Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Ads
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Ads
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkongsi kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Natasha Abdullah, sanggup membeli rumah yang terlihat usang untuk dijadikan homestay cukup unik.
Membayangkan bentuk dan keadaan asal rumah lama tersebut, seakan tiada siapa pun ingin membelinya. Namun sisi pandang ibu anak seorang ini berbeza. Bayangkan daripada rumah usang dan buruk diubah 360 darjah. Walau pun belum siap dihias sepenuhnya namun sudah terlihat selesa dan cantik untuk dihuni lengkap dengan kolam mandi.
Dan apabila diajukan soalan kepadanya, ini kisah yang dikongsikannya.
Berangan dari kecil
First, sy dr kecil berangan nak ada rumah yang ada swimming pool. Tp rasa tak mampu lagi nak buat banglo ada kolam. Jadi saya beli rumah dengan harga 65k. Kos untuk membaik pulih keseluruhan rumah termasuk membuat saliran paip/air yang baru, wiring baru siling baru segalanya sudah mencecah 100k.
Idea tu muncul sb slalu tgk kat Bali bnyak villa yang ada private pool.
Konsep rumah tersebut 100 % sy yang tentukan dan alhamdulillah contractor yang ditugaskan untuk ubah suai rumah tersebut mampu merialisasikan semua permintaan sy. Contohnya, plan asal saya adalah untuk membuat bath tub di backyard bilik ke dua, walau bagaimanapun, setelah sy melihat kembali keluasan tanah belakang, saya minta beliau untuk menukar bath tub kepada mini pool dengan air pancut.
Suami beri sokongan
Pada awalnya suami dan keluarga agak terkejut dengan cadangan saya nak buat homestay ada pool tapi mereka tak menghalang sebab segalanya saya yang uruskan termasuk punca kewangan bagi membaik pulih rumah ni. Tapi bila dah siap, alhamdulillah.. mereka pun mcm tak percaya rumah yang buruk dah tak buruk.
Ambik masa lama
Saya start bayar deposit untuk rumah tu pada bulan 9tahun lepas. Tetapi disebabkan owner rumah sudah berpindah ke australia, proses pembelian rumah tu mengambil masa yang agak lama untuk selesai. Dalam bulan feb @march rasenya urusan pembelian rumah tersebut selesai. Bila tengok keadaan rumah tersebut mempunyai tanah memanjang dihadapan, sy terus imaginr untuk buat kolam pada bahagian depan rumah seperti pool villa di bali.
Bercuti di Bali
Kolam memang saya nk buat sebab sy sndri suka pergi bercuti tempat yang ada kolam mandi. Tak ramai yang mampu merasai pengalaman untuk tinggal di rumah yang ada private pool(mostly hotel yang ad pribvate pool di malaysia berharga 500 dan ke atas semalam).jadi sy buat homestay ada pool ini spaya org lain bleh rasa pengalaman untuk menginap di rumah/bilik yang ada private pool. Mcm kat private pool di bali, bangun je tidur, selak langsir nampak pool.
Dan pada bulan 3 , saya memang pergi ke Bali dan menginap di dua pool villa yang berbeza untuk melihat setting private pool di sana. Lepas balik dr saya memang sy yakin untuk ubah suai rumah tersebut menjadi homestay yang ada kolam.
Bukan satu tapi dua
Homestay tu ada 2 kolam. Depan sliding door bilik utama ada pool besar, dan ada bath tub di dalam bilik air.
Saranan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu ayah adalah insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak, justeru itu setiap tindakan yang anak ingin lakukan perlulah mendapat keizinan daripada ibu ayah untuk menandakan kita adalah anak yang taat, pandai menghormati dan menghargai ibu ayah.
Apatah lagi dalam soal mencari dan mimilih jodoh, restu ibu ayah itu sangat bermakna dan penting. Tidak keterlaluan juga bila ada yang mengatakan, kunci kebahagiaan dan kehidupan yang berkat dalam rumah tangga adalah dengan adanya restu ibu ayah.
Pun bagitu, atas alasan cinta tidak dinafikan wujud juga anak-anak yang sanggup mengetepikan nasihat ibu ayah hingga menyebabkan berlakunya perkahwinan tanpa restu. Berkahwin secara ‘senyap-senyap’ dan tahu-tahu sudah pun bernikah dengan pilihan hati.
Benar, restu ibu bapa bukanlah syarat sah perkahwinan namun mengabaikan perasaan ibu ayah pasti akan melukakan hati mereka. Sedangkan, sebagai anak perlu mengutamakan ibu bapa kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas taat Allah SWT dan Rasul.
Ini sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” Riwayat at-Tirmizi
Dalam memilih jodoh, ini dijelaskan sendiri oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus, walaupun ibu bapa tidak boleh memaksa anak berkahwin dengan pasangan yang dipilih kecuali bagi wali mujbir, Ustaz Azhar menasihatkan anak muda agar tidak mengetepikann pandangan ibu ayah dalam bab memilih jodoh.
“Jika tiada restu ibu bapa itu berkaitan dengan agama, misalnya pasangan itu tidak baik perangainya maka kita perlu mematuhi nasihat ibu bapa.
“Jika pasangan pilihan kita baik agamanya, tetapi ibu bapa tidak menyukai seseorang yang baik pegangan agama maka kita boleh mendahulukan pilihan sendiri dan kemudian memujuk ibu bapa.
“Namun jika pilihan ibu bapa dan pilihan kita kedua-duanya baik dari segi agama, kita perlu berkahwin dengan pilihan ibu bapa kerana konsepnya tiada ibu bapa maka tiadalah kita,” katanya menerusi saluran YouTube rasmi, Ustaz Azhar Idrus Official.
Pendakwah itu turut menambah, perkahwinan anak lelaki dengan pasangan tidak direstui ibu bapa tetap sah kerana lelaki tidak memerlukan wali.
Tetapi keputusan berkahwin dengan calon yang tidak disukai orang tua adalah sesuatu yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya.
“Jika kita meletakkan diri sebagai bapa, sukakah jika anak melawan cakap dan berkahwin dengan orang yang tidak kita sukai? Tentunya ramai tidak akan melakukannya.
“Justeru jika kita tidak mahu anak melakukan hal sebegitu maka elakkan berbuat sedemikian kepada ibu bapa pada hari ini. Jika tetap melakukannya ia dikatakan mementingkan diri sendiri,” katanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bagaimanapun bagi lelaki yang mengahwini pasangan tanpa restu tetapi pasangannya itu baik dan ibu bapa hanya terpedaya dengan fitnah pelbagai pihak, carilah jalan keluar menjernihkan keadaan.
“Jika pilihan kita itu sebenarnya baik dan ibu bapa kita hanya mendengar fitnah orang, maka perbaiki keadaan. Pujuk kedua-dua orang tua dan terangkan dengan baik. Tunjuk kesungguhan bahawa dengan pasangan itu kita berupaya mengecapi kebahagiaan, insya-ALLAH pada satu masa mereka akan merestui,” katanya.
Menurut Ustaz Azhar, dalam hal perkahwinan, ramai yang menjadi ‘buta’ tanpa seseorang itu menyedarinya. Beliau menasihatkan anak muda agar tidak mengenepikan kedua ibu bapa dalam mengejar pilihan hati.
“Apabila seseorang wanita menyukainya, beliau sudah menjadi ‘buta’. Apakah maksud buta itu? Beliau tidak lagi mendengar cakap (mentaati) ibu bapa. Cinta itu membutakan.
“Bercintalah tetapi tetap taat kepada ibu bapa. Ramai orang jatuh cinta terus tidak kenal (taat) kepada ibu bapa. Apa yang pasangannya mahukan itu lebih utama daripada ibu bapa. Itu namanya orang buta,” katanya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Emak-emak mesti ada anak yang sangat gemar makan kuih karipap. Malah kalau boleh nak bawa bekal karipap setiap hari ke sekolah. Karipap ini bahan-bahan membuatnya ringkas sahaja cuma sedikit renyah.
Oleh itu sebaiknya setiap kali membuat karipap, terus buat dalam kuantiti yang banyak dan frozen kan. Karipap frozen ini mampu tahan sehingga 6 bulan walaupun tanpa pengawet.
Melalui perkongsian Puan Mar di facebooknya, terdapat cara mudah untuk frozen kan karipap iaitu hanya perlu membakar di dalam oven.
Kebaikan membakar karipap ini adalah ia langsung tidak menggunakan minyak menyebabkan ia kurang berminyak apabila digoreng nanti berbanding jika kita menggorengnya separuh masak sebelum disejuk beku. Malah teksturnya juga lebih rangup dan sedap setelah digoreng nanti.
Cara-cara Membakar Dalam Oven
Tip Goreng Karipap Agar Cantik Sekata
Resepi Inti Karipap Sardin Untuk 100 biji
3 biji bawang besar- dikisar
Setengah labu bawang putih- dikisar
1 senduk cili boh atau cili kisar
1 tin sardin
1 kilo ikan sardin- direbus atau boleh guna pressure cooker
Mix vegetables
Garam,gula dan perasa secukupnya
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.