Pasti ada antara kita yang menghadapi masalah baju berbintik-bintik hitam kan? Ketahuilah itu sebenarnya kulat yang tumbuh pada baju akibat baju tersebut tidak kering atau lembap.
Dah basuh banyak kali pun masih tidak hilang? Jangan risau , kami ada petua untuk korang hilangkan bintik hitam tersebut. Ikut cara ini :
1. Campur cuka dalam setengah liter air
2. Rendam pakaian yang berbintik hitam ke dalam air campuran cuka semalaman.
3. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Sediakan air panas yang dah dicampur dengan limau nipis.
Ads
5. Bilas pakaian dengan air suam hangat campuran limau nipis tadi.
6. Biar pakaian anda seketika dalam air suam campuran limau nipis.
7. Kemudian, cuci kembali guna sabun atau detergen
8. Bilas guna air bersih
Ads
9. Kemudian, jemur sampai kering
Info
Asid pada cuka dan limau nipis dipercayai boleh menghilangkan bintik hitam atau jeragat hitam pada pakaian.
Viral di socmedia kisah seorang guru di rai sempena pesaraanya setelah berkhidmat selama 35 tahun sebagai guru matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) telah diberi menerima sebuah kereta produa Aruz sempena pesaraannya.
Lebih manis, guru berkenaan juga bakal menyambut hari lahir pada 16 Disember ini. Kisah guru bernama Ahmad Bidin, 58 yang mendidik pelajar-pelajarnya sejak 1986 begitu inspirasi.
Meninjau di socmedia salah satunya menerusi perkongsian facebook milik puan Siti Suryani Yaakop yang melahirkan rasa kagum melihat bekas pelajar sekolah berkenaan berusaha mengumpul duit untuk membalas jasa guru kesayangan ramai itu.
Sepakat kongsi duit balas jasa guru
Semalam terbaca kisah cikgu ni. Cikgu nak bersara. Masa majlis persaraan tu, terkejut cikgu bila tengok anak muridnya semua sama-sama kongsi duit belikan beliau kereta. Lepas tu saya baca komen ramai orang di bawah tu. Ada antaranya anak murid beliau sendiri yang komen.
“Cikgu layak dapat lebih. Tapi ni je kami mampu bagi”. “Cikgu sangat baik. Tak pernah cakap buruk pasal kami”. “Cikgu selalu kata kami semua memang dah pandai. Cuma belum jumpa cara je lagi”.
Cikgu tu sendiri pula cuma kata begini. Beliau cuma cikgu biasa. Yang bagus tu adalah pengetua, cikgu lain dan muridnya sendiri.
Apa yang kita boleh belajar dari sini.
Pertamanya. Kisah orang rendah diri. Dan baik hati. Orang lain semua bagus. Dia biasa je. Tak cerita apa pun baik dia. Tapi orang tahu dia baik dan terbaik.
Hidup dalam akhir zaman ni memang kebanyakkan orang akan berlumba-lumba nak tunjuk dia yang terpaling sempurna. Baik. Pandai. Hebat. Kaya.
Namun baiknya kita, pandainya kita, hebatnya kita, kayanya kita tidaklah sampai ke level mana sekiranya cuma kita yang rasa. Tapi tidak sampai hasilnya pada orang lain dikeliling kita.
Keduanya. Cikgu kata anak murid dia semua dah pandai pun. Cuma belum jumpa cara. Sangkaan baik pada orang lain akan buat satu perkara ni. Buat kita rasa rendah diri. Dan percaya orang lain pun boleh cuma masanya belum tiba lagi. Apatah lagi nak pandang buruk pada orang lain yang tak punya sama kesempatan rezeki. Benda ini akan buat kita layan semua orang dengan rasa ringan hati.
Ketiganya. Cikgu kata pengetua baik. Kawan kerja baik. Murid baik. Semua orang baik. Saya kira begitulah cikgu hidup dengan orang lain juga.
Menanam rasa semua orang lain lebih baik dari kita ni bukan benda mudah dan biasa. Lagi pula bila orang tu terlihat kurang dek ujian pandangan mata kita. Kadang kita manusia ni Tuhan uji cuma dengan sedikit saja kelebihan pun sudah jadi sombong mendabik dada.
Benar sekali pesan suami saya. “Kalau kita memang orang yang bagus, kita tak perlu bagitahu orang. Orang tahu. Sebab bagus kita tu bukan kita yang rasa-rasa tapi orang lain yang merasa kesan bagusnya seorang kita”.
Kerana itu semua nikmat adalah kelebihan. Juga beban ujian pada masa yang sama. Dan untuk meringankan kelebihan dan beban ini, perlu diletak di atas semuanya adalah… Akhlak.
Kagum jasa guru
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan cara guru berkenaan. Malah ada juga bekas pelajar guru berkenaan berkongsi kisah dan jumlah kutipan.
Apa yang pasti ini, ia sebuah kisah yang sungguh inspirasi untuk seorang guru. Benarnya jasa guru itu amat bernilai untuk mendidik anak bangsa. Tiada tolok bandingnya.
Siapa yang tak ingin menimang cahaya mata setelah melangkah ke alam rumah tangga? Setiap pasangan pastinya mahu merasa dipanggil ‘ibu’ dan ‘ayah’, berkongsi kasih sayang dengan si kecil dan melihat mereka membesar di depan mata.
Begitu juga dengan lelaki yang pernah bergelar Duda Idaman Malaya, Abil Fikri Ahmad, 50, yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya jam 1.37 tengahari semalam.
Bayi lelaki itu selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.1 kilogram di Hospital Putrajaya.
Malah, berita gembira ini jadi lebih bermakna buat Abil Fikri apabila dia dapat menemani isterinya sepanjang proses bersalin.
Menerusi Sinar Harian, pakar motivasi itu menjelaskan isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, sepatutnya dijangka bersalin pada 24 September tetapi dipaksa masuk ke hospital pada Isnin lalu kerana berlaku pendarahan.
“Pada waktu itu doktor beritahu kemungkinan isteri akan bersalin dan saya pun ingatkan kami akan dapat anak sempena Hari Malaysia, 16 September. Tapi, nampaknya baby tak mahu keluar lagi.
“Jam 7.30 pagi tadi, isteri saya telefon beritahu yang dia sudah ditolak ke bilik bersalin dan Alhamdulillah saya dapat teman isteri melahirkan anak kami.”
Abil menjelaskan dia sudah bertekad untuk menemani isterinya di bilik bersalin sejak awal kehamilan sebagai tanda penghargaan pengorbanannya mengandung sembilan bulan.
Dia juga berpendapat yang ia wajar bagi seseorang lelaki yang bergelar suami untuk menghormati isteri mereka kerana tidak mudah untuk melahirkan seorang anak.
“Selama ini kita biasa dengar saja wanita cakap sakit bersalin tapi kali ini saya tengok sendiri bagaimana isteri menahan sakit dan ia sungguh menginsafkan.
“Sebaik melihat anak saya selamat dilahirkan, air mata saya bergenang dan sukar dijelaskan perasaan gembira dan rasa syukur itu.
“Selepas ini tanggungjawab saya jadi lebih besar dan dengan lahirnya anak saya yang kami berikan nama Aidan Mikhael ini, ia juga penyambung kasih hidup saya yang pernah diberi gelaran Duda Idaman Malaya,” katanya secara berseloroh.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua wanita ingin mempunyai suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Bahkan mempunyai Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.
Namun, konflik dalam rumahtangga akan berlaku apabila suami mula melebihkan ibunya. Lebih membimbangkan suami tanpa sedar telah membuatkan isteri rasa terabai.
Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustazah Asmak Husin berkongsi luahan hati isteri apabila suami melebihkan ibunya berbanding dirinya hingga mengabaikan perasaan isteri. Lebih mengejutkan, rupanya Ustazah Asmak Husin banyak mendapat DM yang meluahan situasi yang sama.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Ustazah, macam mana saya nak buat ya, suami saya selalu lebihkan mak dia sampai perasaan isteri dia terabai? Asyik-asyik nak menangkan mak dia ja dari saya” Banyak sangat saya dapat DM soalan macam ni. Isu suami lebihkan mak sendiri sehingga isteri di sisi terasa hati.
Gini, pertama sekali kita kena faham “syurga suami ada pada maknya dan syurga bagi seorang isteri ada pada suaminya”. Bila kita faham konsep macam ni, kita akan mudah nak bertolak ansur.
Tapi jangan pula terlalu ambil mudah. Setiap orang ada peranan masing-masing. Contohnya si suami, dia kena hormati mak dia dan dalam masa yang sama kena juga jaga perasaan si isteri. Kadang mak mertua ada sikap cemburu dengan menantu sendiri disebabkan baginya menantu seolah-olah nak ambil anak diaPadahal si menantu tak punya niat yang macam tu pun.
Si isteri yang bertanya saya tadi siap cerita yang mak mertua dia selalu tuduh dia macam-macam padahal dia tak buat pun macam tu. Si isteri cuba berbincang dengan si suami, alih-alih dia juga kena marah dan dipersalahkan.
Wahai lelaki, cuba bezakan mana perkara yang benar dan batil. Kalau kita tahu benda tu tak betul, kita lah betulkan semula dan memperjelaskan perkara yang benar. Jangan disebabkan kita kata “Syurga aku di bawah telapak kaki ibuku” kita betulkan perkara salah yang mak kita buat. Tak betul konsep macam tu.
Nasihat saya kepada si isteri yang bertanya tadi,
1) Sabar dan terus berbuat baik. Setiap orang ada ujian masing-masing. Awak diuji dengan karenah mak mertua. Orang lain diuji dengan masalah kewangan, anak dll 2) Cuba berbincang dengan suami elok-elok, bagi tahu apa yang sebetulnya perkara perlu dibaiki 3) Buat benda yang awak boleh kontrol ja, yang diluar kawalan awak, biarkan ja. Mana-mana yang mengalami masalah yang sebegini moga terus sabar dan berdoa supaya suatu hari nanti hati ibu mertua dilembutkan dan dapat terima awak sepenuhnya. in shaa Allah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.