Didik anak memang suatu cabaran buat ibu bapa. Jika salah didik sejak kecil akan memberi kesan kepada akhlak dan tingkah lakunya.
Ketahui perkongsian Ustazah Aminah Mat Yusoff cara petua mendidik anak dengan amalan doa.
Semoga istiqomah mendidik anak-anak.
Ramai yang bertanya cara mengawal akhlak dan tingkah laku anak sejak mereka kecil. Di sini saya sertakan beberapa petua hebat orang lama yang wajar dicontohi.
1. Bangun dari tidur
Semasa anak bangun dari tidur orang pertama yang dicari ialah ibunya atau bapanya. Masa tu bisik di telinganya ini:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
Hanya pada Allah kita sandarkan hajat dan harapan. Moga dari kita lahir generasi yang baik, berakhlak, soleh-solehah dan cemerlang dunia akhirat.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Empat bulan selepas melahirkan anak keduanya pada Oktober tahun lalu, pelakon Izara Aishah tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Izara dan suami sepakat menamakan bayi perempuan comel mereka dengan nama yang cukup indah, Amara Amina.
“My second baby girl, Amara Amina,” tulisnya di Instagram.
Tidak hanya berkongsi nama, bahkan Izara juga turut memuat naik sipi-sipi wajah comel Amira Amina. Memang comel dan persis kakaknya, Irisa Alaia.
Baby comel Amira Amina yang kini berusia empat bulan itu kerap muncul menghiasi Instagram ibunya bersama kakaknya.
Dalam pada itu, ramai yang memuji nama comel Amira yang sedap didengar. Gabungan nama yang ringkas tetapi indah.
Terdahulu, Izara dan suami mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta. Pasangan ini kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina, 4 bulan.
Perkongsian yang cukup bermanfaat daripada Ustazah Asma Harun wajar diambil perhatian.
Beliau ada berkongsi berkaitan tingkah laku kita sebagai ibu bapa yang tanpa sedar rupanya boleh menjadi pembuli kepada anak sendiri.
Jom renung-renungkan agar perbuatan tersebut kita tidak ulangi lagi.
Renungan sebelum tidur malam ini, tanpa sedar, antara pembulian Ibu Ayah terhadap anak-anak adalah ;
a) Membezakan kasih sayang, perhatian dan penghargaan. Lalu mereka rasa diri tidak disayangi atau dibenci.
b) Pembahagian kerja rumah yang tidak seimbang. Akan lahir ketidakpuasan hati yang terpendam, kerja dilakukan dengan terpaksa.
c) Membanding-bandingkankan antara anak-anak, akan membuatkan diri rasa serba kurang atau akhirnya akan hilang keyakinan terhadap potensi diri.
d) Membuka aib atau menyebut kesilapan dan kekurangannya depan adik beradik atau orang luar. Mereka akan hilang percaya dan hormat pada diri kita.
e) Mengungkit-ungkit kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan, seolahnya mereka itu beban.
Hati-hati ibu ayah, bimbang ada dendam yang sangat panjang mengeruh dan meretakkan hubungan adik beradik, walau setelah kita mati ia tetap berterusan. Kisah lama terus diungkit bila ada sesuatu yang berlaku.
Terimalah hakikat bahwa Allah ciptakan anak-anak sangat berbeza, mereka adalah anugerah yang terindah bila dididik dengan fitrah, jika tidak ia menjadi musibah yang membawa fitnah.
Sebagai muhasabah, banyaknya salah silap kita sebagai ibu ayah berbanding salah anak, perangai yang kita tidak suka pada mereka mungkin datang daripada kita juga.
Kita memang tak mampu jadi ibu ayah yang sempurna, sekurang²nya jadilah ibu ayah yang baik. Akui kesilapan dan kelalaian, jika mampu minta maaf, dan mulalah dengan perubahan diri, insyaAllah anak turut berubah.
Esok pagi, niat dan doa untuk jadi ibu ayah yang baik, ketiaadannya dicari, kepulangannya dinanti-nanti, pemergiannya dirindui. Kita jadi mulia atas pangkat sebagai Ibu Ayah kerana adanya mereka, sebab itu anak-anak itu pelengkap hidup kita Dunia dan Akhirat.
Ada segelintir ibu ayah sedang diuji dengan anak autism, pastinya bukan mudah untuk membesarkannya berbanding anak-anak normal yang lain.
Malah ada juga yang tidak dapat menerima dan terus mencari punca dan ingin mengetahui sebab utama anak tersebut jadi begitu.
Hal ini turut dikongsikan oleh Dr. Rozanizam Zakaria di akaun fbnya, yang turut mengakui kerap kali diajukan pertanyaan yang sama tiap kali berdepan dengan ibu bapa yang anaknya baru disahkan autism.
Ini perkongsian semoga bermanfaat.
KENAPA ANAK SAYA DAPAT AUTISM?
Ini antara persoalan yang selalu di tanya apabila anak disahkan oleh doktor mengalami autisme (ASD).
1. Oleh kerana sifat autisme itu yang sangat heterogenous (datang dalam pelbagai bentuk, tahap dan outcome), maka secara saintifik adalah amat sukar untuk menentukan punca spesifik.
2. Hanya 10% ASD berlaku bersekali dengan syndrom tertentu (seperti Fragile X syndrome). 90% lagi berlaku secara idiopathic (tiada punca specific).
3. Walaupun berbilion dollar telah dilaburkan oleh negara maju, mereka masih belum menemui gene specific yang bertanggungjawab.
4. Walaubagaimanapun, pattern kajian menunjukkan trend perkaitan dengan genetic – 90% (9 dari 10 kes melibatkan perkaitan genetik).
5. Dari mana mereka dapat data ini – dari kajian genetik. Contohnya, kalau kembar ada ASD, mereka dapati dalam 60% kes, kembar yang satu lagi akan ada ASD juga.
6. Kalau Adik beradik pula, risiko sekitar 2-8% (berbanding 0.6 peratus dalam kalangan mereka yang tiada adik beradik dengan ASD). Bermakna risiko meningkat hampir 10 kali ganda.
7. Kalau keluarga darjah ke dua (pak sedara mak sedara – 0.18%), kalau darjah ke tiga (sepupu – 0.12%).
8. Selain genetik, ada juga faktor persekitaran yang menyumbang kepada meningkatnya risiko. Antaranya – berat kelahiran yang rendah, masalah sewaktu kesihatan sewaktu kehamilan, usia ayah yang meningkat, sejarah keguguran. Sejarah pengambilan dadah atau ubat tertentu sewaktu kehamilan (seperti ubat sawan).
9. Vaccine tidak menyebabkan autism. Tiada bukti saintifik yang menyokong fakta ini.
Kesimpulannya, jangan risau sangat pasal punca. Tapi fokus kepada usaha kita memahami keadaan anak, melakukan intervensi bersama.
Juga penting, rancang kehamilan anda seterusnya supaya ada masa dan ruang yang cukup untuk anak. Juga jaga kesihatan sewaktu hamil.
Selebihnya, serah pada Allah.
Kerana saya percaya, perancangan Allah tidak terikat dengan sebab dan akibat seperti kita. Dia berkehendak menurut-Nya. Apa yang disusun itulah yang terbaik.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.