Halba antara rempah yang sering digunakan dalam masakan. Selain memberi keenakan rasa yang tersendiri pada masakan, halba juga begitu banyak khasiatnya untuk penjagaan kesihatan.

Apatah lagi jika digabungkan dengan kurma merah dikatakan dapat membantu mencantikan kulit. Jadi untuk anda yang ingin kekal sihat dan cantik serta dalam masa yang sama berjimat, bolehlah cuba petua mudah ini yang dikongsikan oleh Adiba Razali ini.

PETUA CANTIKKAN KULIT DENGAN AIR HALBA DAN KURMA MERAH

Bahan-bahan:
Halba – 2 sudu besar
Kurma merah (kurma cina) – 7 biji
Gula perang (tak letak pun takpa) – secukup rasa
Air untuk merebus – 2 liter

Cara-cara membuatnya:
1. Bersihkan halba dan kurma merah.
2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang.
Lagi kembang lagi bagus. 
3. Tutup api dan biarkan sekejap. Sedia untuk diminum.

* Masa rebus tu kalau korang nak masukkan terus gula perang pun boleh.

IKLAN

Masa nak minum baru bubuh gula perang tuh.

Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Diba sendiri dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin giteww ?

7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:

1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam.
2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid.
3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil.
4. Mengetatkan dan meremajakan rahim.
5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan.
6. Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi.
7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semulajadi.

IKLAN

Banyak kan manfaat yang korang boleh dapat? ?

Nak buat pun sangat lah senang. So tunggu apa lagi, selamat mencuba.

 Ibu mengandung tak digalakkan minum air ni.

Kredit : Adibah Razali

IKLAN

#SalKongsiTipsCantik

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Petua Kulit Makin Cantik, Wanita Ni Amal Minum Air Rebusan Halba & Kurma Merah!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI