Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa ini begitu selalu kita dengar dan biasa kita praktikan dalam kehidupan ini. Kita sedar kepentingan perlu bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum ditimpa musibah atau masalah, adalah sangat penting!
Lagi-lagi bila memikirkan keluarga tersayang. Banyak perkara perlu dipersiapkan dan antaranya bila menyentuh tentang perlindungan insuran.
Jika sebelum ini, diakui untuk mendapatkan perlindungan insuran untuk diri sendiri apatah lagi untuk seisi keluarga memerlukan jumlah yang besar, pun begitu baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Lindung yang membolehkan pencarum (ahli) membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) serendah RM30.
Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang hanya diluluskan oleh KWSP.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu pelan perlindungan premium yang ditawarkan bermula serendah RM30 setahun dan menjanjikan perlindungan berjumlah RM10,000.
Untuk makluman, i-Lindung ini adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Siapa Yang Boleh Memohon
Bagi mereka yang berumur 55 tahun ke atas, masih dibenarkan untuk memohon dengan syarat mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 55 atau akaun Emas.
Jenis Pelindungan Yang Ditawarkan
-Perlindungan Hayat
-Perlindungan Penyakit Kritikal
Pelan perlindungan yang diperkenalkan merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan kesejahteraan ahli terjamin sekiranya berdepan tempoh sukar mahupun kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.
Para pencarum yang berminat, boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan menggunakan i-Akaun pada bila-bila masa tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
Manakala meninjau maklum balas Kerajaan tentang ini, nyata menyambut baik sepertimana yang dilaporkan di Astro Awani.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi inisiatif KWSP itu, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan pelan perlindungan premium dengan harga rendah demi kesejahteraan jangka panjang.
“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.
“Pelan-pelan tersebut dapat menggantian pendapatan atau simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah.
“Yang paling penting, perlindungan ini boleh diperolehi dengan sumbangan premium yang berjumlah hanya beberapa ringgit sebulan, menerusi syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful yang disediakan di atas platform KWSP,” katanya.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Sebagai isteri Aliff Aziz, bohonglah andai dikatakan Bella Astilah langsung tidak terusik mendengar pelbagai umpatan diperkatakan oleh netizen terhadap diri suaminya.
Jujurnya, isteri mana yang mahu menahan sabar, mendengar umpatan dan kata-kata yang kurang enak tentang suami tersayang. Demikian juga dengan isteri kesayangan Aliff Aziz ini.
Sepanjang 10 minggu terbabit dalam program Gegar Vaganza musim ke-8, pelbagai reaksi netizen sehinggakan Bella tidak mampu berdiam diri.
“Bukanlah mahu kata nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya. Apa yang orang cakap tak baik pasal dia, sebagai isteri saya pun terasa. Tapi dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti… jangan layan netizen.
“Aliff marah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh nak paksa. Asalkan kita tahu niat kita.
“Tapi tak bermakna kemenangan ini nak tutup mulut netizen, rezeki ini Allah beri pada Aliff atas usaha dia. Untuk diri dia juga, alhamdulillah,” katanya.
Tambah Bella lagi, apa yang dikecapi Aliff adalah hasil usaha gigihnya. Sebagai isteri dia melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian suaminya itu.
“Sebagai isteri saya bersyukur Alhamdulillah, inilah dikatakan rezeki anak-anak. Terkejut tapi pada masa sama gembira sebab selama 10 minggu ini, kita stress dan semuanya terbayar. Tak terkata-kata.
“Aliff tak pernah cakap dia perlu menang. Saya bangga melihat Aliff seorang individu yang sangat positif. Dia selalu risaukan kawan-kawan dia… dia selalu tanya saya kalau ada kawan-kawan tengah sakit walau dah ready nak perform.
“Kita tak pernah jangka untuk menang, Aliff cuma nak buat yang terbaik sebab orang ramai tahu dia cuma boleh nyanyi lagu Sayang Sayang saja, padahal banyak lagi boleh explore.
Bella dalam pada itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat keluarga mentua yang tidak putus-putus memberi sokongan.
“Keluarga Aliff pun sangat menyokong, ibu dan adik-beradiknya selalu berhubung beri semangat dan tak pernah beri tekanan untuk mesti menang. Kata mereka, menang atau kalah tak kisah mereka akan terus sokong dan doakan Aliff, kalau perform mesti ikhlas,” katanya.
Mengulas mengenai penghijrahan suaminya kini, Bella juga turut mengikut jejak langkah suaminya secara perlahan-lahan.
“Ini membuka mata saya sebab saya nampak perubahan Aliff yang cukup ketara. Dia buat daripada hati dia. Bila dia pilih untuk belajar agama, saya tak larang tapi sebenarnya saya pula yang segan dengan Aliff.
“Sebab itu saya minta dia doakan saya juga, kadang-kadang kita tak sempurna tapi saya nampak Aliff dia cuba yang terbaik. Dia sedang perbetulkan diri dia. Saya pun pastinya turut sama cuba perlahan-lahan berubah.“InsyaAllah… Dia buat kebaikan, yang datang pun baik-baik. Rezeki dapat job dan kemenangan besar malam ini, semua datang daripada diri dia juga. Ini usaha suami dan doa dari ibu dia,” katanya lagi.
Sementara itu, Bella memaklumkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 Februari nanti.
“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.
“Rancang nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” katanya.
Pernah tak suami merajuk? Jangan kata isteri je tahu merajuk suami pun ada perangai macam tu.
Siapa sahaja tidak kenal pasangan selebriti Malaysia iaitu Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang sudah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun.
Menjadi satu pemanis rumahtangga untuk merajuk setiap kali bergaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Menerusi perkongsian Awal Ashaari di akaun Instagramnya, kebiasaannya selepas ambil Lila pulang dari sekolah, mereka terus pulang ke rumah.
Lila diam termenung sambil memandang jauh ke arah tingkap kereta. Dia menyakat anak bongsunya.
Dia menjelaskan anaknya Lila sedang merajuk terpaksa mengikutinya ke tempat kerjanya. Malah Awal mendedahkan perangai anak kesayangannya seakan dirinya.
“Sebijik macam daddy kalau gaduh dengan mommy,” -Awal Ashaari.
RAIH PERHATIAN NETIZEN
Perkongsian Awal meraih perhatian ramai termasuk isterinya Scha Al-Yahya.
“Yes Daddy Always Merajuk”- Scha Alyahya
Dalam pada itu, netizen mengakui merajuk dikalangan anak nombor dua perkara biasa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.