Petua Menjadi Untuk Hilangkan Parut Wajah. Dah Cuba Baru Happy!

Share

Inginkan kulit wajah putih bersih dan licin sempurna bak telur dikupas kulit, memanglah seakan hampir mustahil untuk direalisasikan. Paling tidak, mesti ada sepalit parut jerawat terkesan di wajah.

Lantaran itu, bagi mengurangkan kesan celar di wajah, anda boleh amalkan masker beras yang boleh dihasilkan sendiri. Perkongsian daripada Amy Hamid ini  harap sedikit sebanyak dapat membantu wanita di luar sana untuk tampil lebih menawan dengan kulit wajah yang lebih bersih dan sihat.


 

[su_highlight background=”#e7d7da” color=”#520c1a”]Masker Beras[/su_highlight]

Bahan-bahan :

Beras

Susu Full Cream


[su_highlight background=”#e7d7da” color=”#520c1a”]Cara membuatnya:[/su_highlight]

  1. Masukkan beras dan susu di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  2. Tumbuk hingga halus.

 

3. Setelah ditumbuk lumat seperti ini, masukkan adunan tersebut ke dalam bekas.

 

4. Kemudian sapukan ke wajah setiap malam dan biarkan kering selama 30 minit.

5. Ketika mencuci wajah boleh gosok secara perlahan-lahan.

  • [su_highlight background=”#f0f0f7″ color=”#120c52″]Bahan yang tidak habis dipakai boleh disimpan di dalam peti sejuk. Pastikan bekas berpenutup dan kedap agar kualitinya kekal terjamin.[/su_highlight]
IKLAN