alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Dalam satu perkongsian, suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari juga menasihatkan agar orang ramai memahami risiko penggunaan Spray Gun.

“Mudarat Kulit, Mata… Risiko Salah Cara Guna.” Ingatkan Okay, Rupanya Ada Risiko Bila Guna Spray Gun, Ini Nasihat Dr Izzar!“Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.

“Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.

“Mudarat Kulit, Mata… Risiko Salah Cara Guna.” Ingatkan Okay, Rupanya Ada Risiko Bila Guna Spray Gun, Ini Nasihat Dr Izzar!Jelas Dr Izzar pagi, antara risiko yang perlu diberi perhatian adalah:

1. Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan

2. Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.

“Mudarat Kulit, Mata… Risiko Salah Cara Guna.” Ingatkan Okay, Rupanya Ada Risiko Bila Guna Spray Gun, Ini Nasihat Dr Izzar!3. Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.

Jelas Dr Izzar lagi, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah memadai untuk mengurangkan COVID-19.

IKLAN

“Mudarat Kulit, Mata… Risiko Salah Cara Guna.” Ingatkan Okay, Rupanya Ada Risiko Bila Guna Spray Gun, Ini Nasihat Dr Izzar!

“Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19.

“Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat.

“Mudarat Kulit, Mata… Risiko Salah Cara Guna.” Ingatkan Okay, Rupanya Ada Risiko Bila Guna Spray Gun, Ini Nasihat Dr Izzar!“Jadi, bagi saya untuk penggunaan rumah, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehlah bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Sementara Itu, menurut Dr Sashini Seeni di forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call (DOC), tiada kajian yang menujukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas. Selain ituamalkan langkah pencegahan lain seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.

“Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci. Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.

IKLAN

“Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang. Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin. Pakai pelitup muka di tempat awam,” jelasnya.

Sumber: izzar

ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Mudarat Kulit, Mata… Risiko Salah Cara Guna.” Ingatkan Okay, Rupanya Ada Risiko Bila Guna Spray Gun, Ini Nasihat Dr Izzar!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI