Setiap antara kita menginginkan keluarga yang bahagia, bermula dari hari pertama akad dilafaz dan diharapkan terus berkekalan bahagia selamanya hingga hujung nyawa. Umum mengetahui, membina keluarga ini seumpama membina rumah. Di mana asasnya perlu teguh dan kuat agar kukuhlah keluarga tersebut.
Lantaran itu, ayuh ketahui cara bagaimana dan petua boleh dipraktikkan dalam memastikan keluarga dapat merasai kebahagiaan yang sebenar dalam hidup ini. Mengetahui lanjut, jom semak 10 petua di bawah ini dan semoga sama-sama diamalkan untuk kebaikan bersama.
PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
1 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6 Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorok
Sebagai ibu bapa, semestinya mahukan terbaik buat anak-anak. Meskipun dah meningkat dewasa, anak-anak masih dilihat kecil oleh orang tuanya sehinggalah mereka mempunyai keluarga sendiri.
Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak istimewa, selagi mereka belum temui kebahagian sendiri, selagi itu menjadi tumpuan lebih dari ibu ayah buat mereka. Seperti pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin yang menitipkan ucapan hari lahir buat pasangan anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang ke 26 tahun.
Dalam hantaran di Instagram tersebut, pelakon berusia 51 tahun ini turut berseloroh soal jodoh buat anaknya.
“Happy birthday my Azal, Azil 26 years old now. Dah boleh jawin boss sorang ni. Siapa nak kawin dengan Azal angkat tangan.
Menerusi posting sama, Zarina menyifatkan mereka sebagai anak yang taat, rajin berkerja dan tidak boros berbelanja.
“Azal anak yang taat dan rajin bekerja, tak membazir duit dan masa. Moto hidup Azal, dont waste my time” tulisnya.
Manakala dalam hantaran yang lain, Zarina ada berkongsi permintaan Azal untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka sebagai hadiah hari lahirnya, tetapi bagi suaminya permintaan disifatkan membazir dan takut terbiasa.
“Azal cakap dia teringin sambut birthday stay overnight kat Mandrine Oriental Hotel.. then the next morning breakfast kat hotel.. bila cakap dengan abah .. abah dia cakap jangan membazir .. jangan ajar anak yang bukan2 dah terbiasa susah kita nanti .. kita ada takpe esok esok kite tkde macamana? .. saya terdiam dan cakap kat azal .. okay lah kita dinner jer lah malam ni .. azal cajap baiklah ibu 🥰”, tulisnya dalam perkongsian lain.
Penerimaan baik Azal tentang perkara ini mendapat pujian di ruangan komen. Bagaimanapun, hari lahir pasangan kembar ini akhirnya disambut meriah di sebuah kedai makan milik rakan selebriti, Zizan Razak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Bahkan jika keluarga itu bahagia, makin harmoni ahli keluarga itu.
Salah satu membuatkan rezeki sebuah keluarga itu melimpah ruah apabila sikap tidak berkira untuk belanja keluarganya. Apabila gaji diterima tanpa berkira membawa isteri dan anak untuk berbelanja. Bahkan pahala pun suami dapat jika berbuat baik dengan isteri dan anak-anak.
Inilah antara aktiviti yang dilakukan oleh saudara, Firdaus Shakirin setiap bulan untuk memberi penghargaan kepada isteri dan anak-anak.
Begitulah, bahagia dengan cara sendiri, ini menjadi kekuatan diri untuk terus berbakti kepada keluarga.
Menurut Penceramah motivasi ini, kisah tersebut adalah cerita seorang anak murid yang tampil ke hadapan kelas dan ceritakan siapa ibunya yang sebenar.
Disebabkan pekerjaan ibunya itu ditertawakan oleh rakan sekelas, namun pelajar tersebut tidak melatah sebaliknya jawapan yang diberikan cukup deep! Sama-sama kita hayati moga mendapat manfaat daripadanya!
Si IBU yang BODOH…
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
“Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan… Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi.”
Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan ‘Oooohh’ dan ‘Aaahhh’ oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
“Tapi dulu… Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!”
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.
“Ibu saya… Uhm… Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni… Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih…”
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
“Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!”
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
“Takde apa cikgu. Maaf cikgu.”
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
“Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?”
Cikgu Yong mengangguk.
“Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?”
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
“Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau… Heh.”
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
“Oh ya..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ya, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada…??”
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ‘mati’ hanya kerana mahu melihat anaknya terus ‘hidup.’
Meskipon si ibu itu tampak ‘bodoh’ pada pandangan mata manusia, ‘bodoh’ pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.