Kadang kala, dalam rumahtangga, perselisihan faham adalah perkara biasa. Tetapi jika membawa kepada perceraian ia adalah perkara luar biasa. Memang benar, Perceraian itu walaupun halal tetapi dibenci oleh Allah. Namun, setiap masalah pastinya ada penyelesaian supaya rumahtangga kekal bahagia.
Menerusi perkongsian Khairul Hafizi , yang mendapat share sehingga lebih 24K, melalui facebooknya memaparkan rawatan yang diamalkan Ilmu perubatan Islam, Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Salah satunya adalah rawatan jika terkena sihir untuk menceraikan pasangan suami isteri dengan menggunakan surah Al-Baqarah. Moga dengan mengamalkan ayat ini, dapat mengelak daripada perpisahan dan keluarga kita sentiasa bahagia hingga keakhir hayat.
Selain itu, antaranya menyentuh mengenai rawatan resdung dan penyakit fibroid. Hakikatnya sebagai seorang Islam,kita wajib mempercaya setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis di bawah.
Firman Allah SWT,
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama keluarga anda.
Kena simpan ilmu ni sebaiknya Orangnya pun dah takda lagi.
Ads
(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)
1) – Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) – Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
– Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
– Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) – Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
– Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
– Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
– InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
Kekalkan kebahagiaan rumahtangga
4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al – Baqarah, ayat 102
5 ) Resdung
– Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
– Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
– Setiap kolah masjid, 1 botol.
– Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
– Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya’ , ayat 83.
– Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa’
– Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
– Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al – Anbya’, ayat 83
Ads
6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
– Gunakan minyak zaitun
– Baca Al – Fatihah & Ayat kursi
– Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al – Hashr ayat 21
Para isteri take note ye
7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
– Menggunakan madu asli
– Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
– Baca Surah An – Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
– Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69
8 ) Angin pasang
– Menggunakan madu
– Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al – Isra’, ayat 82
Surah Al – Hashr, ayat 21
Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70
9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan – bahan :
– Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
– Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
– Buah kelapa (yang berhingus)
Cara – cara :
– Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
– Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
– Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
– Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
– Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.
10) Susah tidur malam
Surah Al – kahf, ayat 11
Ads
Selain minta pasangan urut badan, amalkan ayat ini juga
11) Angin dalam badan, sakit – sakit sendi
Surah – fussilat, ayat 44
12) Merawat histeria
– Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
– Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
– As saffat , ayat 7
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]
RAWATAN PERUBATAN DAN PENGUBATAN ISLAM IALAH KOMPLEMENTARI.
Rawatan Islam perlu dikembangkan dan diberi kefahaman yang betul kepada masyarakat.Rawatan Islam bukan rawatan alternatif.Alternatif bermaksud ambil yang ini tinggal yang itu. Sebaliknya Rawatan Islam adalah komplemantari iaitu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Rawatan Islam pelengkap kepada rawatan Alopati.
Rawatan Islam perlu seiring dalam setiap rawatan yang dijalani.Contohnya sebelum melakukan pembedahan dibacakan ruqyah terlebih dahulu.Doktor atau Perawat perlu memberi harapan dan kekuatan rohani pada pesakit.Kekuatan rohani ini hanya boleh diberikan kepada pesakit melalui Rawatan Islam.Rohani yang sihat boleh mengatasi jasmani yang sakit.Sebagai contoh bagaimana Allah Swt menguji Nabi Ayub A.s walaupun jasmaninya sakit, namun seperti tidak dirasai kesakitan itu oleh Baginda kerana kekuatan rohani yang ada dalam jiwanya itu.- Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din.
Bagi yang suka berkebun tentu sentiasa mencara untuk memastikan pokok kekal subur. Ada yang sanggup menyediakan peruntunkkan tertentu untuk memastikan pokok subur.
Namun selain beli di kedai, boleh mencuba membuat sendiri baja penyubur atau juga dikenali sebagai ‘booster’.
Cara yang dikongsi oleh puan Suhaili Baharudin sangat mudah! Hanya mengunakan dua bahan sahaja. Tak perlu bersusah payah mengumpul sisa makanan lain untuk membuat baja. Cara ini dirasakan paling senang.
PETUA PALING MUDAH NAK SUBURKAN TANAMAN
Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.
Ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.
Mengada sangat.
Kos nya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup. Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air. Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.Kemudian kau keluar rumah kau pun spray lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Spray spray spray tanpa was-was. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur. Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama,Tadahhhh! Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang. Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun. Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri. Please semua orang buat ya. Jauhkan dari mereka yang suka membawang dan hiduplah kita dengan tenang. Hidup telur!
Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya. Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak,komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dll. . Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja 🤭 Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu. .
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical. . Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula2 saya bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, ‘eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai’ Tapi rajin pula dia dok tumpang kereta saya lepastu 😅 . Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir? . Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu. . Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling. Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya. . Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita. Fokus kumpulkan aset, bukan liability. . Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Pandemik ini dah cukup sangat nak sedarkan kita dari tidur yang panjang. Jelaskan matlamat hidup kita teman. . Sumber: Ahmad Nizar Azham
Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan xde tenaga, bukan merungut tapi ‘penat’ yg dikatakan itu adalah sebagai isyarat utk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya…nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yg patut…
Isteri cuma nak kita tahu yg…
Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yg diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri…tapi dia nak kita faham, klu dia xnk dduk lama dirumah mertuanya itu kenapa…klu dia kurang berbicara dlm group keluarga itu kenapa…klu dia kurang mesra dgn keluarga kita itu kenapa…dia nak kita faham yg dia dah cuba buat mcm yg kita nak, tp diorang masih menganggap dia sebagai org luar…org asing…
Isteri cuma nak kita tahu yg…
Bila dia mengungkit setiap duit yg dia keluarkan, setiap pertolongan yg dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu…dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab…jgn menyalahgunakan pertolongan itu utk kepentingan diri dan jgn terlalu selesa bila ditolong…
Isteri cuma nak kita tahu yg…
Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter kpd kita, itu bukanlah tandanya yg kita ni jahat sgt, teruk sgt, buruk sgt…tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sbb dia tahu, kita mampu jadi lebih baik drpd apa yg kita jadi skrg ni…dia masih berharap kpd kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yg lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah…
Itu ja yg isteri nak kita tahu sebab musabab disebalik setiap apa yg dia lakukan, tindakan yg dia ambil dan keputusan yg dia buat…
Itu ja…
Sumber: FB Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.