Bagi yang duduk di rumah atas perintah PKPB serta anak-anak yang tidak bersekolah tentu asyik ke dapur je mencari makanan. Apa kata buat pemanis mulut ni memang terkenal dan enak jika makan sejuk-sejuk!

Siapa yang tak kenal Sagu gula melaka! Manisan ini memang popular untuk hidangan minum petang atau pencuci mulut. Boleh ajak sekali anak membantu di dapaur.

Tapi nak buat memang nampak mudah tetapi jika salah caranya sagu yang di masak jadi tak cantik dan berketul, ada juga sagunya pecah.

Bagi newbie yang baru nak masak manisan ini, ikuti langkah ini menerusi perkongsian pengguna Facebook Nur Syaidatul Fazreen.

Ikuti resipinya.

Bahan-bahan:

1 cawan sagu
5 cawan air (Lebih pun boleh)
Daun pandan (pilihan)
Pewarna makanan
Gula melaka
Gula pasir
Santan atau susu sejat
Garam

Cara penyediaan

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Sagu biasa ja. Sis beli kat kedai apek depan ni.. Sagu timbang je. Apa jenis brand pon ok je. Saya suka guna warna putih. Nanti boleh warnakan sesuka hati.

IKLAN

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Sagu jangan basuh. Air mendidih masuk sagu sikit-sikit. Wajib tunggu air mendidih. Kalau tak sagu anda akan hancur. Kacau manja. Jangan asyik mengacau je.. Kacau bila perlu saja. Kalau tak kacau terus pun nanti sagu akan melekat. Sekali sekala kacau la juga.

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Setelah 3 minit. Ok dah start kembang. Jika 5 minit, 10% masih putih-putih ni.. Putih-putih bermaksud sagu anda belum cukup masak. Seterusnya tak sampai 10 minit..

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Ok dah siap. Jernih 100% bermaksud sagu anda dah cukup masak. Putihkan kan.. Jernih.

IKLAN

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Nak tapis pun mudah. Lalu bawah air paip. Selawat… Nice kan, selepas siap menapis. Sila cuci penapis anda dgn segera. Jangan biarkan kering. Nanti akan tersumbat. Terus cuci ye.

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Siap cuci. Masuk dalam air, untuk elak sagu bergumpal sementara tunggu, tapis semua sagu dalam periuk. Dah siap semua tapis. Toskan. 

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Cantikkan.

IKLAN

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Proses mewarna. Biarkan 5-10 mnit. Ini utk pastikan warna makanan tadi meresap ke dalam sagu. Untuk pastikan susu anda tidak bertukar menjadi hijau @ oren. Kalau rajin. Lepas 10 minit boleh je bilas. Buang lebihan warna.. Nanti susu akan putih je.. ( utk yg berniaga sesuai la sebab nak jual kena cantik.

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Mula-mula air gula merah tuang dan kemudian tuang susu perlahan tuang atas sagu ok. Tambah sikit garam dalam susu. Baru sedap. 

Petua Masak Sagu Supaya Tak Hancur Dan Berketul, Barulah Cantik & Tak Bergumpal Buat Sagu Gula Melaka!

Siap! Enaknya. 

TIP.
1.Pastikan air dah mendidih baru masukkan sagu.
2. Jangan  terlalu banyak kacau nanti pecah habis biji sagu tu.
3. Air perlu Banyak. Biar cair  tak pe nanti mudah nk tapis. Mudah sagu nak kembang
4. Jika sagu anda masih ada warna putih di bahagian dalam sagu. Teruskan masak hingga sagu clear@ jernih sepernuhnya.
5. Masa 5-10minit waktu memasak bergantung ada kuantiti sagu. Kalau banyak lambat la skit.
6. Jangan cuci sagu sebelum masak. Nanti lepas masak, semua air rebusan sagu akan dibuang. Bilas la sagu anda. Cuci sepuasnya. 
7. Jangan rendam sagu nanti habis jadi bubur
8. Lepas letak warna biar 10 minit. Kalau tak,  susu anda akan jadi hijau
9.Boleh guna susu kotak/santan/susu cair. ikut citrasa masing-masing. Tambah secubit garam dalam susu untuk lemakkan rasa.
10. Air yang  banyak untuk mempercepatkan sagu kembang. Baru la tak ada putih-putih dalam sagu. Dan nak tapis pun mudah.
11. Masak air gula merah + gula putih. Sejukkan dalam peti ais. Baru la pekat. Susu dan gula akan nampak berlapis time nak hidang
12. Boleh je nAk rebus sagu dengan daun pandan
13. Sukatan sagu dan air 1:6 nisbah bahan. 1 cawan sagu: 6 cawan air.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Syaidatul Fazreen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI