Masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh berlaku jika tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak baik melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.
Jangkitan melalui pemakanan boleh berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.
Begitu juga kulit kanak-kanak terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.
Ads
Untuk ibu bapa yang ingin mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh mencuba petua yang dikongsikan oleh Wan Normamenerusi Facebooknya.
Malam ni nak share sikit tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.
Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:
Bahan
Ads
Asam keping
Garam
Air
Ads
Cara:
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
Amalkan selama dua atau tiga hari.
Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejuk Perut Ibu Mengandung! Baru 24 tahun Dapat Gelaran Syahadah Ula, Layak Mengajar Tahfiq Seluruh Dunia.
Bertuahnya ibu bapa kepada anak ini apabila pada usia yang muda telah berjaya menghafaz Al-Quran sehingga mendapat gelaran Syahadah Ula . Bukan calang-calang mampu berbuat demikian pada usia yang muda yang perlu melalui beberapa ujian sesi bacaan.
Menghafalkan al Quran memiliki pahala yang sangat besar bagi umat Muslim. Kitab suci berisi ayat-ayat Tuhan yang dihafalkan akan bernilai ibadah jika dihafalkan sekaligus diamalkan.
Menerusi perkongsian Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi facebooknya mengucapkan tahniah kepada hantarannya melalui Facebook pada 22 Ogos 22.
Prof. Dr. Zainur Rashid telah menzahirkan ucapan tahniah kepada seorang gadis yang barus sahaja berusia 24 iaitu Iman Binti Asri yang telah mendapat gelaran ‘Syahadah Ula al-Fateh’.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tahniah Iman Binti Asri, pemegang gelaran ‘Syahadah Ula al-Fateh’. Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat.
Beliau adalah di antara beberapa orang bergelar ‘Syahadah Ula al-Fateh’, tatkala lulus dengan jayanya, semakan tahfiz 30 juzuk Al-Quran oleh 4 orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam.
Beliau kini memiliki sanad tahfiz 30 juzuk Al-Quran yang melayakkannya untuk mengajar tahfiz di mana-mana negara di seluruh dunia.
KENALI GELARAN SYAHADAH ULA
Menerusi perkongsian Sinar Plus, Syahadah memiliki tiga peringkat dan peringkat paling tinggi adalah Syahadah Ula. Peringkat ini juga dikenali dengan nama lain iaitu, Syahadah Ulya.
Sebelum mencapai tahap tertinggi ini, terdapat dua peringkat yang perlu ditempuhi iaitu Syahadah Thalisah dan Syahadah Thaniah.
Syahadah Thalisah, peringkat terendah dalam Syahadah mengambil masa tiga hari untuk khatam, iaitu satu hari diperuntukkan untuk menghabiskan 10 jusuk al – Qur’an. Perimgkat seterunya, Syahadah Thaniah pula mengambil pelajarnya membaca 15 juzuk al-Qur’an dalam sehari.
Apabila pelajar berjaya lulus kedua-dua peringkat sebelum ini, barulah mereka layak untuk menduduki ujian kelayakan Syahadah Ula.
SYARAT – SYARAT MENDAPAT SYAHADAH ULA AL – FATEH
Untuk mendapatkan gelaran ini, difahamkan hafalan 30 juzuk al – Qur’an pelajar akan disemak kira-kira 17 jam oleh empat orang panel penguji.
Kualiti hafalan untuk mendapatkan gelaran ini sangat tinggi iaitu hafalan pelajar tidak memerlukan sepuluh pembetulan atau lebih dalam 30 juzuk semakan hafazannya. Para penghafal al – Qur’an juga tidak boleh silap lebih daripada sepuluh kali bagi setiap juzuk semakan hafazan.
Akhir sekali, sekalung ucapan tahniah kepada Saudari Iman binti Mohd Asri. Semoga negara kita dapat merevolusikan bidang hafazan dan melahirkan lebih ramai penghafal al – Qur’an pada masa yang akan datang.
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan kehidupan bahagia sehingga till jannah. Hubungan yang terjalin sekian lama sudah tentu ada pasang surutnya, ada suka dukanya. Bak kata perpatah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, hakikatnya memerlukan bahasa cinta tersendiri agar rumahtangga sentiasa mesra selalu. ‘
Bahasa cinta bukan sekadar pemberian wang ringgit tetapi, apa sahaja yang membuatkan pasangan berasa dihargai dan dicintai.
Sebagaimana perkongsian oleh Pakar Bius ini,Hana Hadzrami yang berpendapat hubungan mesra suami isteri boleh disemamarakkan apabila mempunyai pasangan saling menjaga hati pasangan.
Ikuti perkongsiannya. Sungguh terkesan dalam hati.
Bahasa Cinta
Di sini anda cuma nampak gambar sekeping thosai dengan kuah chutney kelapa. Namun pada saya, ini adalah salah satu daripada bahasa cinta suami untuk saya. Thosai dibeli khas untuk saya sebagai sarapan pagi, usai pulang keletihan on call.
Seorang sahabat pernah memberitahu, suaminya kalau nak tunjuk sayang, dia akan belikan durian. Bukan dengan sejambak bunga atau intan berlian.
Thosai, durian, bunga, dan intan berlian cuma objek yang menyampaikan perasaan. Objek itu akan ditafsirkan sebagai kasih sayang hanya jika si penerima bijak menafsirkan bahasa cinta si pemberi.
Pernah dengar seorang isteri sanggup berpisah dengan suami yang baik dan rajin kerana tergila-gilakan lelaki yang menaburkan wang ringgit dan harta untuknya?
Pernah dengar seorang suami sanggup meninggalkan isteri yang bersusah payah berkorban untuknya hanya tergila-gilakan perempuan genit yang pandai bermanja-manja?
Sebahagian besar sengketa rumahtangga terjadi kerana suami isteri tak pandai menggunakan dan menafsirkan bahasa cinta.
Ada 5 jenis bahasa cinta universal* antara dua individu (tidak semestinya pasangan hidup saja):
1. Kata-kata penghargaan 2. Pemberian hadiah 3. Pertolongan dan pengorbanan 4. Sentuhan 5. Luangan masa yang berkualiti
Tak semua orang perlukan kelima-lima bahasa cinta untuk merasa bahagia.
Ada orang yang tak hairan dengan pertolongan kerana dia sendiri rajin bekerja namun amat dambakan hadiah dan kata-kata penghargaan daripada pasangannya.
Ada orang yang tak hairan dengan hadiah penghargaan kerana dia sendiri dah kaya, namun amat dambakan sentuhan dan masa berkualiti daripada pasangannya.
Itulah sebab ada orang yang meninggalkan pasangannya kerana dia gagal merasai cinta melalui bahasa yang difahaminya. Mungkin pada dia, cinta bukan dibuktikan dengan kerja kuat dan pengorbanan tetapi melalui hadiah penghargaan.
Tiada dua manusia yang sama. Namun jika kita tahu mentafsirkan bahasa cinta pasangan masing-masing dan mahu pula mempelajari apakah pilihan bahasa cinta pasangan, maka banyak keretakan rumahtangga boleh dielakkan.
Contohnya pada si suami, boleh jadi bahasa cinta pilihannya ialah sentuhan dan khidmat pertolongan. Pada si isteri pula bahasa cinta pilihannya boleh jadi masa yang berkualiti dan kata-kata penghargaan. Maka suami patut perbanyakkan memuji-muji si isteri dan meluangkan masa untuknya. Dan isteri patut beri layanan dan sentuhan manja pada suaminya.
Buat pasangan yang dah bertahun-tahun bersama; jika anda tidak lagi memberi hadiah, mengucapkan penghargaan, meluangkan masa, apatah lagi memberi sentuhan kasih sayang kepada pasangan; usah harap kasih sayang pasangan anda akan terus kekal segar seperti dahulu.
Cinta dalam bahasa arab adalah ‘Hub’. Hub juga bermakna benih.
Benih yang tak diberi air, cahaya dan baja akan kering layu tanpa sempat bercambah.
Maka usah ternganga atau terngadah jika benih yang anda gagal bajai itu melayang jauh dan bercambah di tempat lain yang bersedia memenuhi keperluannya.
***
Akhir sekali, usah hanya kerana pasangan gagal memberikan satu bahasa cinta yang anda mahukan maka anda tinggalkan dia. Jika pasangan rajin menolong buat kerja rumah, suka meluangkan masa bersama anda tetapi berat mulut untuk memuji dan agak kedekut untuk membelikan hadiah; maafkanlah dia.
Mana-mana individu berhidung belang boleh memberikan hadiah mahal dan kata-kata manis. Namun hanya orang yang ikhlas menyayangi anda akan memberikan perkara yang mahal iaitu masa dan tenaganya.
Bersyukurlah dengan yang sedikit, bersabarlah dengan kekurangan, nescaya Tuhan akan menambahkan kebaikan untuk anda.
Sumber: Hana Hadzrami 20 tahun berkahwin. Belum pakar cinta, hanya pakar bius.
*”The Five Love Languages” by Gary Chapman”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ekoran peningkatan kes covid -19 yang mendadak beberapa hari ini, ibu bapa mula melahirkan rasa bimbangan. Tambahan pula, tak lama lagi anak-anak bakal memulakan sesi persekolahan tahun 2021 pada 20 Januari ini setelah sekian lama sekolah terpaksa ditutup bagi mengelak penularan wabak ini.
Namun berita terbaru melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.
Penangguhan persekolahan sesi 2021 merangkumi semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah yang akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,
KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara kecuali calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Berikut maklumat lanjut mengenai penangguhan sesi persekolahan ini.
IBU BAPA LAHIR RASA SYUKUR DEMI KESELAMATAN ANAK-ANAK
Dalam pada itu, warganet yang terdiri daripada ibu bapa melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang baru diterima ini.
“Alhamdulillah..terima kasih menteri pendidikan, KPM atas keprihatinan terhadap murid dan kebimbangan ibubapa.
“Allahuakhbar…kita hanya merancang Allah jua yg menentukn… ank2 mmg teruja nk masuk alam persekolahan… ebu mmg risau jgk bila tgk kes makin bnyk dan merata tempat. Terima kasih kpm. Semoga di permudahkan urusan kita semua..
“TQ YB Radzi Jidin dan KPM yg memahami keluh kesah ibu bapa
“Trima ksih Kpm,itulah yang terbaik buat msa sekrang,” antara komen warganet.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia & Astroawani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Johan Ozlynn berkongsi prinsip rumah tangga yang menyentuh hati apabila mendedahkan bagaimana suami isteri perlu menjaga maruah pasangan serta menjadikan solat berjemaah sebagai pengikat hubungan.