Kacang bendi bukan sahaja penyedap gulai kari tapi banyak digunakan untuk masakan. Kajian juga mendapati kacang bendi kaya dengan flavonoid yang membantu melindungi tubuh daripada kanser paru-paru dan mulut.

6 tips untuk goreng bendi ni supaya tak berlendir semasa digoreng.

Petua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

1. Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.

2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh jer keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.

3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.

4. Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi tu berlendir lebih.

5. Masa masukkan bendi dalam kuali, baru di besarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.

IKLAN

6. Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng tu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.

Resipi Bendi Goreng Bilis
Bahan-bahan:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara-cara:
Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
– Segengamikan bilis di cuci bersih.
– Tauhu potong dadu.
– Bawang putih potong kasar atau diketuk
– Cili merah potong serong nipis.

Petua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

PANASKAN KUALIPetua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

IKLAN

Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan

Petua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu

Petua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

IKLAN

Bila tauhu dah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ni garing sedikit. Masa ni masukkan sedikit garam, adjustkan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis tu dah masin.

Petua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah. Kahkahkah

Petua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

Dah siap ‘Bendi Goreng Bilis’ . Siap dihidang dah ni. Wahhh. Nampak bendi tu segarkan.

Petua Goreng Bendi Kekal Rangup Dan Tak Berlendir. Ini Caranya!

Sumber:Mohd Rozmie

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI